Assalamualaikum
Makanan yang dah selamat masuk perut aku. Hahai, miss u la kek and donut. Sedap .! Aku apa ajalah yang tak sedap kan.
Haritu masa birthday aku, banjir.! Tapi, walaupun banjir makan-makan tetap adooo. Rumah i ni stok-stok orang nak mai makan tengah kelaparan ke apa mai jelah, sure ada makanan dan rezeki tuk korang. Banjir kan hari tu, tapi menu harijadi i tetap berjalan seperti sediakala. Mama buat nasi ayam dan laksa penang(Okeh takda gambar sebab banjir. tengah lapar pulak tu maka gambar-gambar ni tak perlu okey). Cuma bahan-bahan ulam dia lah tak lengkap sebab dah tak boleh pergi kedai, dah banjir. Nasi ayam pulak, sos dia tak sempat blend, tnb dah off elektrik. Maka, makan sajalah apa yang jadi. Sambutan menggalakkan, yelah semua lapar. Main air banjir ni lapar. Mana taknya sepagi semalam pergi angkat barang-barang dari atas sampai ke bawah rumah lepastu pergi menolong sedara-sedara pulak angkat barang-barang dorang. Tapi malangnya, petang tu i dah kena pindah ke pusat pemindahan so makanan-makanan tu kita kasi bungkus dan makan dekat sana.
Plan awal nak sambut besaran jugak, tapi keadaan tak mengizinkan. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada. Semua ni pun dah cukup buat aku. Tetap ada yang ingat ulangtahun kelahiran aku. Dah besar-besar camni, aku tak kisah sangat nak sambut ke tak ke. Kalau ada ok, tak ada pun i ok je. Dari kecik kot memang birhday aku ni tak pernah miss buat makan-makan. Kenkadang segan orang datang ni besday sape ni. Dah besar panjang tapi buat majlis kalah adik-adik i. Opss, tapi mama still nak buat makan-makan jugak nanti. Aku tak kisah sebab bukan aku tukang masaknya. I lagi suka dapat makan dap dap ni.
SELAMAT TAHUN BARU 2013 PADA RAKAN BLOGGER SEMUA.
selamat tahuna bru 2013 dan hepi belated besday ye~ :)
ReplyDeleteawak..selamat hari lahir.. semoga dengan ketibaan tahun baru ni akan memberi kebahagiaan dalam hidup awak, diluaskan lagi pintu rezeki untuk awak dan dipanjangkan umur...amin... selamat tahun baru awak :)
ReplyDeleteahhh
ReplyDeletenikin laparrrr
selamat tahun baru errah.. :)
ReplyDeleterumah errah kena banjir yee....