Tuesday, February 14, 2012

Lisa Surihani in Cover Remaja Februari 2012

Assalamualaikum...
Menarik di dalam : Lisa Surihani meniti hari terakhir single girl..

Waah, dah nak kahwin dah akak Lisa dengan Abg Yusri kita ni...mereka akan melangsungkan Majlis mereka minggu depan dah...

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Putrajaya International Convention Centre (PICC)

I doakan mereka berbahagia hendaknya...

Quote of the DAY #4


You can't have a better TOMORROW
if you don't stop thinking about YESTERDAY

ANN Penyanyi Lagu CINTA MELANKOLIA Meninggal Dunia

Assalamualaikum..

Lepas mengemas tadi, i buka blog..and then blogwalking sat...bukak-bukak dashboard, gedebusshh nampak entry dari blog Abang BEN ASHAARI..Penyanyi Lagu Melankolia meninggal dunia..

Innalillahiwainnailaihirojiun 

Abang Ben cakap dia dengar time berita di Sinar FM..Jika dah diwar-warkan, mestilah ianya berita yang benar kan..Takkanlah blogger famous nak sebar khabar angin plak kan...

I suka sangat dengar lagu ni...mama i lagi lah..suka dia dengar lagu jiwa-jiwa ni..I bila dah lama tak dengar, terlayan terlentok jugak lah....

Al-Fatihah buat Allahyarham Ann.... semoga rohnya dicucuri rahmat....


Monday, February 13, 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Assalamualaikum..

Join lagi segmen dari Abg Ben Ashaari..blogger famous yang sangat suka merapatkan ukhwah para-para bloggers yang baru dan juga yang lama..

Sejujurnya, blog i masih baru dan banyak yang i perlu belajar untuk improve gaya menulis i...

Tapi anda perlu tahu,
Blog i patut dibaca sebab blog i ada kek-kek yang sangat memukau mata..ini kerana i suka sangat mereview tentang kek-kek ni..Kalau i blogwalking dan i jumpa benda-benda cantik, sure i will shre with y'alls..
Dan i juga minat buat kraftangan..sekadar untuk mengisi masa lapang dan mencantikkan sudut-sudut di rumah i ni..juga mengasah bakat yang terpendam..hehe..

Antara entry yang i suka,

about cake

about craft

ok, siap..thanks for reading
thanks also coz drop by here..wink~

Cover Mohabbatein Versi Baru..!!!

Assalamualaikum...
picture:google 

Korang kenal tak siapa dekat dalam gambar ni...???
Cuba nengok betul-betul..Mula-mula pun i tak perasan, bila dah teliti baru tergelak sorang-sorang..Siapalah yang rajin sangat duk mengedit ni kan..memang takde kerja lah...

Yang gambar amitabh bachan tu ac mizal dan yang aishwarya rai tu zizan kan..tapi yang shah rukh kan tu johan ke???nampak macam lain sikit...Papepun memang buat i gelak hari ni...

Cerita hindustan terbaru..Terhangat di pasaran...
Hahaha=)

***hari ni penat keluar ke bandar aja..
dan my adik dah lulus jpj test...i dah dapat driver baru..yeay yeay..!!!.

Sunday, February 12, 2012

Kfc with Najwa

Assalamualaikum...

KFC, restoran makanan segera kegemaran Najwa..Dia ni kalau tiap-tiap minggu ke sini pun takper..suka sangat makan ayam ke ep si nih...Tapi dia just makan ayam sahaja, side dish lain memang dia tak sentuh..So, i lah yang kena habiskan saki baki tu...
Ambil set snake plate..senang..1 ketul untuk i dan lagi 1 ketul untuk Najwa..
 Air plak nak mountain dew..DEMAND..nasib baik tak mintak aiskrim..kopak lah i nanti..
Jemput makan semua..LUNCH i beberapa minggu lepas..

Okeh..
i suka letak cerita basi nih..banyak sangat benda yang dibuat..
sampai tak tahu nak buat yang mana dulu.......
i suka snap picture, tapi terbiar duk dalam camera tu..
ok, semua cerita tak berkait..
merepek sebab tengah lapar..

Bye-bye~

***teringin nak makan spageti bolognese..

Ais Kocak Laici

Assalamualaikum...

Bangun pagi-pagi je dah on lappy...tahu apa i buat???
I duk MENgoogle resepi lah..sekarang nafsu nak belajar memasak memang membuak-buak...ok, tadi duk jenguk-jenguk website majalah Rasa online ni..dan i nak buat ais kocak laici ni..sebab semua bahan dah ada..senang je..

Jom tengok resepinya ok..

LINK : RASA ONLINE

:: AIS KOCAK LAICI ::


Bahan-bahan:
4 biji buah laici - dalam tin
50ml susu segar
2 sudu makan sirap ros
Beberapa ketulan ais


Cara memasak:
1. Kisarkan buah laici bersama susu segar dan juga ketulan ais.
2. Letakkan sirap ros ke dalam gelas.
3. Tuangkan bahan kisar ke dalam gelas perlahan-lahan.



Senang je kan..resepi express ni..Asyik duk minum air laici je..so, now bolehla pelbagaikan bahan-bahan yang ada..Selamat mencuba

***JANGAN TANYA I SEDAP KE TAK, SEBAB I TAK BUAT LAGI...
HEHE=)

Saturday, February 11, 2012

Crafting: Fabric Flower

Assalamualaikum...

Terasa segar sikit badan ni selepas mendapat tidur yang cukup tadi siang...Dah lama tak tidur petang, dek kerana kepenatan sangat semua orang dalam rumah tidur petang...

Tak mahu menaip panjang-panjang, sekadar nak show fabric ni..I buat bukan untuk jual just saja-saja mengisi masa lapang kerana i memang minat dengan benda-benda macam ni..sebab tu selekeh sikit..maybe di masa depan i  akan  buat bisnes dengan semua ni, mana tahu kan...but buat masa sekarang, i buat just to make fun only..

But, dah ada orang tempah i untuk buat hantaran nanti..tak lain tak bukan, my cousin lah, siapa lagi..tapi lambat lagi lah...maybe untuk dia i nak buat hantaran menggunakan fabric flower lak...lain dari lain sikit...=)

Ok, i malas nak bercerita sebab lepas ni nak menjahit bunga-bunga fabrik yang lain..Dah banyak yang siap....tapi gambar-gambar banyak dalam laptop lama, tak kuasa nak transfer banyak-banyak..tengoklah nanti i rajin..or i sambung bila dah dekat uni nanti...sila bersabar ok..!!!

Ingat lagi tak pasal entry ni : LINK....yang colour purple tu dulu tak ada beads kan..
Tahu i dapat dari mana beads2 tu semua??? haaa, i guna yang recycle je..kebetulan rantai Najwa putus..so, i ambil la letak dekat bunga fabrik i ni..
Tadaa...
Bakul hantaran kahwin tu..i selalu dapat sebab i selalu buat hantaran untuk sedara-sedara, jadi as a reward, they give me a lot of bakul-bakul comel..ada yang i dah gubah bunga letak kat meja ruang tamu..dan yang lain duk terperuk dalam almari..tunggulah ada duit, i makeover y'alls...

***aktiviti menjahit bersama mama malam ni..mama dengan langsir-langsirnya dan i dengan bunga-bunganya....