Thursday, July 12, 2012

Hari ke Sepuluh || Penunggu Hospital

Assalamualaikum...

Hye...Apa khabar korang?Harap-harap sihat walafiatlah semuanya...I still dekat hospital..U know what suasana hospital..Seram sejuk i..Bukan seram apa..I seram bila dengar sorang duk meraung sorang duk bunyi macam-macam..Macam tadi, i baru saja tengok doktor sumbat wayar nak minum tu dekat patient..I sebenarnya tak berani pun nak tengok tapi tadi i tertengok jugak..Alahai memang kesian tengok dorang menanggung sakit...

Malam ni turn i jaga atuk i dekat ward..Alhamdulillah atuk i dah sedar dari koma..Semalam dia dah boleh pindah ward biasa..So, bila dah di ward biasa mesti ada yang kena jaga in case dia nak minum ke sakit ke apa-apa la kemungkinan kan..If dia dalam bilik kaca seakan ICU tu nurse dah jaga dalam tu, so kami semua tak perlu lah nak jaga kan.

I mengantuk jugak tapi kesian bila atuk i kejap-kejap terkejut..Nasib la i bawa laptop so i taklah macam tak ketahuan sangat duduk atas kerusi yang empuk ni..haha..hiperbola di situ yer..Ini pun duk buat entry dari tadi tak siap lagi.
 Setelah atuk i sedar dari koma..
 Dah tak guna mesin bantuan hayat dah..But still oxygen mask kena pakai memandangkan atuk i ada asma dan paru-paru berair.
Gambar diambil dari luar bilik cermin or Coronary Rehabilitation Ward( C.R.W)
Ini petang tadi..Masa ni dah pindah wad biasa
 Semalam punya...Selepas dipindahkan ke wad biasa
Nampak kipas dekat sebelah??Kami bawa sendiri tau..Hospital ni punyalah panas sebab crowded dengan patient...Uhh..i panas panas ni...
 Tai dalam pukul 10 lebih ada 2 orang doktor datang dekat katil atuk i..Nak suntik ubat ..Jadi memang kena cocok dengan jarum lah kan..Atuk i punyala berkeras tak mahu..Siap cakap "minta maaf, tak mahu dah"..Doktor tu siap cakap maybe dia dah trauma kot...Yelah hari-hari kot cucuk ubat ..Sampai dekat tangan memang tak boleh dah..dahn cukup sakit..Dan tadi dia cucuk dekat kaki..I memang tak boleh nak tengok, ngeri rasanya..Tapi sebab ini first time i jaga orang sakit, i nak jugak ambil tahu..Tengok gambar tu 2 orang doktor tu kemain pegang kaki atuk i..Siap ikat lagi..Tapi atuk i tepis sampai berdarah tu...
Dan sekarang atuk i tengah tidur..Tapi sekejap-sekejap dia akan terkejut..Pusing sini pusing sana..Kalau time dia batuk lagi i risau..Jadi serba tak kena..Takpelah..ambil ianya sebagai pengalaman kan..Tak pernah-pernah lagi ni jaga orang sakit..
 Suasana bahagian Wad Lelaki di Hospital Kemaman ni..Kerusi depan i ni lah tempat i letak kaki sambil duduk bersila sambil menaip ini entry..hihi
Kemain minum susu yer..haha..Atuk i minum sikit jer..Selebihnya i yang punya..Tak boleh simpan sampai esok kot takut basi..Lagipun sini mana ada freeze kan...

Lampu semua dah tutup..Ramai dah tidur..Tapi kan pesakit Cina depan i ni asyik buat terkejut jer..Sikit-sikit meracau..Memang tak tenang jugaklah pesakit lain nak tidur..I memang jadi penunggu betul malam ni..Memang tak boleh tidur..Camana nak tidur atas kerusi ni ha...Ahaiii..Duk tengok nurse ni duk ulang alik jer lah...hehe

Thanks for reading this entry...!

Wednesday, July 11, 2012

Homemade ICE BLENDED Yogurt Drink Strawberi & Mixed Tropical Fruit With Nestle Yogurt & Buah-Buahan ||

Assalamualaikum...
Anda penggemar minuman Yogurt?
Anda penggemar Yogurt?
Anda juga penggemar buah-buahan?

Jika ya anda boleh bikin ini buah-buahan sama yogurt sebagai minuman tengahari, minuman petang juga minuman malam..Kenapa tak ada minuman pagi???hahaha,yang tu kita nak tahu kenapa..agaga..sebab pepagi buta kalau korang ikut buat benda alah ini, meradang kesejukan perut korang...

Sebab sebab gambar di atas ini mau bikin itu 
ICE BLENDED
||Yogurt Drink Strawberi & Mixed Tropical Fruit With Nestle Yogurt & Buah-Buahan ||


Bahan-bahan
Yogurt..Ikut suka nak flavour apa

 Minuman yogurt..Lagi lah ikut suka tekak korang nak buek camano
 Buah oren
 Buah epal hijau
Carrot oh carrot


Sebenarnya tak kisah pun nak guna buah apa pun ikut lah kalau nak buat ice blended strawberi pergilah cari strawberi ye dak...huhu..

So, sebab ada 3 jenis buah-buahan, terjadilah Ice Blended Oren denganYogurt, Ice Blended Epal Hijau dengan Yogurt dan Ice Blended Carrot dengan Yogurt...Last sekali boleh mixed segala buah-buah di atas dan jadilah Ice Blended Mixed Fruits with Yogurt..
 Ok, nak start blend dah ni..Mulakan with carrot
 Ada aja budak 2 orang ni, Najwa dan Qasrina
 The mastermind, my cousin Azizi..Dah letak carrot pastu kasi letak itu gula sikit..Nanti tarak ada rasa lah kan ..haha
Bila nak siap ni???Khusyuk bebudak nih haa
 Mula-mula kita pasangkan plug dulu la yer bapak-bapak ibuk ibuk
 Tambahkan ais kiub ke dalam blender.
 Tambah juga air masak dan yogurt ...Ikut suka hati lah nak letak camano pun..Kalau suka banyak letak banyak...Orang kata agak-agak la yo..
 Reng reng blender berbunyi...
 Macam pekat boleh tambah air lagi sikit.
 Yeay yeay...siap..!
Ohoho..tak sempat nak letak dalam gelas hias kasi cantik sikit. Ice blended lain i tak snap pun picture dia...I suka ice blended epal hijau..Carrot i kureng sikit..So, korang bolehlah if nak try buat sendiri kan...Ini my cousin punya kerja, i jadi tukang ambil gambar dan tukang rasa jer..hehe

Thanks for reading this entry..!

Wordless Wednesday ||Sambal Pedas Indofood

Assalamualaikum
Memang pedas..Memang sedap...!

Tuesday, July 10, 2012

Serasi Bersama Tudung Bawal

Assalamualaikum..
Tudung bawal ke nih???Orang sekarang panggil tudung bawal bercorak kan tapi i tak rasa ia tudung bawal..kain dia macam tudung corak/ bunga-bunga yang pernah pakai zaman dulu-dulu tu..Angin ribut mana tah datang buat i rasa selesa pulak pakai tudung macam ni..Siap ada yang kata i makin muda lak pakai camni..Comel tu sudah semestinyakan..Haha..masuk bakul angkat sendiri..:)

Mesti ramai yang tengah mencari tudung-tudung yang cantik kan..Maklumlah nak dekat puasa dah nanti nak raya nak melaram cantik-cantik kutip duit raya rumah jiran..:p..I still dapat lagi duit raya besar gedabak camni..hehe..Dan sekarang CitrAida dapat membantu rakan-rakan sekalian untuk bergaya persis Aida di hari lebaran yang mulia nanti.
Trust Your Taste with CitrAida..

Nampak header di atas?Cantik kan..Empunya butik online CitraAida iaitu Aida Gadis Melayu.Untuk edisi raya nanti CitrAida akan keluarkan koleksi-koleksi terbaru and off course i pun tak sabar tunggu depan laptop nak beli tudung keluaran CitrAida.

Jom tengok tudung keluaran CitrAida yang sememangnya elegan dan gojes.
Tudung Leopard
Tudung Bawal Special Edition
Tudung Maharani Klasik
Tudung Maharani Luv
 Tudung Bawal Tone
Special Edition-Black and White

Cantik-cantik semuanya kan..Memang rambang mata nak pilih yang mana satu.Bagi yang berminat dengan tudung-tudung seperti di atas bolehlah jenguk-jenguk di Facebook CitrAida..Jangan lepaskan peluang..:)

Thanks for reading this entry..!

Jai Char Kuey Teow Yang Power..!

Assalamualaikum
Jai Char Kuey Teow yang Sememangnya Power..!
Kalau student UTM Skudai mesti tahu kat mana ni kan....Selalu ada masa Pesta Konvo or event-event fakulti or kolej...Ayam kat atas tu bukan pakej sekali yer, i beli lain tuh..Perut tembaga camni lah...haha
 Delicious ...memang buat i mengigau mencari Char Kuey Teow yang sedap..Tapi i tak pernah jumpa lagi setakat ni...Kawan i ada suggest satu tempat yang bagi dia sedap la..dan i pun pergi lah kan sebab mengidam nak makan but Jai Char Kuey Teow lagi sedaplah...
Kuah dia..rasa dia memang sedap lah..tapi kalau dia letak kuey teow dan udang lagi banyak lagi best..hehe..Yang ni RM5, Char Kuey Teow Udang dan Kerang...Memang terangkat habiss..
Tapi i tak tahu kedai dia dekat mana...tak pernah terlintas nak tanya...hehe..Nantilah pesta konvo akan datang sure i tanya Jai Char Kuey Teow nih...Kalau ada yang tahu sila bagitahu i ek...Serius terbayang-bayang je kesedapannya...Walah..

Thanks for reading this entry..!

Sunday, July 8, 2012

R.A.N.D.O.M Events 2012

Assalamualaikum
 Majlis Perkahwinan kakak Dinot, my UTM coursemate di Alor Gajah, Melaka
Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai, Johor
Restoran Ayam Penyet Ria, Angsana, Johor Bahru
Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Stadium UTM
Malam Apresiasi Perancang, Kolej Tun Fatimah, UTM Skudai
Majlis Makan Malam Fakulti Alam Bina di Pulai Spring Resort, Skudai

My life journey in this year 2012
Sweet moments make the sweet memories..:)

***Alhamdulillah, my grandpa dah sedar..Thanks God

Kanak-kanak Bawah 12 Tahun Dilarang Melawat Pesakit

Assalamualaikum..

Cakkk...
Cakk lagi...bajet retis ini budak..!
Bila tak boleh nak melawat moyang dia kat dalam wad, so main-main dekat playground hospital jelah..
Arissa. pandang camera please..
Mata melilau tengok tempat lain sebab dah jeles dengan kawan-kawan yang main gelongsor..
Yeay..pandai pun tengok camera..tapi muka tatak senyummm plak...

Kenapa yer kanak-kanak ni tak boleh lawat pesakit...Kadang-kadang kesian..Dorang pun ada hak nak tengok kesayangan mereka..Nasib boleh ambik gambar boleh tunjuk kat budak-budak ..Tu pun main ambik curi-curi...hehe

Thanks for reading this entry.!