Wednesday, August 22, 2012

Wedding Noor dan Mirul || 20.8.2012 di Kampung Bukit Mentok

Assalamualaikum

Gambar-gambar sekitar Majlis Perkahwinan Noor dan Mirul pada hari raya kedua yang lalu. Noor ni sepupu kepada abah i merangkap mak sepupu i lah kan. 

Jom la layan gambar-gambar ni yek. Caption buh sendiri ek. Tak larat den nak cerita satu-satu banyak sangat gambarnya. 

Layanzzzz






































Selamat Pengantin Baru Noor dan Mirul. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Jemputlah datang ke rumah yer bawa husband. Hehe.!

I tak letak watermark sebab kalau nak ambik sila la save images yer.=)

Tak Ada Baju Raya pun Masih Boleh Beraya :p

Assalamualaikum

Sudah 4 Syawal hari ni. Sekejap je kan masa berlalu. Jeles i tengok gambar-gambar raya sakan korang. I ni pulak dah la tak ada baju raya, lepastu gambar-gambar pun tak ada sangat especially gambar family la kan. Susah betul nak ambil sebab bila nak ambil tak cukup sorang. Yang ni pergi beraya la yang tu pergi beraya la padahal bukan ramai pun family i. Still susah nak snap. Hari Raya pertama lagilah tak sempat sebab setiap masa berduyun orang datang. Sibuk melayan tetamu jer.
 1 Syawal- Baju Kurung Moden Hitam ni i memang selalu pakai. Tapi sebab dia plain jer, so orang takkan perasan. Haha. padahal ada jer yang perasan. Okeh, i memang tak ada baju baru Aidilfitri 2012 ni. Tudung pulak sama la semua yang dah lama, cuma i jarang pakai. So, guna sajalah. Tapi still sweet kan(pengsan orang yang baca ni kan)..Hakhak, ok berat badan dah mula naik mendadak ni even i sememangnya tak pernah selim melim.:p
 2 Syawal- Baju ni hadiah time praktikal di Majlis Perbandaran Kemaman 2 tahun lepas. Tapi i tak pernah pakai sekalipun lagi. Sebenarnya i tak suka sangat pakai baju kurung, nampak macam serebeh je kalau i pakai. Tahun ni try jugaklah pakai, bila tengok balik gambar-gambar time hari raya kedua ni terasa tak sesuai sangat-sangat dengan warna ni. Oren cela tu, ish2 tak nak dah pakai lepas ni.
 3 Syawal-Jubah XXL yang i beli semasa Pesta Konvo UTM Skudai yang lepas. Pernah pakai jugak dah sebelum-sebelum ni. Apa ada hal, tak pakai baju baru pun boleh jer beraya kan.hihi. Lepas ni kena prepare awal-awal la beli baju. Payah sangat nak cari dekat Kemaman ni size i. 
4 Syawal- Hari ini lah 22 Ogos 2012. Bergambar di rumah mak saudara. Baju ni pun baju raya tahun 2010 kalau tak silap. Lamanya dan memang dah selalu pakai. Tudung tu tak payah cakaplah, antara tudung feveret i sebab awningnya panjang buat muka i tak nampak boooollllllllllllllllaaaaaaaaaaaaatttttttttttttt sangat.!

Besederhanalah i di hari raya ni. I sorang je tak ada baju raya, sebab susah sangat nak cari baju yang i berkenan dekat bandar Chukai yang kecik ni. Dahlah mahal, silap i tak beli awal-awal dekat Johor sana. Bila dah last-last ni baju yang ada semua dah tinggal pattern buruk-buruk jer, jadi baik tak payah beli. Rugi, nanti tak pakai.

Apa cerita raya korang? Meriah i tengok baju raya korang yang bewarna-warni tu..Very jealous.!

Tuesday, August 21, 2012

1 Job Lagi Menggubah Hantaran

Assalamualaikum

Teaser~
Actually barang-barang semua dah ada. Tak beli pun bahan-bahan ni semua just recycle semula yang akak kepada bakal tunang cousin i. Guna kotak so agak terhad sikit la kreativiti nak menggubah ni. Just gubah bunga dekat kotak jelah kot. Kat dalam tu tengah-tengah mencari idea ni nak gubah macamana. Simple-simple je la kot sebab pakai kotak tak nampak sangat kan. Haha.!


Esok la start peduli dekat barang hantaran ni. Penat sangat (ni pun entry yang dah schedule awal-awal)

Gubahan Hantaran Sirih Junjung

Assalamualaikum

Kejap lagi nak pergi beraya rumah sanak-saudara pulak. Boleh kira masuk hari raya kedua baru 4 buah rumah sempat beraya. Itu pun rumah sedara-sedara depan rumah ni jer. Masuk hari raya kedua sempat 1 buah lagi iaitu rumah tok saudara yang melangsungkan perkahwinan anaknya. Haa, 4 buah baru tu pergi beraya.  Raya pertama memang tak sempat dah, sorang-sorang datang sekali siap 10 buah kereta. Mana tak mau pengsannnnn. Ramai-ramai ni semua datang nak melawat atuk dan nenek i, tapi rumah i rumah pertama so dorang singgah rumah i dulu. Penuh ramai dah macam tak cukup tangan nak melayan. Sudahnya tak dapat keluar pergi mana-mana pun.
Hari Raya kedua, ada majlis perkahwinan. Actually gubahan sirih junjung ni i yang kena buat, tapi i pergi lambat dalam pukul 12 tengahari jadi nak tak nak mama i la yang buat dan uruskan. So, jom tengok sirih junjung mama i gubah. Takperlah kan asal ada dah la. Pandai i ngelat kan, last-last i sampai jer kena pergi dekat bahagian nasi pengantin pulak. Muka ni wanted betul. Asyik kena jadi orang belakang tabir je kan. But, i like. Best dapat banyak pengalaman. Kata nak buka butik pengantin kan. Hahahahaha, berangan tak salah kan. Ada rezeki, ada usaha Insya-ALLAH menjadi realiti.

Monday, August 20, 2012

Hari Raya Aidilfitri Pertama 2012 dan Najwa's Turn 9

Assalamualaikum

20.8.2012-Hari ini akan berlangsungnya majlis pernikahan dan perkahwinan mak sepupu i. Kami berdua sama umur tapi dia dah nak kahwin dah. Selamat pengantin baru Nor. Special lagi nama kami nak dekat-dekat, time sekolah orang selalu bertukar cuma bezanya sorang kecik sorang besar. Boleh la nak kenal lagi kan yang mana satu. Hari ni juga berlaku kematian kakak ipar kepada mak sepupu i, yakni sepupu abah dan mama juga. AL-FATIHAH diucapkan. Dalam kita bergembira, pasti ada yang berduka. Kuatkan semangat. Pergi seorang sekejap lagi bertambah ahli baru. Begitulah putaran kehidupan di dunia.

Sekejap lagi i pergi sana, nanti Nor nikah di masjid pukul 10. I tak sempat pergi sebab nak siap-siapkan adik i dulu. Cuma mama yang dah pergi awal-awal pagi tadi. Jenazah pula tak tahu dikebumikan di mana. Betapa beratnya dugaan keluarga TOK SAUDARA di kala majlis perkahwinan akan berlangsung sekaligus terdapat majlis pengkebumian. Doakan agar majlis hari perkahwinan hari ini berjalan dengan lancar.

Raya pertama 2012. I letak gambar jelah ek. Actually, i tak snap banyak picture pun entah mood tak ada sangat sebab penat.Gambar family pun tak ambil. Tengoklah esok-esok pulak.

 Dari sudut luar beranda rumah. Meriah tak siap ada belon semua?
 Sebab birthday girl ni la. Kebetulan hari lahir jatuh pada Hari Raya Aidilfitri.
 Genap 9 tahun. Bergambar kenangan bersama saudara-mara yang setahun sekali baru dapat berjumpa
 Masuk jugak kak longnya sekali.=)
 Makan Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah dan Sate di rumah sebelah. Rumah pertama di Aidilfitri 2012. Jalan sepuluh langkah je sampai.:p
 Bergerak ke rumah kedua. Boleh tambah lagi sepuluh langkah. Pekena Nasi Minyak la pulak. Ok, sendat gila perut semalam walau i sempat pergi 3 buah rumah jer. Itu pun i cilok sekejap dari melayan tetamu dekat rumah. Pastu mama i sorang-sorang melayan, bertuah punya anak kan. 
 Bersama nenek tersayang. Itu pun dia dah 3 kali datang rumah i, i tak jejak lagi kaki ke rumahnya.
Oklah makin tembun dah i. Hari ni pulak pasti bertambah tembun lagi. Aduhai, acaner ni ?

Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri 19 Ogos 2012

Assalamualaikum

Berdentam-dentum bunyi mercun macam pesta mercun la pulak kampung i ni. Hujung, tengah kampung semua pakat nak tunjuk kehebatan mercun masing-masing. Kami-kami just jadi penonton je di langit.

Ada apa dengan 19 Ogos 2012?
Dua tarikh yang sangat bermakna tahun ini.

1) Esok merupakan hari kemenangan buat umat Islam setelah berpuasa selama 29 hari. Tahun lepas cukup 30 hari kan. Salam Aidilfitri buat semua pembaca dan pengunjung blog Errah Najwa. Tanpa anda, mungkin i pun tak bersemangat nak update blog hari-hari. Love u all so much muahhh (aduh, terover pulak ken). Nanti singgah lagi k.=)

2) Tarikh hari lahir adik bongsu i, Sahira Najwa.Yeay, siang tadi dah beli kek birthday dia dan ada la buat makan-makan sikit. Haha, esok kan raya memang la ada makanan. 
Kami sahabat baik dunia akhirat. Najwa berbaju ungu.

Mama i buat Nasi Ayam dan Laksa Penang raya esok. Yummehhhh. Marilah beraya rumah kita.Hehe.!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
19 OGOS 2012 (AHAD)

Yang pulang ke kampung malam ni hati-hati ok. Biar lambat asalkan selamat. Peace