Monday, August 20, 2012

Hari Raya Aidilfitri Pertama 2012 dan Najwa's Turn 9

Assalamualaikum

20.8.2012-Hari ini akan berlangsungnya majlis pernikahan dan perkahwinan mak sepupu i. Kami berdua sama umur tapi dia dah nak kahwin dah. Selamat pengantin baru Nor. Special lagi nama kami nak dekat-dekat, time sekolah orang selalu bertukar cuma bezanya sorang kecik sorang besar. Boleh la nak kenal lagi kan yang mana satu. Hari ni juga berlaku kematian kakak ipar kepada mak sepupu i, yakni sepupu abah dan mama juga. AL-FATIHAH diucapkan. Dalam kita bergembira, pasti ada yang berduka. Kuatkan semangat. Pergi seorang sekejap lagi bertambah ahli baru. Begitulah putaran kehidupan di dunia.

Sekejap lagi i pergi sana, nanti Nor nikah di masjid pukul 10. I tak sempat pergi sebab nak siap-siapkan adik i dulu. Cuma mama yang dah pergi awal-awal pagi tadi. Jenazah pula tak tahu dikebumikan di mana. Betapa beratnya dugaan keluarga TOK SAUDARA di kala majlis perkahwinan akan berlangsung sekaligus terdapat majlis pengkebumian. Doakan agar majlis hari perkahwinan hari ini berjalan dengan lancar.

Raya pertama 2012. I letak gambar jelah ek. Actually, i tak snap banyak picture pun entah mood tak ada sangat sebab penat.Gambar family pun tak ambil. Tengoklah esok-esok pulak.

 Dari sudut luar beranda rumah. Meriah tak siap ada belon semua?
 Sebab birthday girl ni la. Kebetulan hari lahir jatuh pada Hari Raya Aidilfitri.
 Genap 9 tahun. Bergambar kenangan bersama saudara-mara yang setahun sekali baru dapat berjumpa
 Masuk jugak kak longnya sekali.=)
 Makan Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah dan Sate di rumah sebelah. Rumah pertama di Aidilfitri 2012. Jalan sepuluh langkah je sampai.:p
 Bergerak ke rumah kedua. Boleh tambah lagi sepuluh langkah. Pekena Nasi Minyak la pulak. Ok, sendat gila perut semalam walau i sempat pergi 3 buah rumah jer. Itu pun i cilok sekejap dari melayan tetamu dekat rumah. Pastu mama i sorang-sorang melayan, bertuah punya anak kan. 
 Bersama nenek tersayang. Itu pun dia dah 3 kali datang rumah i, i tak jejak lagi kaki ke rumahnya.
Oklah makin tembun dah i. Hari ni pulak pasti bertambah tembun lagi. Aduhai, acaner ni ?

6 comments:

  1. semoga segala2nya berjalan lancar di sana ye..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya :)

    Jemput Baca/Komen .

    http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-raya-aidilfitri.html

    ReplyDelete
  3. selamat ulangtahun kelahiran buat adik errah.. :)

    sedapnya makanan..!

    ReplyDelete

Thanks for Comment