Sunday, December 9, 2012

Char Kuey Teow Sedap di Bandar Chukai, Kemaman

Assalamualaikum

Kedai ni tak tahu lah dah berapa lama menapak dekat Chukai ni. Aku dah perasan lama dah cuma keinginan aku nak pergi sini tak pernah ada. Aku susah sikit kalau dah suka kedai tu, kedai tu jelah aku makan. Nak tukar tu tunggu aku jumpa kedai yang lagi sedap.

Balik tempoh hari, i dan family pergi pekena Char Kuey Teow. Plan awal nak makan steamboat, pergi-pergi kedai tutup. Lepas tu gerak lagi ke bandar nak pergi kedai nyamuk (Warung Nasi Lemak Mak Ani or Bawah Lembah namanya) yang femes amos di Chukai ni tapi malang sekali kedainya pun tutup jugak. Asal semua kedai aku nak pergi makan ni tutup haaa. Dahlah aku mengidam giler kat Mee Sup dia yang sedap pedas amat tu.

Entah camana jalan lagi depan singgahlah kedai Char Kuey Teow ni, dekat simpang nak masuk Mak Chili sederet dengan Klinik Wan Maihan kalau tak silap.

Sejak sebulan belakangan ni, aku buang tebiat hari-hari mau pekena sirap ais. No more Milo ais, Neslo Ais, Teh Ais dalam kamus hidup aku sejak sebulan ni. Tak tau kenapa maybe sirap dapat hilangkan dahaga kot. Aku ni hari-hari kuat minum air, so salah satu air yang tak muak ialah Sirap Ais. Nikmat yer nak nak time tu tengah haus amat.
Ok, berbalik pada menu utama. Dah nama kedai ni, Restoran Char Kuey Teow ko jangan mimpi lah nak order nasi goreng lauk tomyam ke apa-apa lah. Yang ada only Char Kuey Teow. That's it.! Tuh abang-abang ni nak siapkan order kami.
Char Kuey Teow ni kan buat satu-satu. So, nak siap nya tunggu turn lah yer. Mari kita isi masa senggang dengan berpoyo-poyo depan camera handphone cikaro.
Ini Char Kuey Teow Kerang sahaja-sahaja. Memula sampai ingat yang aku lah ni. Aku nak pegang dah sudu tu, sekali pelayan dia cakap maaf silap. Rupanya meja lain. Diambilnya balik. Tapi sempat jugak aku snap sekeping even blur. 
Sampai jugak akhirnya. Memang sedap. Sampai sekarang aku boleh rasa kesedapannya. Lagi pulak tengok gambar ni, bekeroncong perut aku. Udang dia tok sah cakap lah, banyak ok. Kerang dia plak besar-besar. Tak kedekut bahan-bahan cuma aku tak tahu lah pulak harganya berapa. Lupa nak tanya abah.
Mau lagi...............!!!!!!!!!!Balik kampung nanti pasti terjah lagi.
Abah. Radix dan segala mak nenek 3 in 1 dan seumpama dengannya tak boleh dipisahkan. Padahal dekat rumah dah berlambak pergi kedai pun itu jugak yang dipesan. Najwa pulak pesen tak makan makanan yang pelik. Pelik hape pun aku tak tau. 
Jemput makan uolss
Lagi sekali. Bila aku nak makan niha.
Adik bujang gue yang masih di bawah umur. Haha, baru 18 nih. Kerja pun dah good, gaji pun ada good cuma mood bergambar dia ni bila nak good nih. Dia pantang betul aku snap gambar dia time makan.
Mommy
Budak Najwa yang tahu makan Nasi Ayam je kerjanya. Manala nak makan kuey teow segala ni. Jadi, terpaksalah order burger ayam 2. Lagi satu untuk adik i lagi sorang. Kalau kuat makan itulah orangnya. Cehh, sedap je aku mengata orang, diri sendiri tak sedar.

Saturday, December 8, 2012

Burger KFC Zinger Double Down

Assalamualaikum

Orang lain dah lama makan bende alah ni tapi i kan biasalah KETINGGALAN ZAMAN sikit. Huk aloh (bak kata JAMBU dalam Maharaja Lawak Mega).!

Durian crepe yang fofular sekarang ni pun i belum sempat makan lagi. Nak tapi malas betul nak meng-order2 nih. 

Ini kalau perut kosong memang sedap-sedap giler. Dan masa i melantak ni pun sepagi tak makan dan surela i dapat habiskan Burger KFC Zinger Double Down ni. Kenyang sebab isi ayam jer tak ada tulang-tulang OK. 
Very sad sebab packing dia bukan kotak Burger KFC Zinger Double Down yang kaler hitam tu.  Takperlah asalkan dalamnye ko tak tukar.
Tak sabo i nak makan. Dalam lapar sempat sekeping gambar tu ha.!
Terliur tak? Cer letak cheese bebanyak lagi
Bismillah. I makan dulu yer. Kalau nak sila pergi ke KFC berhampiran. Tak cukup duit mintak mak (itu aku lah tu). Sila jangan ikut perangai i.

The Flowers || by My Nikon COOLPIX L21

Assalamualaikum

Saper-saper yang baca blog aku dari awal lagi mesti tau kan yang i ni gila-gila suka kat bunga. Bukan takat tanam bunga, siram bunga, gubah bunga, snap gambar bunga yang cantik-cantik mekar setaman tu lagi lah i LIKE. Tenang setenangnya dengan keindahan alam.

Ok, semua gambar kat bawah ni original picture yer. Tak edit, i just letak watermark  dan kecilkan saiz jer.








Impian aku, suatu hari nanti nak punya florist or nusery sendiri. Kendian, nak ada butik pengantin sendiri. Huhu, besarnya impian aku kan. Moga impian aku menjadi realiti.

Friday, December 7, 2012

Mubin Turns 18

Assalamualaikum
HAPPY BIRTHDAY MY BRO, MUBIN
3 DISEMBER 2012. Lepas ni turn i plak umur ke 19 tahun (haha)
Adik i. Time ni kuyus lagi dia. Tak silap time ni form 4. Lesen takde tapi beria nak motor, layankan ajelah mak pak nye kan. Adik i ni satu dia rajin kerja tapi malas belajar. Takpela dik, orang sekarang tak nak tahu ko belajar takat mana, yang orang tengok ko dah berjaya ke tak. Aku ni belajar tahap ijazah, tapi nak bagi duit ke ma abah tu tak pernah-pernah lagi. Adik aku ni dari kecik belajar berdikari, suka cari duit. 

Masa besday 3 .12 haritu, ma cakap dia bagi duit suruh buat makan-makan. Siap buat nasi ayam dan BBQ. Amboi, festime i dengar bapak i yang duk bakar ayam tu. Biasa adik i ni la, tapi dia kerja ken dan balik malam so abah tersayang lah yang rajinkan diri nak bagi anak dan kawan-kawan anak dia makan.  Adik i jemput kawan kerja sekali ma cakap. Satu lagi sifat dia jenis tak lokek duit. Tak penyanyang duit sebijik cam bapak aku. Cakap je kau nak apa, confirm di kasinya. Kalau orang lain susah kan nak keluar duit sendiri, apatah lagi masih muda remaja ni. Tapi aku bersyukur aku dikurniakan orang-orang yang macam ni. Semua lah, sedara mara aku semua jenis yang sporting. Yang kedekut tu ada gak, tapi malas ah nak cerita.
Dari kiri, Piju(24), G-g (27), Adik i, Mubin(18) time ni 17 lagi, Buzan (30)
Nampak tak saper paling abang-abang. Adik i ler. Kalah sume ni ha. Aku tak sangka dia boleh naik badan dia, sebab dia ni kecik je dari kecil. Aku je dari kecil yang dah spesies comel lote ni. Sekarang lagi besar pada aku. kakaka.

Gambar paling latest Mubin yang ada dalam simpanan. Huahua. Dia ni jenis tak suka bergambar. Kalau ada gambar dia dekat mana-mana pun sebab kena paksa. Itupun ok kalau depan sedara mara, cuba kalau family i yang 5 kerat ni jer, langsung bo layan kalau i nak snap. Pening aku ada jugak yang tak suka bergambar kan. Padahal akak dia, adik dia lagi sorang, mak dia, abah aku pun sekali jenis pesen suka bergambar. Ini menurun keturunan mana tak tau. Huhu.
Dia adikku. Walau betapa sakit dan kasarnya kadangkala dia melayanku (kadang-kadang ler kalau time gaduh, haha.saper tak pernah bergaduh dengan adik beradik tu tak mencabar namanya) aku (actually kaklong) tetap tak pernah menyimpan dalam hati. Tika dan saat itu saja selepas itu semuanya perasaan tu berlalu pergi. Begitulah kasih dan sayang padamu, tak pernah menyimpan sekelumit perasaan benci. (ok, aku sendiri geli aku ada kuarkan perkataan ni. ikhlas dari hati ni.pfttt)

OK, SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-18. MOGA MAKIN BERJAYA DAN TERUS BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. KAKLONG SAYANG SEMUA ADIK-ADIK KAKLONG.

Monday, December 3, 2012

Majlis Perkahwinan di Pak Lah Cafe, Scholar's Inn UTM

Assalamualaikum

Minggu lepas i pergi majlis perkahwinan anak kepada tauke Pak Lah Cafe. Taklah minggu lepas sangat kan padahal baru saja 2 hari yang lepas, 1 Disember. I pergi time tu pukul 3.30 lebih kurang, ingatkan dah tak ada manusia dah rupanya makin berduyun-duyun orang datang.
Nasi beriani confirm lah kan. Nama anak tokey Nasi Beriani yang kahwin. Sedap sangat, sumpah lama giler tak makan beriani.
Bukan pinggan i. Kawan yang punya. Pinggan i confirm lah sipi-sipi je nampak nasi
Air Teh Bunga of course lah untuk i dan Bandung kepunyaan Ah
Selain nasi beriani, ada mee sup, sup tulang, soto dan paling special ayam bakar dia. Ayam bakar dia tok sah  tanya lah banyak mana i telan kan. Mentekedarah tu dah jadi sifat semulajadi.=)
Ok, ini dia bride and groom. Simple ok, tak ada pelamin just majlis makan-makan meraikan tetamu.

Semoga berkekalan till Jannah.

-Pelanggan setia Pak Lah Cafe, Scholar's Inn

Friday, November 30, 2012

Tempahan Gubahan Sirih Junjung

Assalamualaikum

Entry melekat, sila scroll  ke bawah untuk entry terbaru.!

Pertamanya, saya nak mohon MAAF banyak-banyak dekat readers yang email dan tanya saya ada buat tempahan ke tidak. Jawapan saya, buat masa ini saya tak open order untuk siapa-siapa pun lagi. Biasa saya just buat untuk kenalan dan juga saudara mara yang dekat-dekat jer. Mungkin lepas ini INSYAALLAH saya memang akan lebih serius dalam bidang ni. Cuma buat masa sekarang saya kena tumpukan pada pelajaran dulu. Dah habis belajar nanti, confirm i war-warkan pada uolss semua. Lagipun i masih setahun jagung, buat pun sekadar suka-suka, skills pun masih kelaut lagi. Nak ambil order untuk orang-orang luar masih belum termampu lagi setakat ni rasanya.Doakan lah saya yer semoga dapat mencapai impian ni.=) 



Like and Love my job. 
Cuma sekarang masih belum dapat berikan komitmen yang sepenuhnya.

SUATU HARI NANTI, 
INSYAALLAH.

Saturday, November 24, 2012

Home is the BEST PLACE.

Assalamualaikum

Lama sudah kan i tak jengah sini. Nak BW apatah lagi. BZ amat. Insyaallah lepas dah tamat semester ni, i pasti aktif lagi.=)

Btw, i dekat rumah sekarang. Huhu, baru last week balik minggu ni balik lagi. Gitulah i kalau dah kena penyakit rindu. Eh eh tak la ada sebab sebenarnya i balik even kerja i meninggi bak gunung. But secret lah tak leh gitau. Hehe.

I naik bas kat Larkin kali ni. Lama jugak tak jengah Larkin. Since i baru je berjinak-jinak naik bas balik selepas dekat nak setahun tak naik bas. Penuh dengan lautan manusia. Uhuhu, pening memang pening. Bas pukul 9, tapi i naik teksi pukul 7.40p.m, sampai sana lebih kurang 8.10p.m. Ok la kan sebab takut jalan jammed je sebenarnya sebab tu pergi awal. Tambang teksi RM22. Erkk, tersedak kejap dah lama tak naik teksi gamaknya sampai tokojut den.

Next, dah sampai awal tu tak tahu nak buat apa takkan nak melangut tengok orang jer so i cari-cari lah kedai makan buat isi perut dulu. Memula rasa nak makan nasi, tapi kan nanti kenyang sangat lepastu i ni kalau makan nasi mesti automatik lepas sudah je sakit perut. Jadi, kensel. Moh ler kita pekena Bakso yang sedap ni.
 Bakso Rabu Samad. RM4 semangkuk. Kuah dia sedap, meatball pun banyak ada 6 ketul ke 7 ketul  cuma kan tang mee tu jer tak best, lain kali basuh dan celurlah dulu . Ni tak keras dan berminyak.
 Teh O Ais. RM1.30. Untuk elak cepat sakit perut so kena jauhkan minuman bersusu.
 Lagi? I tak habis pun sebenarnya. Makan mee sikit pastu kuah semua habis dan meatball tu. Sekarang kalau makan mee berkuah mesti kuah habis tapi isi tak habis. Haih~
 Tinggal lagi setengah jam before naik bas. Pusing-pusing lagi dan masuklah Dunkin Donuts. Pastu lepak sini sambil menikmati donut 
 Choc Puding 2 untuk i. Dasar tekak gajah. Haha
Okeh, terimalah wajah selebet abad ini

Friday, November 9, 2012

Taman Negara Jerantut Pahang || Kenangan Terindah

Assalamualaikum

Kadang-kadang kalau aku rindu masa lalu , sukalah nak belek-belek gambar lama. Ya Allah, time tu jugak menetes-netes air mata ni. Rindu sumpah rindu. Kalaulah kenangan tu boleh datang kembali kan. Tapi itulah, ia dah terlampau jauh untuk kita kecapi lagi.Cuma boleh mengenang kembali detik terindah bersama kawan-kawan. 

Semalam lepas test law, hujan lebat. Pastu, time nak tunggu hujan tu terserempak lah dengan sorang staff utm yang ikut kitorang pergi taman negara. Tak percaya dia masih cam I lagi. Lama jugak sembang sebabnya dia cerita malam nanti dia akan ikut rombongan tahun 2 ke taman negara. Bestnya, teringin nak pergi lagi la.  

 Bestnye berendam dalam sungai. Time ni baru lepas meredah Bukit Teresak. Mencabar gila. Aku sendiri tak percaya aku leh sampai puncak. Haha, tengok badan lah. But, support kawan-kawan tu penting. Kalau tak ada dorang memang aku pun tak sampai agaknya. Tqsm frens.
 Time ni dah last day. Dah packing-packing barang, kemas-kemas khemah semua. Banyak lagi gambar ini pun yang kawan punya. Yang camera i nanti la malas nak edit.

 Sebelum gerak balik Johor, singgah dekat Kuala Gandah dulu. Sini tempat pemeliharaan gajah.
 Kengkawan 
 Gajah tengok kitorang. Haha, excited kot semua. Paling best boleh naik gajah, tapi aku tak naik lah. I geli.
 Ini hari ke berapa entah dekat Taman Negara, pergi Kuala Trenggan. Kena naik bot nak sampai sini. Nak trekking pon boleh, tapi kena ada yang tahu jalan la.
 Rindunya.!
 Gambar dah berterabur tak ikut susunan. Ok, time ni kitorang singgah dekat kawasan orang asli. Tak caya aku ada orang tinggal dalam hutan camni. First pengalaman tengok kawasan dorang, sumpah cantik. Tepi-tepi sungai, tenang rasanya.
 Kalau dah gila gambar, gambar sama banyak kali pun takper...=)
Atlet-atlet negara, miahaha.