Friday, February 26, 2016

Gubahan Hantaran Tema Hijau, Krim dan Ungu

Assalamualaikum..

Agak lama rasanya tak menulis dekat blog ni..Hampir nak masuk 3 tahun..Nasib masih ingat ada lagi blog ni..kalau tak pasti terkubur camtu je..:-) Dah tak reti nak tulis apa dah lama sangat tak menulis dan bercerita. Entah kenapa hari ni rasa nak sangat mula menulis dalam blog . Oklah tak ada apa nak share sangat buat masa sekarang..padahal banyak sebenarnya nak cerita..Nantilah akan datang...InshaAllah.

Event : Majlis Perkahwinan Raimie dan Kamariah
Tema : Hijau, Krim, Ungu Gelap dan Ungu Lembut (add-on juntaian pearl dan rose ribbon dengan pearl)

Cincin dan cek
Beg
Coklat homemade
Kasut
Kek,
Telekung dan Sejadah
Tuala Bersulam

Ha kat bawah ni gambar kolaj hantaran dari pelbagai sudut..Hehe..almaklum amatur tak pandai nak snap picture cantik-cantik .




Gambar dekat atas ni sekadar selingan je sebab tak tahu sebenarnya nak cerita apa, nak mulakan dari mana. Gubahan hantaran ni salah satu hasil kerja tangan sendiri. Gambar-gambar dalam hampir 3 tahun ni banyak dah hilang sebabnya laptop rosak dan yang terbaru handphone rosak. Sedih jugak lah sebab selama ni memang fikir nak simpan dalam tu je semua, tapi dah rosak semua dah hilang.dahtakdir kan, terpaksa terima jelah. Jadi sebelum yang ni semua pun hilang eloklah simpan siap-siap dalam blog.. harap-harap dalam ni tak hilang lah ye..:)

Semoga dengan permulaan entry ni, jadi lebih rajin lah nak update blog next time..

Monday, March 18, 2013

Teaser ~ Wedding My BFF, Kila

Assalamualaikum
Post-post di entry aku sekarang banyak jer pasal wedding kan, engangement lah dan sewaktu dengannya. Zaman-zaman umur sebaya aku ni ramai kawan-kawan dah nak menamatkan zaman solo, tinggal aku jer belum. Hihi. Ok, story pasal my bestfriend Kila ni, dia dah sebulan nikah before majlis bersanding ni. Time dia tunang dulu aku tak dapat pergi, so time dia kahwin acaner pun aku perlu pergi. Nasib time minggu tu takde pape, kalau tak aku pun tak dapat balik kampung. Aku kenal Kila ni zaman tadika lagi tapi tak rapat. Aku mula rapat dengan dia time form 5 dan sampailah sekarang.

To be continued..

Thursday, March 14, 2013

At Home Sweet Home

Assalamualaikum

Selepas sebulan kini aku berada di rumah...Yehhooo..Balik sekejap je pun sebab next week aku g site kat KL..dan sebab aku pergi minggu depan jadi aku balik dulu minggu ni sebab nak attend wedding kawan baik aku..Tempohari aku bagitahu dia aku tak balik, kira surprise dia la ni nanti. Haha..yer2 je kan aku nyer surprise..

Ok, semalam naik bas dekat Seri Puteri jer. Pukul 9.30 malam gerak. Tak 9.30 jugak la sebab before tu de bagitahu Cik Wani kata nak taxi dekat blok H10, dah turun siap-siap and then call dia balik baru dia bagitahu dekat pakcik taxi. Nasib baik lah tak lewat sangat. Sampai Seri Puteri bertenggek la aku di bawah jejantas depan Shell tu ha. Tak ramai naik bas dari Seri Puteri, ramai naik dari Larkin. Dalam pukul 10.30 bas Transnasional sampai dan bertolaklah kami ke Kuala Terengganu....ehhh, ke Kemaman. 
Menanti ketibaan bus trans dari Larkin.huhu..gini la nasib si anak perantau..hanya mampu memiliki bus..:P

Sepanjang perjalanan aku membuta jer, best sebab aku dah lama tak tidur lama-lama. Kalau dia berhenti pun aku tak sedarlah. Rasanya bas ni tak berhenti mana-mana pun just berhenti dekat stesen minyak untuk buang air. Aku kerjanya tidur jela. Dalam pukul 3 tetibe aku tersedar, tengok tempat macam kenal..rupanya dah sampai Chendor, kemain laju pakcik bus bawak bus. First time aku sampai pukul 3 pagi. Tapi tak bestnya rumah aku dalam 10-15 minit lagi pun nak sampai, tapi berhenti dekat R&R Chendor kemain dekat 1 jam. Last pukul 4 lebih jugak sampai yer.
Now, i'm at home... Siang orang pergi kerja pergi sekolah maka tinggal la i sorang-sorang yer dan i nyambung lagi kerja membuta. Petang pulak biasalah aktiviti dengan budak-budak..Hihi, i suka budak-budak ok..Kadang-kadang rasa diri ni tak matured pun ada even da umoq panjang. Haihhh.

Ok, selingan gambar selca dengan budak-budak ni..
Macam-macam gaya, macam-macam keletah...Merekalah penghiburku..Next month bakal lahir lagi sorang ahli baru dan hujung tahun ni lagi sorang..Teehee, makin ramai budak-budak dekat area rumah.

Sunday, February 24, 2013

UTM Berselawat 24 Februari 2013~Mari Semua Meriahkan

Assalamualaikum

Gema Cinta Rasul kini di Selatan
Jom datang beramai-ramai bagi yang berada di sekitar Johor.

Kredit to FACEBOOK UTM BERSELAWAT

Thursday, February 21, 2013

Wedding Zul + Amy di Kg Jambu Bongkok, Marang Terengganu

Assalamualaikum
Selamat sudah hari bahagia sepupu aku dari Pahang ni pada 9 Februari 2013 yang lepas. Pasangannya orang Terengganu, anak beranak aku ni memang tak boleh lari lah semua pakat berkenan orang Pantai Timur jer. Hehe. Kami manis-manis kan..Pang~ehh, terperasan pulak tapi bukan aku, tapi dia.!

Mulanya ingat nak letak picture dari camera sendiri, tapi bila tengok gambar OP dorang ni cun sangat, maka kita tengok gambar from OP lah kan,yang aku nanti la i up. Aku cukup suka dengan tone warna dia, terang jelas dan cantik sangat.

Kredit semua gambar di bawah kepada :

Official Photo-g : S'rol Photography
or boleh add di personal facebook di Shahrol Mohd

Our familia.. Muka i secoek jer..Takper, i kan rendah diri. Haha
Rombongan Cik Saodah

Lawa sangat pengantin
Selamat Pengantin baru buat Amy dan Zul. Semoga berbahagia selalu hingga ke akhir hayat.