Saturday, January 14, 2012

Gedik Santai Wawa dan Nana...

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hye and welcome to my blog to everyone who read my post...and also to my new folllower, no words that can i say, only berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi mengikuti blogku yang tak seberapa ini dan diharapnya agar melalui blog juga, kita semua dapat menjalinkan hubungan silaturrahim tak kira di dunia maya ini or boleh dipanjangkan ke dunia realiti..Hopefully...InsyaALLAH..Sentiasa-sentiasalah menjenguk kat my blog k...

Well, before ni aku ada cerita nak share beberapa picture untuk diabadikan di dalam blog ni..Tapi, bila dah transfer semua picture2 ni, baru aku perasan aku punya gambar tak ada satu pun..semuanya gambar bebudak dua orang ni...Yelah, aku sekarang dah tak suka nak ambil gambar..entah kenapa mood nak ambil gambar sendiri tu takde dah...Kalau dulu akulah orang pertama yang pantang nampak kamera..cepat-cepat senyum nak suruh orang snap...Sampaikan gambar dalam  laptop dan external pun tak cukup space..

Tak kisahlah, janji aku dapat mencoretkan kisah persahabatan mereka ni..Nanti dah besar pasti rindu nak tatap kisah-kisah lama...

 Wawa dan Nana..

 Bukan sekadar kawan , malah boleh jadi lawan juga..Biasalah bila dah ramai-ramai, pasti ada yang tak sefahaman..

Sama tahun..sama kelas...sama perangai dan .................sama nebeng (ok, yang ni aku sendiri tak tahu maksud apa, tapi kalau gaduh-gaduh je mesti dorang sebut perkataan ni)
 Candid

Pose manja gitu

 Gaya tongkat dagu

 Gaya tongkat dagu kuasa dua

  Ini gaya bajet cun

 Gaya senyum semewek

 Pose manja semewek


 Mata ultraman..wink..wink

 Oh my adik

Dah macam kat kebun sayur lak nampak

Selipar buruk pon boleyyy

 Berlari berkejaran..Lupakan Segala Duka...................

 Gaya kepala teleng memang dah jadi tabiat

 Dua orang yang tak dapat dipisahkan..Nak pergi mana-mana, ada aja yang nak mengikut..

 Saya gedik ...dan saya santai...

Gembira sangat tengok mereka-mereka ni bebas bersuka ria, bebas bergembira..Zaman kanak-kanak ni memang zaman yang sangat best orang kata sebabnya tak perlu nak fikir apa-apa..perah otak belajar dekat sekolah je.. nak apa-apa pun senang je dapat.. masalah pun tak banyak, kadang-kadang tak tahu pun apa masalah itu kan...Yang mereka tahu apa yang perlu mereka buat, itu sahajalah yang mereka buat..Alangkah indahnya bila kita dapat kembali ke zaman kanak-kanak..Tapi sekarang aku dah banyak lost memory time kecil-kecil dulu..Ingat tak ingat je, memang tak detail sangat kalau ingatnya...Some part yang memang aku ingat memang ada valuenya sendiri..itulah sahaja kenangan yang aku bawa sampai sekarang..
Bila kita dah besar dah dewasa kita selalu mengimpikan untuk kembali muda..termasuklah aku..Tapi itulah dunia, masa takkan dapat berputar kembali...Oleh itu, kita haruslah berubah demi kehidupan yang lebih baik lagi...

Kenangan itu tidak dapat dibeli
So
Keep the memory always..always and forever..
:)

Dilarang BERGURAU

:)

Friday, January 13, 2012

Hujan Berlarutan..Mungkinkah Banjir Lagi..???.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sejuknya hari ini...dah beberapa hari hujan masih tak berhenti-henti lagi..sekejap slow sekejap lebat...Langit pun gelap macam dah malam jer..Hujan yang mencurah-curah ni membuatkan air sungai dekat tepi dan belakang rumah pun dah makin pasang...

Mungkinkah banjir akan berlaku lagi..???

Dalam berita semalam, sekitar tempat di Kuantan ada yang dah dilanda banjir, harap-harap dekat Kemaman janganlah naik air dan banjir..Tapi kalau banjir pun best jugak..dah lama tak merasa air banjir..hehe..Last aku merasa banjir masa tingkatan 5 kalau tak silap..lepas tu air naik air sikit-sikit je..

Jadi, aktiviti hari ini ialah mengangkat bot yang dah hampir nak tenggelam..Kalau tak angkat mungkin malam ini air pasang besar boleh menghanyutkan bot atuk aku tu..

 Air sungai yang semakin besar..

 Bot yang dah nak tenggelam

 Penuh air hujan

 Bot jiran..dia parking kat tepi rumah aku..:)

 Sikit lagi air nak sampai ke tebing. Kalau tak behenti lagi hujan maybe boleh banjir ni...

 Hujan rintik-rintik time ni..cepat-cepat kerah tenaga nak angkat bot..

 Amanat tokki(atuk) ni suruh angkat bot kesayangan dia..

Bot ni sahaja satu-satunya yang tinggal dan masih bertahan sampai sekarang..Lagi dua dah jadi arwah dekat belakang rumah..

Grrrrr...terketar-ketar rasa kena air hujan tadi..Abah dah terkena demam..Nanti habislah satu rumah berjangkit...

Thursday, January 12, 2012

Biarkan Masa itu Berlalu Pergi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Imam al Ghazali ;
“Sesuatu yang paling jauh itu adalah masa yang telah berlalu, sungguh ia tak mungkin kembali. ”
Sesungguhnya kejadian lampau yang telah terjadi padaku dulu telah banyak mengajar aku. Mengajar aku untuk lebih menghargai setiap perkara, mengajar aku erti kehidupan, mengajar aku tanggungjawab dan juga membentuk diriku agar menjadi  apa yang aku ingin miliki.. .Aku harus bermain dengan rentak kehidupan manusia bukan hanya sekadar hidup yang sentiasa dibayangi masa lalu..

 Namun, jika hari ini aku tidak memulakan sebarang langkah, mungkin aku tidak akan ke mana-mana pada masa hadapan...Aku sedar aku harus mulakan semuanya untuk tahun baru ini, untuk menggapai segala impian aku selama ini..


Tapi......

 aku sangat takut bila memikirkan masa depan kerana aku sendiri  tidak tahu sejauh mana aku boleh menghadapinya kelak. Adakah aku cukup bersedia untuk semua ini.???


Aku juga tidak punya jawapan untuk persoalan ini...Dulu, aku hanya mampu bertahan selama seminggu lebih sahaja, selepas itu aku sudah tidak mampu untuk menanggungnya...Aku takut ianya akan terjadi lagi...Sangat takut...



Kata doktor, aku tidak boleh kalah dengan emosi dan perasaan aku sendiri..Aku harus belajar untuk mengawal setiap keadaan yang berlaku..

Benar kata doktor, tapi kuatkah aku ..di rumah aku punya keluarga yang sentiasa menyokongku..sentiasa menceriakan hari-hari aku...yang sentiasa memahamiku...tapi di sana???..............................


Mama cakap, biarlah semua itu berlalu pergi..usah dikenang perkara yang lalu...sejujurnya, aku tidak mungkin mampu untuk membalas apa yang telah berlaku kepadaku, biarlah undang-undang dunia dan balasan di akhirat menjadi penamatnya...Aku hanya berharap orang-orang seperti ini diberikan petunjuk oleh Allah. Semoga ALLAH juga berikan aku rahmat dan barakahnya untuk aku terus melalui liku-liku kehidupan ini.

My Fabric Flower

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Apa khabar semua hari ni..???Diharap semoga semuanya baik-baik sahaja yer..Sebab sekarang ni musim demam lagi..Dekat pantai timur ni hujan tak berhenti, kalau berhenti pun masih hujan rintik-rintik lagi..So sejuk..Jadi, jagalah kesihatan anda baik-baik ya.

Sekarang saya nak kongsikan beberapa kuntum bunga fabrik yang dah berjaya disiapkan..

Kain-kain ini semuanya saya guna menggunakan kain tudung yang dah tak digunakan lagi, kain-kain perca dan ada juga cebisan-cebisan kain langsir..

Very jimat..just ongkos pada button sahaja..For starter saya beli sikit je..sebab mahal juga sebenarnya button-button ni..Nak kena beli di tempat yang jual borong baru boleh dapat murah..


Anyone ada yang tahu tak dekat mana nak dapatkan button-button yang comel, banyak serta murah...???? 
Please..please...I really in love with bunga-bunga fabrik sekarang ni..

Wednesday, January 11, 2012

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Selamat bersiaran kembali di rancangan masak masak bersama saya chef.......(sila isi tempat kosong)
wokey, verangan kejap..

Kek ni bila dah pernah buat sekali, pasti terus-terusan nak cuba lagi..Lagi-lagi bila ada orang support..Terutamanya kanak-kanak dekat rumah ini lah..hari-hari tanya bila kaklong nak buat kek lagi..aku asyik cakap minggu depan..minggu depan..sampai dorang dah start sekolah kek aku pun tak terbuat lagi..ingatkan dorang dah lupa, last-last sabtu lepas tanya lagi bila nak buat..kesian pulak tengok kan..jadi esoknya ahad time dorang sekolah aku buat lah kek ni..Nak tunggu dorang balik sekolah malas lah sebab nanti ramai duk menyibuk je..duk calit sana, duk calit sini..

Jadi, inilah hasilnya..

Feedback dari tukang makan: Sedap..so, nanti boleh buat lagi

Dari hati kecilku sendiri: Deco masih di tahap comot lagi..nak kena beli yang ada sarang deco kek yang cantik tu (apa nama tah..yang besi macam-macam corak dekat muncung kon aising tu)..xpuas hati..nak buat cantik-cantik lagi..

Mereka request nak kek coklat..Budak-budak memang tak dapat dipisahkan dengan coklat ni..bukan budak sahaja mak-mak budak pun sama..:)

 Gambar time buat 2 tak ada..sebab tak terfikir pun nak share dalam ini..So, aku hanya boleh kongsikan resepinya sahaja..Resepinya sangat mudah.

.Bahan-bahan yang digunakan seperti di bawah;

1 cawan serbuk koko (serbuk koko brand van hauten, apa-apa brand pon boleh janji halal) 
1 cawan gula pasir 
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (dipukul)


Cara penyediaan:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan  ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.
 Sumber: Sajionline


 Topping aku guna aising perisa vanila sahaja..Aku bahagi dua kek tu dan sapukan aising kat tengah-tengah..
aising kali ni menjadi, aku buat tak terlalu manis dan tambah susu cair sedikit..


 nak lagi sedap, boleh letak topping coklat dan taburkan dengan coklat urai, tapi serbuk koko dah habis nak masak buat topping tu..konklusinya, buat aising je.. dan dah siap untuk dimakan..

 JOM MENJAMU SELERA..PETANG-PETANG CAMNI PEKENA DENGAN 
TEA O PANAS MEMANG KAW..

The day that never comes

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


kawan-kawan aku yang dulu suka belanja aku..
nak-nak time-time aku merajuk..
hehehe..
poya n nadyaa la sokmo2 nye...
yg lain-lain pon ada, tapi aku tak berapa ingat daa..
cuma geng-geng 
sheila of 8 ( aku, sah, ayu, c-dah, d-d, mek cheq, chot, n nadyaa) ini sahaja yang banyak kott..
ehehe..
rindu sangat-sangat time berhimpit-himpit atas katil, main rebut-rebut makanan, selalu lambat pergi class, ramai-ramai  kena marah...

semua itu kenangan yg tidak dapat aku lupakan..
Kist the best....
♥ uols..

She's Getting Married

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

My sahabat dunia akhirat dah pun selamat diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang aku fikir 'Jodoh dari ALLAH' ..Ya, sememangnya jodoh pertemuan itu datang dari Allah, DIA yang tentukan segalanya..

Anis merupakan sahabat yang juga merangkap sepupuku..Kami hanya berbeza umur 2 tahun.. 

Tak pernah dia pose macam ni..Once in her lifetime..She's ustazah actually.

Manis senyumanmu..Seri pengantin..Tak mekap pun..Just pakai bedak padat dan lipstik sahaja..

Perasan tak kenapa cadar warna merah tapi tirai belakang  warna hijau putih..Sebabnya aku tak datang time dia kahwin..Aku datang  beberapa hari selepas dia kahwin ..

 Photoshoot  di kebun serai.

 Photoshoot lagi dekat "garden" kampung..

  Anis with her beloved ayah and mak..

 Random  :-)

Aku doakan agar dirimu sentiasa berada dalam lindungan-Nya, sentiasa ber bahagia di samping suami tercinta serta berkekalan hingga ke anak cucu...

***dia punya hantaran aku yang buat, simple sahaja coz dia punya bajet tak banyak..
but ikhlas itu penting..I request to do her hantaran as a wedding gifts from me to her..

***Gambar dengan her hubby tiada sebab time pergi rumah dia hubby nya keluar

Mereka selalu ada untukku

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Hari-hari ku dilalui dengan mereka semua...Aku seorang yang sangat suka dengan budak-budak..sangat suka melayan karenah mereka dan mereka juga suka melayan karenah aku..mereka juga yang banyak menceriakan hidupku selama ini..tanpa mereka pasti hidup aku tak lengkap, dan sudah tentu sunyi je..1 hari tanpa mereka hidupku ibarat serba tak kena..

Jom tengok mereka 

 Sangat sayang mereka...Aksi kepala teleng dah menyerang mereka setiap kali bergambar..

 Qaisara..

 Najwa, Nana, Sara..Nana dan Sara adalah anak kepada sepupuku..

 My sister, Najwa

 Dia juga hantu kek

 Arissa dah tak sabar nak makan kek..Asyik tenung kek je

 Najmi, tahun ni dah Upsr..Kejap je masa berlalu...terasa baru dukung dia ..

Kaklong sayang semua adik-adik kaklong..Belajar rajin-rajin  yer semua..
Lots of love..
Muah

Tuesday, January 10, 2012

Handmade Vanilla Cupcake for my sweet 23-birthday...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Dalam entry ini, aku ada bagitahu yang aku ada buat kek kan..ingat nak buat kek bulat besar itu aja sebab malas nak buat kek-kek cawan ni..Tapi budak-budak ni duk request nak cupcake..Layankan aja lah...Lagipun memang nak bagi budak-budak pun makan..=)

Aku tak pernah pun buat kek-kek ni, jadi My Resipi  dipilih menjadi assistant aku ..Boleh klik kalau nak tahu resepi.. My resepi memang banyak membantu aku ..yang tak pandai masak pun boleh jadi pandai..tapi wajib kena selalu praktis di dapur lah kan..

Ok, aku buat perisa vanila sebab takut nak buat perisa chocolate..1st ever try kan..takut tak menjadi ..

Before masuk dalam oven.. 

Gambar ni time dalam oven..Keluarkan kejap coz semuanya sibuk asyik nak tengok-tengok jer..Last-last yang dah siap bake tak ingat nak snap..

 Nak tengok hasilnya camana..

Tadaa

Kek chocolate kat tengah itu beli kat kedai...Comot sangat aku deco..

From other side..Aising aku tu tak menjadi sangat kerana aku terlebih butter..Sebab tu nampak macam lembik dan berminyak sikit.

That's all..

2nd try aku buat aku chocolate moist ..Will update soon..

Dad..dad..Lawaklah Dad ni..


Just for Laugh
:)

Tanah Kubur

Asslamualaikum dan Selamat Sejahtera

 Episod Balasan Mendedahkan Aurat


Semoga kisah ini memberikan pengajaran kepada semua umat Islam..juga sebagai peringatan untuk diri saya sendiri agar menjadi lebih baik dari sebelumnya..

AMIN