Thursday, January 12, 2012

Biarkan Masa itu Berlalu Pergi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Imam al Ghazali ;
“Sesuatu yang paling jauh itu adalah masa yang telah berlalu, sungguh ia tak mungkin kembali. ”
Sesungguhnya kejadian lampau yang telah terjadi padaku dulu telah banyak mengajar aku. Mengajar aku untuk lebih menghargai setiap perkara, mengajar aku erti kehidupan, mengajar aku tanggungjawab dan juga membentuk diriku agar menjadi  apa yang aku ingin miliki.. .Aku harus bermain dengan rentak kehidupan manusia bukan hanya sekadar hidup yang sentiasa dibayangi masa lalu..

 Namun, jika hari ini aku tidak memulakan sebarang langkah, mungkin aku tidak akan ke mana-mana pada masa hadapan...Aku sedar aku harus mulakan semuanya untuk tahun baru ini, untuk menggapai segala impian aku selama ini..


Tapi......

 aku sangat takut bila memikirkan masa depan kerana aku sendiri  tidak tahu sejauh mana aku boleh menghadapinya kelak. Adakah aku cukup bersedia untuk semua ini.???


Aku juga tidak punya jawapan untuk persoalan ini...Dulu, aku hanya mampu bertahan selama seminggu lebih sahaja, selepas itu aku sudah tidak mampu untuk menanggungnya...Aku takut ianya akan terjadi lagi...Sangat takut...



Kata doktor, aku tidak boleh kalah dengan emosi dan perasaan aku sendiri..Aku harus belajar untuk mengawal setiap keadaan yang berlaku..

Benar kata doktor, tapi kuatkah aku ..di rumah aku punya keluarga yang sentiasa menyokongku..sentiasa menceriakan hari-hari aku...yang sentiasa memahamiku...tapi di sana???..............................


Mama cakap, biarlah semua itu berlalu pergi..usah dikenang perkara yang lalu...sejujurnya, aku tidak mungkin mampu untuk membalas apa yang telah berlaku kepadaku, biarlah undang-undang dunia dan balasan di akhirat menjadi penamatnya...Aku hanya berharap orang-orang seperti ini diberikan petunjuk oleh Allah. Semoga ALLAH juga berikan aku rahmat dan barakahnya untuk aku terus melalui liku-liku kehidupan ini.

2 comments:

  1. http://mujadafewa.blogspot.com/p/tips-beriklan.html

    camni,, be tu syarikat yang buat iklan tu yang pilih,, berdasarkan kedudukan ads.. cara promote,, then insya ALLAH la dapat,, :D

    ReplyDelete
  2. wuwuwuuu..
    betul tuh bende paling jauh ialah mase lalu,, takkan kite dapat balik.. :)

    ReplyDelete

Thanks for Comment