Monday, August 13, 2012

Puasa Hari ke-18 : Asam Pedas Ikan Patin Tempoyak, Lemang Kijal dengan Serunding Daging dan Akok Terengganu

Assalamualaikum

Lambatnya i ni kan. Orang dah sibuk2 update lauk berbuka hari ke 24, i baru buat-buat sibuk nak up entry minggu lepas. Haha.! Okay dah back date pon i tetap nak cerita journal berbuka puasa i ni. :)
 Lemang oo lemang. Tak raya lagi i dah merasa lemang sedap. Daddy i beli dekat Kijal on the way balik dari Kerteh. Kalau di Kemaman memang famous lah Lemang Kijal ni. Makan pulak dengan serunding daging i ta peduli orang dah. Sedap ..! Rasa lemang pun memang nice, nasib daddy jumpa tempat sedap. kehkeh, daddy tu.!
Kuih Akok made in Terengganu. Ini beli malas buat sendiri.
 Lauk kali ni Asam Pedas Ikan Patin Tempoyak ni jer. Tak ada lauk lain dah. Ikan ayam pun tak dek. Besederhanalah kita yer.
The makanan-makanan's. Part budu dan ulam tu wajib.!
Air Jagung Seksi .! I buat ni. Bukan sebarang jagung, ada isi jagung manis dalam tu okay. Semestinya sedap air tangan i.Haha.!

***Eczema naik lagi, aduh cane nak raya ni. !

Sunday, August 12, 2012

Puasa Hari ke-17 : Tumis Ikan Sardin, Sayur Kailan Campur, dan Murtabak Gemilang

Assalamualaikum

Menu berbuka puasa hari 17 Ramadhan, masak simple-simple jer. Menu ringkas yang cukup auuummm..
 Ikan Sardin Tumis. Lama tak makan, sedap pulak bila dah pekena.
 Sayur Kailan Campur. Letak Isi Ayam sikit 
 Telur Dadar. Gandingan serasi dengan Ikan Sardin. Palukk habis.!
 Ikan Cencaru dan Ikan Kembung Panggang
 Sup Suhun nenek i kasi. Time ni kan i berpantang, i just makan lauk ni jer. Kesian kan
 Ikan keli goreng dan Ikan Keli berlada
 Ulam-ulaman. Ulam Raja dan Petai
 3 biji Murtabak Gemilang. Sedapnya.!
 Pemanis mulut ialah Kuih Sekaya. I tak dapat makan ni kan pantang tak boleh makan telur. 
Air Soya oh Air Soya. Bagaimana i nak suka minum air lain? Air ni je tekak boleh terima walau hari-hari.

Ok, tu jer menu kami sekeluarga berbuka puasa. :)

Pencarian Blogger Aktif #2 Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum
Pencarian Blogger Aktif #2
Pencarian Blogger Aktif #2 oleh Mialiana.com
5/8/2012 hingga 12/8/2012

Pencarian Blogger Aktif #2 oleh Mialiana.com 5/8/2012 hingga 12/8/2012. Jadi, dah malam terakhir ni. Lambat betul i ni tapi tengok ramai yang join baru terasa nak join gak.hehe. I suka la benda-benda last minute ni.:)
Errah follow blog Chit Chatting With Liana dulu before follow blog personal Kak Mia di Mialiana.Com. Sebabnya jumpa blog tu dulu..hehe. Kak Mia pun pernah review my blog. Thanks.

Jom rakan-rakan semua. Masih sempat lagi sehingga 11.59 malam ini.

Thanks for reading this entry...!

Seronoknya Cuci Mata di Era Nona Pengantin @ Nona Florist

Assalamualaikum

I kan tadi last persinggahan dekat Kedai Bunga , jadi rasa mood segar bugar lagi ni nak la kongsikan meriah di hari raya dengan bunga-bunga artificial ni. Kalau sebut perempuan memang tak sah kalau tak suka bunga kan. I semua jenis bunga suka tapi paling i minat tentulah fresh flower. Segar, cantik dan semerbak harumnya especially ros. Suka bangat deh...!Tapi artificial pun apa kurangnya. Untuk buat hiasan eloklah sebab tahan lama.

Jom layan gambar bunga-bunga pelesu ni.
 Dari luar pintu kedua kedai 
 Ini pun bunga yang dah siap digubah dan display di luar kedai
 Gerbang pengantin
 The bunga-bunga warna warni
 Meriah

 Yang ini cantik sangat. Harganya nak terbeliak biji mata jap. RM900++. 
 Tapi sesuai lah bagi orang yang poket tebal. Kita-kita ni bawah RM200 boleh la.
 Suka bunga berjuntai putih hijau di belakang tu. Setiap satu RM5
 Sesungguhnya i nak belajar jugak menggubah bunga cantik camni. Geram geram!
 Cantik

Dalam kedai. 

Kedai Bunga di kawasan bandar tempat tinggal i ni kalau ikut Era Nona Pengantin @ Nona Florist la yang paling ngetop. Kedainya pun bersih, kemas dan tak serabut nak cari-cari barang jika dibandingkan dengan kedai bunga lain di Bandar Chukai ni. Harganya pun ok tak mahal sangat tak murah sangat, kira sangat berpatutan la. Kat Bandar Chukai ni manalah ada sangat kedai bunga kalau ada yang cantik-cantik English Style tu banyak dekat Romantika Paka or Kuantan. Kalau ada dekat bandar ni pun agak mahal la.

Part barang-barang pengantin pulak
 Gubahan hantaran yang kedai ERA NONA ni sediakan. Cantik-cantik semuanya
Tapi kalau mampu buat, baik buat sendiri jer. Charge upah dia agak mahal jugak la.
 Dari sudut bakul-bakul
 Seronok benar i pergi bahagian-bahagian camni
 Pasu dan bakul-bakulnya semua cantik-cantik. Pilih dan sediakan duit jer
 Mama i beli jugak salah satu pasu dalam ni.Hehe.! Mana boleh tunjuk lagi. Datang lah raya dulu
 Macam-macam bentuk dah sekarang kan.
Kalau ada member card lagi best. Sayangnya family i tak buat. Kaki pahar tu untuk orang nak kahwin boleh la beli. I ni entah bila tak tahu lagi.
Taraaa...Bukan i yang punya, tapi nenek saudara yang pesan dekat mama i suruh gubah bunga ni dekat kedai. Pasu sendiri bawa dari rumah dan bunga-bunga beli sini dan suruh pekerja ERA NONA ni gubah. Total +- RM70.

Fuhh, entri bergambar paling panjang i tulis. Mama abah dah balik, so tolong masak-masak pulak. 4 buah rumah dah tinggal 3 buah rumah. So, hari ni semua makan dekat rumah i. Menu apa lom tahu lagi, nak jenguk dapur dulu. Nanti malam i BW ya.

Thanks for reading this entry...!

Diari 23 Ramadhan

Assalamualaikum

I baru saja balik dari kedai bunga. Pagi-pagi tadi pergi bank dulu masukkan duit. Haha.! Orang keluar duit kita masuk duit plak kan. Rezeki rezeki. Tapi bukan duit i, parents i yang punya. Penat tak hilang lagi ni. Sampai sampai rumah tadi mama abah dan sepupu pergi pejabat tanah ada urusan tanah la pulak. Rezeki lagi. Mudahan pintu rahmat sentiasa terbuka.Amin.

Dan sekarang i sorang-sorang di rumah. Adik lelaki i semalam buat kerja dekat Kuala Terengganu dah balik dah. Hari ni, sekejap lagi pergi KT pulak sebab esok mak saudara i akan operate mata. Sebab mak saudara yang jaga dia dari kecik, so dia anggap macam mak dia dah. Panggil pun mak tak macam i panggil Cik De. Dia dah tak nampak apa-apa kesan dari penyakit buah pinggang dia. Jadi esok akan bedah laser lau tak silap dekat Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Semoga pembedahan esok berjalan dengan lancar dan cik de dapat melihat semula. Raya nanti pakai mata baru la yer.Insya-ALLAH.

I pulak Alhamdulillah after hari-hari pakai ubat yang doktor bagi tu dah kurang dah bengkak-bengkak semua tu. Cuma sekarang parut la tinggal dan tempat tu kulit jadi kering. Nasib tak menjadi makin teruk. Tapi kena berjaga-jaga jugak risau nanti timbul lagi.

Sekarang semua orang tak ada, rumah berderet 4 buah ni tinggal i sorang-sorang jer. Ishh, tak ketahuan nak buat apa. Nak tengok TV malaslah takder geng tak best. Nak buat apa ni.........Bosannnnnnnnnnnnnn itulah tadi orang ajak keluar tak nak ikut. Kalau tak boleh pau tudung selai lagi. hihi

Teringin nak pergi sini. Disneyland...Woohooo..

Saturday, August 11, 2012

Puasa Hari ke-16 : Nasi Kukus Ayam Berempah

Assalamualaikum

Salam 22 Ramadhan. Sekarang ni liat benar la nak potpet potpet kat sini, al-maklum dekat nak raya dah macam-macam benda nak buat. Buat kuih la, jahit baju la, jadi id tak bertauliah la dan macam-macam lagi la kan.
Hari ke 16 Ramadhan, iaitu hari Ahad lepas pagi-pagi lagi dah buat Biskut Dahlia Raya 2012. Buat dua jenis kuih je pon satu lagi Biskut Sagon tapi penat yang amat kot. Ini baru buat untuk makan sendiri kalau ambik tempahan camanalah kan. Sebab tu tak boleh nak order-order ni. Buat pun acah tak acah jer, JANJI ADA JANJI SIAP. Haha.!Yang tu nanti i reveal kan.

Sebab penat jadi malas nak masak. Jadi abah i petang tu keluar lah pergi kedai Nasi Kukus Ayam Berempah dekat depan Hospital Besar Kemaman ni.
 Abah beli 4 bungkus padahal ahli dalam rumah ada 5 orang. hehe. Jimat sikit nanti campur-campur dengan nasi biasa
 Ayam dia pulak punyalah besar-besar. Ada 4 bahagian ayam yang i rasa 1/4 dari sekor ayam kot. Ayam goreng berempah ni memang tak habis pon siap ratah pulak malamnya.
 Kuah Kari. Kosong jer kuahnya tapi sedap sebab pekat.
Nasi Kukus. Beginilah rupanya. Nampak macam sikit kan tapi bila dah renyai-renyai nasi tu, banyaklah pulak. Ada sekali Acar Timun dan sedikit belacan.
 Lauk sesat. Nenek i yang bagi dia tak tahu kitorang tak masak pun.Sayur Pucuk Kemiding Masak Lemak. Kalau buat Masak Pedas i suka hirup-hirup je kuah tu.
 Gulai Daging temph hari ada lagi. Mama i biasa kalau lebih-lebih ni, dia akan letak dalam plastik jernih macam jual dekat bazar tu sikit-sikit dan letak dalam peti beku. So, bila nak makan just keluarkan dan panaskan jer. Nak keluarkan sebulan lagi pun boleh.Haha..!
 Nasi putih biasa untuk tambah. Kurang umphh sikit la nak banding dengan nasi kukus tu.
 Pencuci mulut ada kek. Muffin Coklat Blueberry dan Muffin Vanila 
 Pisang Montel. Biasa dekat rumah pisang ni yang selalu ada, tapi start puasa ni Tembikai jadi juara
 Kuih Koleh Kacang. 
Air Bunga Kekwa dan Air Soya beli tak buat sendiri.Haha!

Tu je lah juadah berbuka kitorang. Tengok pada jumlah gambar nampak macam banyak kan tapi sebenarnya sikit je pon. Hehe. Korang lak berbuka apa petang ni? 

Thanks for reading this entry...!