Assalamualaikum...
Sebenarnya aku sangat suka menulis..Setiap kali adanya pertandingan menulis esei, menulis puisi dan sebagainya , aku pasti tidak akan terkecuali untuk terlibat sama..Aku sangat meminati bidang penulisan, tetapi entah mengapa semenjak memasuki alam universiti, aku terus mula meninggalkan dunia penulisan ini...Sehinggakan aku sendiri tidak pasti dengan penggunaan penulisan ayat Bahasa Melayu yang betul kerana hampir 4 tahun membiarkannya tumpul tanpa diasah...
Blog????
Kenapa harus memulakannya dengan blog...Mungkin dengan cara ini sahaja aku dapat mengasah bakat untuk terus menulis sekalipun hanya menulis di blog yang sekadar di pinggiran ini, membuka minda aku untuk perkara-perkara baru , untuk meluahkan rasa, untuk berkongsi idea, juga untuk berkongsi cerita... Blog umpama diari bagi seorang penulis blog..Menceritakan hal-hal yang ingin mereka sampaikan, tidak kira apa jua kandungannya..Sangat luas, sehinggakan banyak perkara yang dapat kita berkongsi ...Suka duka, nangis tawa, caci maki, dengki khianat, dan pelbagai lagi..
Terlalu banyak perkara yang berlaku pada diriku sepanjang tahun 2011 ini..
Semua yang berlaku itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata .
Cukuplah hanya aku dan orang-orang sekeliling aku yang merasa derita itu..
Cukuplah bertanya itu dan ini kerana aku juga tidak mempunyai untuk jawapan itu.
Apa yang aku mahu
terimalah aku seadanya agar aku merasakan kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini.
Beberapa jam lagi tahun 2012 akan menjelma..
Seperti tahun-tahun sebelumnya, sudah pasti setiap orang memasang azam baru untuk dicapai..
Jika bertanya aku, tidak banyak yang aku inginkan..
Aku hanya inginkan orang menyenangi diriku,
dan juga merasa gembira serta bahagia dengan diriku...
2012,
lembaran baru yang harus aku lalui dengan penuh berhati-hati agar aku tidak mudah rebah lagi.
Aku harus cuba sedaya upaya untuk kembali ...