Saturday, December 31, 2011

2011 Bakal Meninggalkan, 2012 Kian Menghampiri

Assalamualaikum...

Sebenarnya aku sangat suka menulis..Setiap kali adanya pertandingan menulis esei, menulis puisi dan sebagainya , aku pasti  tidak akan terkecuali untuk terlibat sama..Aku sangat meminati bidang penulisan, tetapi entah mengapa semenjak memasuki alam universiti, aku  terus mula  meninggalkan dunia penulisan ini...Sehinggakan aku sendiri tidak pasti dengan penggunaan penulisan ayat Bahasa Melayu yang betul kerana hampir 4 tahun membiarkannya tumpul tanpa diasah...

Blog????
 Kenapa harus memulakannya dengan blog...Mungkin dengan cara ini sahaja aku dapat mengasah bakat untuk terus menulis sekalipun hanya menulis di blog yang sekadar di pinggiran ini, membuka minda aku untuk perkara-perkara baru , untuk meluahkan rasa, untuk berkongsi idea, juga untuk berkongsi cerita... Blog umpama diari bagi seorang penulis blog..Menceritakan hal-hal yang ingin mereka sampaikan, tidak kira apa jua kandungannya..Sangat luas, sehinggakan banyak perkara yang dapat kita berkongsi ...Suka duka, nangis tawa, caci maki, dengki khianat, dan pelbagai lagi..

Terlalu banyak perkara yang berlaku pada diriku sepanjang tahun 2011 ini..
Semua yang berlaku itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata . 
Cukuplah hanya aku dan orang-orang sekeliling aku yang merasa derita itu..
Cukuplah bertanya itu dan ini kerana aku juga tidak mempunyai untuk jawapan itu.
Apa yang aku mahu
 terimalah aku seadanya agar aku merasakan  kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini.

Beberapa jam lagi tahun 2012 akan menjelma..
Seperti tahun-tahun sebelumnya, sudah pasti setiap orang memasang azam baru untuk dicapai..
Jika bertanya aku, tidak banyak yang aku inginkan..
Aku hanya inginkan orang menyenangi diriku, 
dan juga merasa gembira serta bahagia dengan diriku...

2012, 
lembaran baru yang harus aku lalui dengan penuh berhati-hati agar aku tidak mudah rebah lagi. 
Aku harus cuba sedaya upaya untuk kembali ...
Kembali ke dunia nyata..


Selamat menyambut Tahun 2012..
Semoga tahun mendatang akan memberikan kenangan yang terindah..

Wassalam....

2 comments:

  1. kita tak kan mampu untuk bersaing dengan kisah perit, kisah silam yang pernah hadir dalam hidup kita untuk kita terus melangkah lagi jauh ke hadapan..lupakan semua tu lagi baik daripada kita terus ingat dan bersedih dengan pekara yang dah berlaku..kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir...

    dah sampai masanya kita buka hidup kita ni dengan kisah baru..cerita baru dan kenangan baru yang lagi manis dan indah dari yang lepas..aku pun tengah cuba untuk terima semua yang belaku dalam hidup aku yang lepas sebagai takdir yang cukup2 memberi aku satu pengajaran dan pengalaman yang aku sendiri tak pernah duga..

    mu mesti kuat untuk semua tu kan..aku percaya mu mesti lagi kuat dari aku..sebab selama ni pun keceriaan dan keramahan mu boleh beli jiwa aku untuk terus tesenyum time susah senang kita..

    aku rindu mu...

    ReplyDelete
  2. ya,aku masih berusaha ke arah itu..menjadi yang lebih terbaik..untuk terus tersenyum n kembali pada diri aku yg dlu..aku ingin menjadi seceria dlu tp itu sgt sukar ah..aku rindu suatu saat yg akan aku boleh hdapai semua ni...
    doakan aku selalu..i miss u too..very hard

    ReplyDelete

Thanks for Comment