Assalamualaikum..
Kalau nak cerita perihal ubat ini dengan diri aku sampai tahun depan pun tak habis...Hihi...padahal tahun depan tu lusa dah..Ok, tak nak cerita panjang..So, kita straight kan lah point itu yer..
Actually, aku adalah seorang yang sangat-sangat takut ubat, makan ubat apatah lagi kan...Entahlah, aku pun tak tahu nak istilahkan macamana takut atau apa-apa yang membuatkan aku rela tak makan ubat even aku sakit sangat-sangat...Ok, ayat aku dah tunggang-langgang macam apa dah kan dengan segala kata ganda keluar..Tapi ini dulu lah, sekarang aku dah boleh makan ubat dengan sendiri tanpa siapa-siapa pun guide aku..Teror tak..?? Haha, badan je besar tapi takut ubat kan..akulah tu..dari kecil sampai besar asyik kena perli dengan doktor sebab bila sakit je mesti minta ubat jenis cecair..sampai nurse nak sukat ikut dos pun payah..sori yer bapak-bapak ibuk-ibuk..hehehe..
Kalau dengan family, dah macam-macam ragam lah cara diorang nak kasi ubat suruh aku makan kalau aku demam ke sakit ke dan apa-apa lagi lah...Sampaikan aku masuk boarding school, kawan-kawan aku semua tahu yang aku ni memang tak boleh nak telan ubat ..Sebab apa, ada sekali tu time aku dah akhir form 1 dah, bila dah hujung tahun kan, hujan selalu turun mencurah-curah dengan lebatnya yang menyebabkan kitorang takkan sesekali melepaskan peluang untuk bermain hujan dengan gumbiranya...Ohh..ayat..sarkastik sungguh...
Ok, dan apa jadi lepas tu??? Kami semua terkena demam la..Kan, siapa suruh main hujan lagi, itulah orang-orang tua cakap xmahu dengar..Kawan-kawan lain demam biasa-biasa je..Tapi aku, demam teruk sangat..Sampai muntah-muntah...Sampaikan dorang letak tilam aku dekat tengah-tengah dorm tu lagi dan kawan-kawan semua kelilingi aku...Mereka-mereka semua bantu aku untuk makan ubat yang klinik bagi, tapi tau je lah aku memang jenis tak dapat nak telan ubat..Aku sendiri pun tak tahu, mungkin pahit, mungkin aku tak pandai nak makan or apa-apa yang mungkin......Dan masa itu juga lah aku dengar bunyi diorang ketuk-ketuk sesuatu...Nak tau apa, dorang ketuk ubat-ubat aku tu bagi hancur lunyai dam masukkan dalam air milo ke air apa tah kalau tak silap aku... Adoi, boleh plak kan dorang dapat idea macam tu kan..Tapi, demam aku tak berkesan jugak..Last-last cikgu bawa pergi hospital dan kena inject..n doktor bagi ubat jenis cecair dekat aku..Ubat camtu aku boleh telan sikit sebab manis...Lepas beberapa hari baru demam aku baik..Lepas tu, setiap kali aku sakit je, macam-macam lah idea dorang nak bagi aku makan ubat. Kadang-kadang tanpa aku tahu ada ubat dalam minuman atau makanan tu..Macam dorang letak ubat dalam kuih, cekodok, pisang dan ada lagi lah, but aku tak berapa ingat dah..Kalau diingat balik, boleh tergelak sorang-sorang..Memang kenangan terindah yang tak dapat dibeli dari mana-mana pun..Kawan-kawan aku especially my bff sangat menjaga aku, sangat mengambil berat tentang aku...Sampai sekarang, hubungan ini masih utuh dan mereka juga yang selalu sangat ambil tahu tentang aku sekarang...
Dan sekarang, sedikit demi sedikit aku hapuskan rasa fobia itu...Walaupun bukan sepenuhnya..Orang yang tengok aku nak makan ubat itu sendiri akan merasa seksa melihat aku apa lagi aku yang terpaksa menelannya setiap hari..Kalau boleh aku tidak mahu terikat lagi dengan ubat-ubatan ini, tapi aku sendiri tahu buat masa ini aku tidak boleh meninggalkannya..Ubat kini menjadi peneman aku tidak seperti dulu ianya adalah musuh nombor 1 aku..Benarlah kata orang, jangan kita benci sesuatu, kerana sesuatu itu lah yang akhirnya akan bersama kita...
No comments:
Post a Comment
Thanks for Comment