Assalamulaikum...
26.12.1988...
Selamat Ulang tahun kelahiran kepadaku....
Ya Allah…
Terima kasih ya Allah… terima kasih…
Terima kasih Ya ALLAH kerana selama 23 tahun ini aku masih berdiri di atas muka bumi ini untuk merasakan nikmatmu , menjalankan kewajipan kepada-Mu serta saudara-saudaraku. Masih bernafas, masih mempunyai tanggungjwab yang besar terhadap diri, keluarga serta agama...Semoga umur yang kian meningkat ini akan mematangkan aku untuk menghadapi kehidupan yang mendatang..Semoga aku menjadi anak yang solehah kepada ibu bapaku...
Terima kasih mama kerana melahirkanku.Tanpamu aku pasti tidak dapat merasai kehidupan di dunia..Tiada kata serta harta yang dapat ku balas untuk menyamai segala pengorbanan mama kepadaku selama 23 tahun ini..Mama terlalu hebat di mataku..tiada seseorang pun yang lebih memahami diriku melainkan mama yang sentiasa ada di sisiku setiap kali aku memerlukanmu...You're a great mama...I love u ..
Abah..orang yang sangat aku kagum.nampak garang dari luar tapi hatinya adalah selembut sutera...Tak dapat aku gambarkan betapa aku sangat menyanyangimu abah,,,Walau tak terkata dari bibirku, tapi ingatlah aku akan sentiasa membuatmu senang dan bangga dengan diriku suatu hari nanti.Insayaallah....sebesar ini, abah sentiasa memimpin tanganku seperti aku masih anak kecil..Pegangan tangannya yang erat itu kadang-kadang membuatkan hati kecilku menangis..Ya, itulah kasih seorang ayah yang sangat berharga buatku..Kasih sayangnya membuatkan aku merasakan aku orang yang paling bertuah dilahirkan di dunia ini..Abah seorang yang sangat penyabar, tidak pernah merungut...
Aku sangat sayang mereka.mama,abah,mubin dan najwa...Hugs,muahhh...
Terima kasih semua kerana telah melengkapkan kehidupanku...
Cinta sampai mati...
Sesungguhnya tiada cinta seagung ini yang boleh kita rasai dan nikmati kecuali cinta Ilahi...
p/s..petang ni projek membuat kek..hope berjaya..1st time dalam hidup akan buat kek sendiri...
No comments:
Post a Comment
Thanks for Comment