Thursday, June 14, 2012

FOKUS

Assalamualaikum

Dari pagi tadi i bangun i tak menghadap lagi nota kesayangan..Aihh,ko lupa ke esok ada exam..Tolong sedarkan i sikit...Ini sebab broadband cam laju pelik la sejak beberapa hari ni..My daddy dah bayar kot bil terbaru tu laju semacam jer..Tapi geram plak streamyx kat rumah dah berminggu tak dapat connection..Macam tulah kalau duk dekat kampung..Apa masalah lah TM tu kan.Nak kata bayar, tiap-tiap bulan memang lah bayar...sesedap jek ko makan duit free kami kan...

FOKUS LAH...FOKUS LAH...
I nak pergi fokus lah ni..dah ada kawan tegur tadi..tak ada paper dah ker macam syok jer duk update belog...fuhh, terasa..!!!

Ok, kita jumpa lagi esok petang..InsyaALLAH...

Thanks for reading my entry

22 Fakta Tentang KENTUT

Assalamualaikum..

Tak senonoh betul cik Errah Najwa ni kan..Tengahari duk bercerita pasal kentut..huahuhua..Tapi tahukah anda, kalau anda tak kentut maknanya anda tak normal..Pernah ke anda mempunyai kemusykilan tentang kentut ni...hahaha..buat-buat tak tahu plak kan..

Ok, di sini i nak share la beberapa ilmu sains tentang KENTUT ni..
I dapat ni from facebook MedikTV.Boleh like kalau nak tahu banyak lagi info pasal sains kesihatan ni..Sangat-sangatlah berguna untuk kehidupan seharian kita.

Begitu banyak dia punya persoalan kan...Itu baru bab KENTUT..kalau bab lain ahaiii lagi lah tak terjawab nyer dak.Apa pun bersyukurlah kita kerana masih dapat kentut..seksa tau orang yang tak dapat kentut ni...:p

Thanks for reading my entry

Wednesday, June 13, 2012

Tasik Kenyir Destinasi Percutian Pilihan

Assalamualaikum..
Mengelat kejap dari baca nota nih...hihi..I nak bawa anda melancong dan merehatkan minda sebentar ke Tasik Kenyir..Ada ke yang tak tahu dekat mana Tasik Kenyir ni...Jawapannya ada...haha...Kalau korang pernah tengok rancangan Money Drop versi Malaysia punya dekat ASTRO dulu-dulu tuh, ada yang jawab Tasik Kenyir tu kat Perak ke kat mana tah..Jadi sakit hati plak rasa sebab itu pengetahuan am kot...
Tasik Kenyir ini terletak di Kuala Berang, Terengganu.
Cantik kan???

I pernah tinggal selama 3 tahun dekat Kuala Berang dan even ianya tercorot orang kata kawasan hulu...heyyy, korang silap yer...Dekat sini lah tempat yang sebenar-benar yang boleh bagi ketenangan...Mana ada pagi-pagi ko pergi sekolah kau hidu itu bau tahi getah..Tapi i dan kawan-kawan i melalui, cikgu-cikgu yang juga dah serasi dengan semua tu..Tak semua orang dapat melalui pengalaman macam i dan kawan-kawan yang belajar dekat kawasan macam ni..Memang betul-betul memberi ILHAM..hahah..Dan sampai sekarang, tempat tulah yang mula-mula mengajar i erti berdikari dan juga erti persahabatan..

Ok, i dah menyimpang jauh..Sesaje flashback kenangan indah...Nanti cuti kami sekeluarga nak pergi sini..
Saja-saja nak menggoogle tempat ni padahal dulu-dulu selalu je pergi..Cuma dah tak pergi selepas i form 4...about 8 years jugak lah i tak pergi Tasik Kenyir nih..Mesti dah berubah sangat sekarang nih...

Wow..cantiknya..!!!!.buat i tak sabar nak pergi...

Tasik ini juga merupakan kawasan empangan batu-hidro-elektrik batu- batan terbesar di Malaysia. Apabila kawasan ini dibanjiri air, kebanyakan kawasan pergunungan berada di atas paras air, sekaligus membentuk 340 pulau buatan manusia.Tasik Kenyir yang cantik ini adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang merentasi 260,000 hektar.
Subhanallah.Mendamaikan dan menenangkan jiwa melihat keindahan alam
Gua Bewah..Salah satu gua yang terdapat di Tasik Kenyir

Tasik Kenyir ni sangat-sangat la sesuai bagi korang yang sukakan keindahan alam semulajadi yang jauh dari hiruk pikuk kota. Memang dah dari dahulu lagi ia menjadi destinasi pelancongan yang terkenal dan unik di samping ia juga merupakan menyumbang utama kepada pembangunan negara melalui stesen janakuasa hidroelektrik di empangan Jenagor, Hulu Terengganu.

Banyak lagi tempat-tempat yang menarik di dalam kawasan Tasik Kenyir ni..Yang i ingat masa dulu-dulu family i akan naik bot tak kira la bot jenis perlahan tu or speed boat , kami akan pergi ke tempat penternakan ikan dan juga ke kawasan air terjun..Resort, chalet dan banyak lagi penginapan yang terdiri dari seni bina tradisional sehingga bercirikan moden boleh dijumpai di sini..

Hope nanti pergi sini i dapat snap banyak gambar cantik-cantik dan i bolehlah berkongsi apa yang ada dekat sana kan...wee...sungguh tak sabar di hati ini.Nama saja tinggal dekat Terengganu, tapi Terengganu pun belum habis jelajah..:)

Sumber gambar kredit kepada Tasik Kenyir Memang Mengasyikkan dan juga ihsan google

Thanks for reading this entry

Wordless Wednesday || Singapore Smile Picture



Monday, June 11, 2012

Dapat Makan Rambutan FREE Hari Ni...

Assalamualaikum..


Baru semalam i terfikir dengan kawan i, hari ni petang nak pergi beli buah rambutan dekat pasar malam. Makan ramai-ramai.Nak pergi kait yang dalam UTM ni payah.tinggi-tinggi pulak tu pokoknya. Nak dijadikan cerita, tadi lepas pergi print slide Dr Nafisa dan dah selamat bagi dekat Isti, i turun-turun je blok tu...ada orang panggil i dari belakang..Adik adik...aishhh, ingatkan apa..nak bagi rambutan rupanya...
Dia bagi i 2 tangkai lebih..I ambik 1 tangkai dan lagi 1 i dah bagi dekat kawan-kawan sebelah bilik i. 
 So, ini rambutan i yang punya...:)
Nyum nyum nyum
Yang ni jenis panjang-panjang...kalau dapat yang bulat tu lagi sedap...
 Sedap...manis terasa...
Alhamdulillah


Owhhh..lupa..yang bagi tadi tu encik abang bangla...I baru nak tanya dapat mana buah ni, tapi dia dah terus pergi..I intai-intai jugak dekat sekeliling kot-kot lah ada pokok rambutan, tapi tengok tak ada pun...Mana dia dapat nihhh...Nak join pergi ambik jugak..!!!!


Bagi yang suka makan rambutan.
Di samping ianya sedap dimakan , rambutan ini pun ada khasiatnya yang tersendiri.


Buah rambutan mengandung karbohidrat, protein, lemak, forsfor, besi, kalsium dan vitamin C. 


Terdapat beberapa jenis penyakit yang dapat dikurangkan atau diubati dengan buah rambutan 



Kencing manis
Salah satunya. Caranya, lima buah rambutan yang sudah masak, dipisahkan bijinya, Kemudian biji tersebut dipotong menjadi bahagian-bahagian kecil terus digoreng hingga warnanya kuning kehitaman. Biji ini kemudian ditumbuk hingga halus, dan dicampur dengan air panas. Setelah sejuk, bahagian air yang berwarna kekuningan diminum. Kemudian hampas atau endapannya perlu dibuang. Ini harus dilakukan sebelum makan sebanyak satu hingga tiga kali sehari.
Demam:
Kulit buah rambutan juga berkhasiat untuk mengatasi masalah demam. Sebanyak 15 gram kulit buah yang kering lalu dicuci dan direbus dengan tiga gelas air hingga mendidih. Setelah sejuk lalu ditapis  dan diminum. Ia boleh dilakukan sebanyak tiga kali sehari.
Mengurangkan Uban Di Rambut
Rambutan juga boleh dimanfaatkan untuk mengurangkan uban. Yang digunakan adalah daunnya. Caranya, daun rambutan secukupnya lalu ditumbuk hingga halus. Selanjutnya tambahkan sedikit air dan digaul hingga rata. Kemudian perahlah airnya lalu ditapis. Air ini kemudian digunakan untuk membasahi rambut. Agar hasilnya maksima, lakukan hal ini setiap hari hingga rambut terlihat lebih hitam.
 Ulser
Cuci kulit kayu rambutan (tiga ruas jari), lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tinggal satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi ianya masih panas .
Sumber : Khasiat Rambutan
Hah..tu dia..Nanti boleh la cuba kan...Apa-apa pun i memang peminat segala buah-buahan tempatan ni...Korang pun sama kan??hehehe...Sekarang dekat pantai Barat dan kawasan Selatan dah tiba musim buah...dekat mana-mana ada saja yang bercerita pasal buah durian, buah rambutan...buah ini buah itu...ohoho..tergugat iman tau..sampai meroyan sape-sape tak dapat makan lagi tuh...Alhamdulillah i dah dapat makan semua tuh...tunggu kebun atuk i pulak lah balik kampung nanti...hihihi..tak sabar tunggu durian jatuh gedebukkk...


Thanks for reading my entry

Berlibur-liburan before FINAL EXAM

Assalamualaikum..

Layan gambar dulu la yer...

Not in mood nak update ..Tomorrow is my frst paper..
Lepas ni baru i story panjang lebau yer...

Doakan i untuk menjawab dengan tenang..Semoga semester ini berjalan dengan lancar..AMIN

Thanks for reading this entry

Friday, June 8, 2012

Butter Toffee yang Betul-betul Sedap!!!

Assalamualaikum..

Tak sangka hari ini dah sampai ke hari Jumaat, pagi yang sangat indah dan nikmat..Sekejap je sehari ke sehari. Sedangkan nak mengejarnya pun rasa tak sempat jer...pantas sangat...Ok, hari ni awal-awal pagi i dah bangun dan tercangak menghadap note.Tapi yang tak bestnya, alahai perut lapar camana nak study.Selongkar semua makanan-makanan yang ada dekat bilik, so pagi ini i makan roti jer dulu cicah air nestum..Nyum nyum...ok la tuh, perut tak kosong sangat dan dah boleh berfikir dengan waras dah lepas makan roti ni tadi..hahaha...Kenyang jugak makan sekali ngan Nestum...ke nestum yang buat i kenyang...haha...tarak hal la..janji i dapat study dengan tenang bebas dari lapar perut...hehehehe

Kawan-kawan breakfast apa dah ari ni???Mesti makan sedap-sedap kan.Kalau dekat rumah ni i dah pekena nasi dah kalau pagi Jumaat...jangan terkejut orang Terengganu memang pagi-pagi lagi dah ada makanan berat nih..:)
Butter Toffee yang Betul-betul Sedap!!!
Harga standard la kan RM1..Nasib baik i lapar hari ni, kalau esok camana lah ..hari ni dah last date.
Bentuk roti ni macam bunga yang ada 5 kelopak
Serius sedap..Dekat tengah-tengah tu ada butter..memula i gigit tepi je..apa ni roti kosong ke..last-last i patahkan dan owhh, dekat sini ye ko sembunyi..!!!

Alhamdulillah kenyang..Jadi, nak study pun otak dah boleh terima...Habis 1 bab pagi ni...semalam 1 bab..Harap-harap hari ni dapatlah habiskan lagi 2 bab...aiyooo..kenapa lambat sangat otak i pick up nih...Main-main haaa...

Thanks for reading this entry

Thursday, June 7, 2012

Playgirl Jugak Jadi Pujaan

Assalamualaikum
Jeng jeng jeng....
Ini keyword yang melekat dekat blog i hari ni...
Amboi kemain dia cari pasal Novel My Love Playgirl...!!!

robot bercakap berchatting

don\'t judge me by my past i don\'t live there anymore

perlu tak berkahwin

ann cinta melankolia

majalah nur ezani master chef

cara berubat penyakit meroyan, laici dalam tin, tiz zaqyah facebook
yang ni i tak tahu sangkut dekat entry mana...aduhh..

Have a nice Thursday everyone...
Have to stop now...Final Exam Mode ON...Pray for me...

Thanks for reading this entry...