Assalamualaikum
Semalam 1 hari tanpa update sebab i ke Kuala Terengganu. Nak buat shedule entry malas.
Bertolak dari Kemaman lebih kurang pukul 10.15 pagi dan singgah dulu dekat rumah mak saudara di Kuala Berang. Dalam pukul 12 sampai, rehat-rehatkan badan dan makan tengahari sekali sebabnya rombongan meminang lepas Solat Jumaat.
Dalam pukul 3 lebih bertolak ke Kampung Tebakang, Bukit Payung Marang. Senang jer jalan ke rumah Ain ni, masuk ikut simpang sebelah Masjid Bukit Payung. Lain kali ingat landmark masjid tu je la kan. Hihi.
Baju pertunangan serba putih. Ditambah dengan rona kuning untuk tampak lebih menyerlah. <----Ayat macam wartawan majalah fesyen la pulak.Haha.!
Mini Pelamin Pertunangan ni tema merah dan emas/kuning diraja camtu. Lawa dan menyerlah. I think she's do itself. Cantik.!
Ain. Tak tahu pulak nama penuhnya just panggil Ain je selama ni.
Sesi menyarungkan cincin. Mak saudara wakilkan time ni sebab ibu lelaki baru sahaja sembuh dari pembedahan mata.
Cincin pertunangan penyatuan dua hati. Kencang i asyik ingatkan mama pasal cincin ni. Mana tahu dia tertinggal sebab Azizi amanahkan mama i untuk pegang cincin ni.
Okeh, picture ni not original from my camera. Tengok kualiti pun dah tau kan. Kamera i kamera cabuk je nak kuarkan pun malu. Haha.. I tak ambil sangat gambar bakal pengantin ni sebab dah ada photographer dah tak lain tak bukan cousin i jugak, Along. Dan gambar-gambar bawah ni kredit to Along, tapi i nak letak gak watermark. Haha...!Kira aci la kan.
Again, congrats to both of u.. See u guys soon in ur special day.! Pap pap pap kelepap bunyi kompang.....
Suka entry ini? Sila LIKE
Suka entry ini? Sila LIKE
cantik cincin..dan..mmg cantik mini pelamin tu, tahniah juga buat mereka.. :)
ReplyDeleteErrah..! selamat hari raya..!
selamat hari raya...cincin dorang pilih sendiri msti la sesuai dengan citarasa mreka..cantik kan, lain kali xyah sewa2 bt sendiri je jimat..:)
Deleteramai org bertunang or kahwin musim cuti dan juga raya ni
ReplyDeleteaah...sampai naik muak dah tengok gulai daging berderet sepanjang raya nih..
Deletewah..sama cantik sama padan
ReplyDeletekembang la pasangan ni lau baca niha =)
Deletemacam kenal jer :)
ReplyDeletekenal ker?saper?
Deletemacam kenal jer
ReplyDeletesapa pencari damai di hati ni..???
Deletetahniah kedua2 nya smoga cpt kawen lak ye.. InsyaAllah..
ReplyDeletesama2..hehe..wakil dari pasangan..
Deletebakal pengantin cantik... cincin cantik... pelamin pun cantik.... tahniah buat pasangan... :)
ReplyDeletealhamdulillah...moga cepat k jinjang pelamin pulak..:)
Delete