Wednesday, July 11, 2012

Homemade ICE BLENDED Yogurt Drink Strawberi & Mixed Tropical Fruit With Nestle Yogurt & Buah-Buahan ||

Assalamualaikum...
Anda penggemar minuman Yogurt?
Anda penggemar Yogurt?
Anda juga penggemar buah-buahan?

Jika ya anda boleh bikin ini buah-buahan sama yogurt sebagai minuman tengahari, minuman petang juga minuman malam..Kenapa tak ada minuman pagi???hahaha,yang tu kita nak tahu kenapa..agaga..sebab pepagi buta kalau korang ikut buat benda alah ini, meradang kesejukan perut korang...

Sebab sebab gambar di atas ini mau bikin itu 
ICE BLENDED
||Yogurt Drink Strawberi & Mixed Tropical Fruit With Nestle Yogurt & Buah-Buahan ||


Bahan-bahan
Yogurt..Ikut suka nak flavour apa

 Minuman yogurt..Lagi lah ikut suka tekak korang nak buek camano
 Buah oren
 Buah epal hijau
Carrot oh carrot


Sebenarnya tak kisah pun nak guna buah apa pun ikut lah kalau nak buat ice blended strawberi pergilah cari strawberi ye dak...huhu..

So, sebab ada 3 jenis buah-buahan, terjadilah Ice Blended Oren denganYogurt, Ice Blended Epal Hijau dengan Yogurt dan Ice Blended Carrot dengan Yogurt...Last sekali boleh mixed segala buah-buah di atas dan jadilah Ice Blended Mixed Fruits with Yogurt..
 Ok, nak start blend dah ni..Mulakan with carrot
 Ada aja budak 2 orang ni, Najwa dan Qasrina
 The mastermind, my cousin Azizi..Dah letak carrot pastu kasi letak itu gula sikit..Nanti tarak ada rasa lah kan ..haha
Bila nak siap ni???Khusyuk bebudak nih haa
 Mula-mula kita pasangkan plug dulu la yer bapak-bapak ibuk ibuk
 Tambahkan ais kiub ke dalam blender.
 Tambah juga air masak dan yogurt ...Ikut suka hati lah nak letak camano pun..Kalau suka banyak letak banyak...Orang kata agak-agak la yo..
 Reng reng blender berbunyi...
 Macam pekat boleh tambah air lagi sikit.
 Yeay yeay...siap..!
Ohoho..tak sempat nak letak dalam gelas hias kasi cantik sikit. Ice blended lain i tak snap pun picture dia...I suka ice blended epal hijau..Carrot i kureng sikit..So, korang bolehlah if nak try buat sendiri kan...Ini my cousin punya kerja, i jadi tukang ambil gambar dan tukang rasa jer..hehe

Thanks for reading this entry..!

Wordless Wednesday ||Sambal Pedas Indofood

Assalamualaikum
Memang pedas..Memang sedap...!

Tuesday, July 10, 2012

Serasi Bersama Tudung Bawal

Assalamualaikum..
Tudung bawal ke nih???Orang sekarang panggil tudung bawal bercorak kan tapi i tak rasa ia tudung bawal..kain dia macam tudung corak/ bunga-bunga yang pernah pakai zaman dulu-dulu tu..Angin ribut mana tah datang buat i rasa selesa pulak pakai tudung macam ni..Siap ada yang kata i makin muda lak pakai camni..Comel tu sudah semestinyakan..Haha..masuk bakul angkat sendiri..:)

Mesti ramai yang tengah mencari tudung-tudung yang cantik kan..Maklumlah nak dekat puasa dah nanti nak raya nak melaram cantik-cantik kutip duit raya rumah jiran..:p..I still dapat lagi duit raya besar gedabak camni..hehe..Dan sekarang CitrAida dapat membantu rakan-rakan sekalian untuk bergaya persis Aida di hari lebaran yang mulia nanti.
Trust Your Taste with CitrAida..

Nampak header di atas?Cantik kan..Empunya butik online CitraAida iaitu Aida Gadis Melayu.Untuk edisi raya nanti CitrAida akan keluarkan koleksi-koleksi terbaru and off course i pun tak sabar tunggu depan laptop nak beli tudung keluaran CitrAida.

Jom tengok tudung keluaran CitrAida yang sememangnya elegan dan gojes.
Tudung Leopard
Tudung Bawal Special Edition
Tudung Maharani Klasik
Tudung Maharani Luv
 Tudung Bawal Tone
Special Edition-Black and White

Cantik-cantik semuanya kan..Memang rambang mata nak pilih yang mana satu.Bagi yang berminat dengan tudung-tudung seperti di atas bolehlah jenguk-jenguk di Facebook CitrAida..Jangan lepaskan peluang..:)

Thanks for reading this entry..!

Jai Char Kuey Teow Yang Power..!

Assalamualaikum
Jai Char Kuey Teow yang Sememangnya Power..!
Kalau student UTM Skudai mesti tahu kat mana ni kan....Selalu ada masa Pesta Konvo or event-event fakulti or kolej...Ayam kat atas tu bukan pakej sekali yer, i beli lain tuh..Perut tembaga camni lah...haha
 Delicious ...memang buat i mengigau mencari Char Kuey Teow yang sedap..Tapi i tak pernah jumpa lagi setakat ni...Kawan i ada suggest satu tempat yang bagi dia sedap la..dan i pun pergi lah kan sebab mengidam nak makan but Jai Char Kuey Teow lagi sedaplah...
Kuah dia..rasa dia memang sedap lah..tapi kalau dia letak kuey teow dan udang lagi banyak lagi best..hehe..Yang ni RM5, Char Kuey Teow Udang dan Kerang...Memang terangkat habiss..
Tapi i tak tahu kedai dia dekat mana...tak pernah terlintas nak tanya...hehe..Nantilah pesta konvo akan datang sure i tanya Jai Char Kuey Teow nih...Kalau ada yang tahu sila bagitahu i ek...Serius terbayang-bayang je kesedapannya...Walah..

Thanks for reading this entry..!

Sunday, July 8, 2012

R.A.N.D.O.M Events 2012

Assalamualaikum
 Majlis Perkahwinan kakak Dinot, my UTM coursemate di Alor Gajah, Melaka
Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai, Johor
Restoran Ayam Penyet Ria, Angsana, Johor Bahru
Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Stadium UTM
Malam Apresiasi Perancang, Kolej Tun Fatimah, UTM Skudai
Majlis Makan Malam Fakulti Alam Bina di Pulai Spring Resort, Skudai

My life journey in this year 2012
Sweet moments make the sweet memories..:)

***Alhamdulillah, my grandpa dah sedar..Thanks God

Kanak-kanak Bawah 12 Tahun Dilarang Melawat Pesakit

Assalamualaikum..

Cakkk...
Cakk lagi...bajet retis ini budak..!
Bila tak boleh nak melawat moyang dia kat dalam wad, so main-main dekat playground hospital jelah..
Arissa. pandang camera please..
Mata melilau tengok tempat lain sebab dah jeles dengan kawan-kawan yang main gelongsor..
Yeay..pandai pun tengok camera..tapi muka tatak senyummm plak...

Kenapa yer kanak-kanak ni tak boleh lawat pesakit...Kadang-kadang kesian..Dorang pun ada hak nak tengok kesayangan mereka..Nasib boleh ambik gambar boleh tunjuk kat budak-budak ..Tu pun main ambik curi-curi...hehe

Thanks for reading this entry.!

Friday, July 6, 2012

Shopping Tudung RM4 di Pasar Pagi Sungai Tiram,Ulu Tiram, Johor

Assalamualaikum
Lama tak tempek gambar syok sendiri kan..:)

Hola everyone..Start from tonight, i berazam at least i must update my lovely blog 1 HARI 1 ENTRY...Wahhh..macam konsep 1 DAERAH 1 INDUSTRI la plak kan..hehe

Ok, before i pulang kampung about two weeks ago, i dan family pergi singgah dekat area Pasar Pagi dekat Sungai Tiram, Johor..I nak bagi direction dari JB pun tak tahu sebab i dari rumah kazen..Masuk simpang simpang tu..haa..poning...
 Nama pun musim DURIAN kan..wajiblah jumpa dekat mana-mana jer..
 Keropok keping, budu, cencalok pun ada..Tak payah tunggu nak pergi Kelantan Terengganu dan Melaka dah sekarang
Mostly dekat sini memang kebanyakan gerai menjual tudung dan pakaian-pakaian wanita lah..So,jika anda perempuan anda memang akan rambang mata tengok tudung-tudung yang lawa-lawa..Tapi kena ingat sediakan duit secukupnya lah..Kalau tak hmmmm jawab sendiri lah..Balik rumah nanti terkonang-konang haa..
The tudung-tudung. Pasar Pagi dekat Tiram ni open Khamis jer..Time dia dalam 8-12 tengahari kalau tak silap.
Suasana pasar pagi yang meriah dengan kunjungan orang-orang di kawasan sekitar..
Patung ni tak comel..masam catum..lain kali cari model lawa sikit ek...:p
Ayuh pusing-pusing dulu.
Tudung yang dibeli..5 for RM20. So,setiap 1 tu RM4 jer..Murah kan..Actually dekat sini korang boleh beli borong jugak.Tudung kat atas tu 3 helai i punya lagi 2 helai milik kazen...
I saja-saja je menggatal nak beli dan pakai tudung ni..Dah lama i tinggalkan tudung macam ni dan beralih arah ke tudung instant.Tengok kawan-kawan pakai molek je pakai, menjadi je tudung dorang tapi i pakai gelembung sana gelembung sini..pastu muka yang dah besar ni nampak lagi makin besar kan...huhuhu..I pakai sekali je baru..bila lagi la nak pakai..Nasib murah kalau tak memang membazir la beli tak pakai..

Thanks for reading this entry...!