Friday, January 13, 2012

Hujan Berlarutan..Mungkinkah Banjir Lagi..???.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sejuknya hari ini...dah beberapa hari hujan masih tak berhenti-henti lagi..sekejap slow sekejap lebat...Langit pun gelap macam dah malam jer..Hujan yang mencurah-curah ni membuatkan air sungai dekat tepi dan belakang rumah pun dah makin pasang...

Mungkinkah banjir akan berlaku lagi..???

Dalam berita semalam, sekitar tempat di Kuantan ada yang dah dilanda banjir, harap-harap dekat Kemaman janganlah naik air dan banjir..Tapi kalau banjir pun best jugak..dah lama tak merasa air banjir..hehe..Last aku merasa banjir masa tingkatan 5 kalau tak silap..lepas tu air naik air sikit-sikit je..

Jadi, aktiviti hari ini ialah mengangkat bot yang dah hampir nak tenggelam..Kalau tak angkat mungkin malam ini air pasang besar boleh menghanyutkan bot atuk aku tu..

 Air sungai yang semakin besar..

 Bot yang dah nak tenggelam

 Penuh air hujan

 Bot jiran..dia parking kat tepi rumah aku..:)

 Sikit lagi air nak sampai ke tebing. Kalau tak behenti lagi hujan maybe boleh banjir ni...

 Hujan rintik-rintik time ni..cepat-cepat kerah tenaga nak angkat bot..

 Amanat tokki(atuk) ni suruh angkat bot kesayangan dia..

Bot ni sahaja satu-satunya yang tinggal dan masih bertahan sampai sekarang..Lagi dua dah jadi arwah dekat belakang rumah..

Grrrrr...terketar-ketar rasa kena air hujan tadi..Abah dah terkena demam..Nanti habislah satu rumah berjangkit...

Thursday, January 12, 2012

Biarkan Masa itu Berlalu Pergi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Imam al Ghazali ;
“Sesuatu yang paling jauh itu adalah masa yang telah berlalu, sungguh ia tak mungkin kembali. ”
Sesungguhnya kejadian lampau yang telah terjadi padaku dulu telah banyak mengajar aku. Mengajar aku untuk lebih menghargai setiap perkara, mengajar aku erti kehidupan, mengajar aku tanggungjawab dan juga membentuk diriku agar menjadi  apa yang aku ingin miliki.. .Aku harus bermain dengan rentak kehidupan manusia bukan hanya sekadar hidup yang sentiasa dibayangi masa lalu..

 Namun, jika hari ini aku tidak memulakan sebarang langkah, mungkin aku tidak akan ke mana-mana pada masa hadapan...Aku sedar aku harus mulakan semuanya untuk tahun baru ini, untuk menggapai segala impian aku selama ini..


Tapi......

 aku sangat takut bila memikirkan masa depan kerana aku sendiri  tidak tahu sejauh mana aku boleh menghadapinya kelak. Adakah aku cukup bersedia untuk semua ini.???


Aku juga tidak punya jawapan untuk persoalan ini...Dulu, aku hanya mampu bertahan selama seminggu lebih sahaja, selepas itu aku sudah tidak mampu untuk menanggungnya...Aku takut ianya akan terjadi lagi...Sangat takut...



Kata doktor, aku tidak boleh kalah dengan emosi dan perasaan aku sendiri..Aku harus belajar untuk mengawal setiap keadaan yang berlaku..

Benar kata doktor, tapi kuatkah aku ..di rumah aku punya keluarga yang sentiasa menyokongku..sentiasa menceriakan hari-hari aku...yang sentiasa memahamiku...tapi di sana???..............................


Mama cakap, biarlah semua itu berlalu pergi..usah dikenang perkara yang lalu...sejujurnya, aku tidak mungkin mampu untuk membalas apa yang telah berlaku kepadaku, biarlah undang-undang dunia dan balasan di akhirat menjadi penamatnya...Aku hanya berharap orang-orang seperti ini diberikan petunjuk oleh Allah. Semoga ALLAH juga berikan aku rahmat dan barakahnya untuk aku terus melalui liku-liku kehidupan ini.

My Fabric Flower

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Apa khabar semua hari ni..???Diharap semoga semuanya baik-baik sahaja yer..Sebab sekarang ni musim demam lagi..Dekat pantai timur ni hujan tak berhenti, kalau berhenti pun masih hujan rintik-rintik lagi..So sejuk..Jadi, jagalah kesihatan anda baik-baik ya.

Sekarang saya nak kongsikan beberapa kuntum bunga fabrik yang dah berjaya disiapkan..

Kain-kain ini semuanya saya guna menggunakan kain tudung yang dah tak digunakan lagi, kain-kain perca dan ada juga cebisan-cebisan kain langsir..

Very jimat..just ongkos pada button sahaja..For starter saya beli sikit je..sebab mahal juga sebenarnya button-button ni..Nak kena beli di tempat yang jual borong baru boleh dapat murah..


Anyone ada yang tahu tak dekat mana nak dapatkan button-button yang comel, banyak serta murah...???? 
Please..please...I really in love with bunga-bunga fabrik sekarang ni..

Wednesday, January 11, 2012

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Selamat bersiaran kembali di rancangan masak masak bersama saya chef.......(sila isi tempat kosong)
wokey, verangan kejap..

Kek ni bila dah pernah buat sekali, pasti terus-terusan nak cuba lagi..Lagi-lagi bila ada orang support..Terutamanya kanak-kanak dekat rumah ini lah..hari-hari tanya bila kaklong nak buat kek lagi..aku asyik cakap minggu depan..minggu depan..sampai dorang dah start sekolah kek aku pun tak terbuat lagi..ingatkan dorang dah lupa, last-last sabtu lepas tanya lagi bila nak buat..kesian pulak tengok kan..jadi esoknya ahad time dorang sekolah aku buat lah kek ni..Nak tunggu dorang balik sekolah malas lah sebab nanti ramai duk menyibuk je..duk calit sana, duk calit sini..

Jadi, inilah hasilnya..

Feedback dari tukang makan: Sedap..so, nanti boleh buat lagi

Dari hati kecilku sendiri: Deco masih di tahap comot lagi..nak kena beli yang ada sarang deco kek yang cantik tu (apa nama tah..yang besi macam-macam corak dekat muncung kon aising tu)..xpuas hati..nak buat cantik-cantik lagi..

Mereka request nak kek coklat..Budak-budak memang tak dapat dipisahkan dengan coklat ni..bukan budak sahaja mak-mak budak pun sama..:)

 Gambar time buat 2 tak ada..sebab tak terfikir pun nak share dalam ini..So, aku hanya boleh kongsikan resepinya sahaja..Resepinya sangat mudah.

.Bahan-bahan yang digunakan seperti di bawah;

1 cawan serbuk koko (serbuk koko brand van hauten, apa-apa brand pon boleh janji halal) 
1 cawan gula pasir 
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (dipukul)


Cara penyediaan:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan  ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.
 Sumber: Sajionline


 Topping aku guna aising perisa vanila sahaja..Aku bahagi dua kek tu dan sapukan aising kat tengah-tengah..
aising kali ni menjadi, aku buat tak terlalu manis dan tambah susu cair sedikit..


 nak lagi sedap, boleh letak topping coklat dan taburkan dengan coklat urai, tapi serbuk koko dah habis nak masak buat topping tu..konklusinya, buat aising je.. dan dah siap untuk dimakan..

 JOM MENJAMU SELERA..PETANG-PETANG CAMNI PEKENA DENGAN 
TEA O PANAS MEMANG KAW..

The day that never comes

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


kawan-kawan aku yang dulu suka belanja aku..
nak-nak time-time aku merajuk..
hehehe..
poya n nadyaa la sokmo2 nye...
yg lain-lain pon ada, tapi aku tak berapa ingat daa..
cuma geng-geng 
sheila of 8 ( aku, sah, ayu, c-dah, d-d, mek cheq, chot, n nadyaa) ini sahaja yang banyak kott..
ehehe..
rindu sangat-sangat time berhimpit-himpit atas katil, main rebut-rebut makanan, selalu lambat pergi class, ramai-ramai  kena marah...

semua itu kenangan yg tidak dapat aku lupakan..
Kist the best....
♥ uols..

She's Getting Married

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

My sahabat dunia akhirat dah pun selamat diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang aku fikir 'Jodoh dari ALLAH' ..Ya, sememangnya jodoh pertemuan itu datang dari Allah, DIA yang tentukan segalanya..

Anis merupakan sahabat yang juga merangkap sepupuku..Kami hanya berbeza umur 2 tahun.. 

Tak pernah dia pose macam ni..Once in her lifetime..She's ustazah actually.

Manis senyumanmu..Seri pengantin..Tak mekap pun..Just pakai bedak padat dan lipstik sahaja..

Perasan tak kenapa cadar warna merah tapi tirai belakang  warna hijau putih..Sebabnya aku tak datang time dia kahwin..Aku datang  beberapa hari selepas dia kahwin ..

 Photoshoot  di kebun serai.

 Photoshoot lagi dekat "garden" kampung..

  Anis with her beloved ayah and mak..

 Random  :-)

Aku doakan agar dirimu sentiasa berada dalam lindungan-Nya, sentiasa ber bahagia di samping suami tercinta serta berkekalan hingga ke anak cucu...

***dia punya hantaran aku yang buat, simple sahaja coz dia punya bajet tak banyak..
but ikhlas itu penting..I request to do her hantaran as a wedding gifts from me to her..

***Gambar dengan her hubby tiada sebab time pergi rumah dia hubby nya keluar

Mereka selalu ada untukku

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Hari-hari ku dilalui dengan mereka semua...Aku seorang yang sangat suka dengan budak-budak..sangat suka melayan karenah mereka dan mereka juga suka melayan karenah aku..mereka juga yang banyak menceriakan hidupku selama ini..tanpa mereka pasti hidup aku tak lengkap, dan sudah tentu sunyi je..1 hari tanpa mereka hidupku ibarat serba tak kena..

Jom tengok mereka 

 Sangat sayang mereka...Aksi kepala teleng dah menyerang mereka setiap kali bergambar..

 Qaisara..

 Najwa, Nana, Sara..Nana dan Sara adalah anak kepada sepupuku..

 My sister, Najwa

 Dia juga hantu kek

 Arissa dah tak sabar nak makan kek..Asyik tenung kek je

 Najmi, tahun ni dah Upsr..Kejap je masa berlalu...terasa baru dukung dia ..

Kaklong sayang semua adik-adik kaklong..Belajar rajin-rajin  yer semua..
Lots of love..
Muah

Tuesday, January 10, 2012

Handmade Vanilla Cupcake for my sweet 23-birthday...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Dalam entry ini, aku ada bagitahu yang aku ada buat kek kan..ingat nak buat kek bulat besar itu aja sebab malas nak buat kek-kek cawan ni..Tapi budak-budak ni duk request nak cupcake..Layankan aja lah...Lagipun memang nak bagi budak-budak pun makan..=)

Aku tak pernah pun buat kek-kek ni, jadi My Resipi  dipilih menjadi assistant aku ..Boleh klik kalau nak tahu resepi.. My resepi memang banyak membantu aku ..yang tak pandai masak pun boleh jadi pandai..tapi wajib kena selalu praktis di dapur lah kan..

Ok, aku buat perisa vanila sebab takut nak buat perisa chocolate..1st ever try kan..takut tak menjadi ..

Before masuk dalam oven.. 

Gambar ni time dalam oven..Keluarkan kejap coz semuanya sibuk asyik nak tengok-tengok jer..Last-last yang dah siap bake tak ingat nak snap..

 Nak tengok hasilnya camana..

Tadaa

Kek chocolate kat tengah itu beli kat kedai...Comot sangat aku deco..

From other side..Aising aku tu tak menjadi sangat kerana aku terlebih butter..Sebab tu nampak macam lembik dan berminyak sikit.

That's all..

2nd try aku buat aku chocolate moist ..Will update soon..

Dad..dad..Lawaklah Dad ni..


Just for Laugh
:)

Tanah Kubur

Asslamualaikum dan Selamat Sejahtera

 Episod Balasan Mendedahkan Aurat


Semoga kisah ini memberikan pengajaran kepada semua umat Islam..juga sebagai peringatan untuk diri saya sendiri agar menjadi lebih baik dari sebelumnya..

AMIN

Monday, January 9, 2012

The Cute Sara

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

"The Cute Sara"
Actually picture-picture ni dah lama ..dah 3 4 tahun lepas rasanya..time si sara ni chubby..dan pipi dia kembong lagi..Now, dah kurus cekeding dah budak ni..start sekolah sahaja badan dia dah susut..She's 6 years old now..dia ni anak kepada cousin aku...dari kecil manja dengan kak long dia ni..Aku suka sangat mekapkan budak-budak ni dan makeover apa-apa yang patut..

Ok, tak tau nak cerita pasal apa..asalnya nak kongsikan kecutetan si sara ni..tapi rasanya semua agree kan si sara ni memang comel..Jadi, nak cerita bab gaya tudung dia lah dalam gambar-gambar kat bawah ni..:)

Ada 2 version tudung belit yang aku gayakan dekat dia ni

1=Tudung belit-belit ala muslimah 

Gaya tutup habis..Comel je kan bila cantik molek bertudung camni..
Geram tengok mata dia tu..bulu mata itu memang asli melentik tau..
no-no fake eyelash..

2=Tudung belit-belit ala mak datin

Gaya buka sikit..Buka bahagian jambul..

Rindunya bila godek-godek balik gambar-gambar lama..Time budak-budak ni kecil lagi..
Semuanya cinonet-cinonet je..

:-)

UTM ‘pengeluar’ lulusan kejuruteraan


JOHOR BAHRU 6 Jan. – Pertambahan jumlah mahasiswa lepasan ijazah dari dalam dan luar negara mampu mengekalkan kedudukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai universiti paling banyak mengeluarkan lulusan kejuruteraan dan teknologi di peringkat pengajian tersebut selain kekal popular berbanding universiti penyelidikan lain di negara ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, kedudukan UTM dalam senarai 200 universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi berdasarkan penarafan oleh QS World University Rankings 2011 turut menyumbang kepada pertambahan bilangan mahasiswa dari luar negara.

“Selain itu, langkah UTM memperkenalkan pengajian peringkat doktor falsafah (Ph.D) Industri berjaya menarik ramai tenaga kerja profesional dari sektor industri untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di UTM.
‘‘Pada masa ini seramai 57 kakitangan industri mengikuti program tersebut melalui pembiayaan Kementerian Pengajian Tinggi yang bertujuan melahirkan 500 tenaga kerja industri berkelulusan Ph.D menjelang 2015,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Sementara itu, Zaini berkata, UTM juga adalah antara pusat pengajian tinggi dengan bilangan mahasiswa lepasan ijazah yang ramai dengan catatan sejumlah 10,888 orang iaitu 46 peratus daripada jumlah keseluruhan mahasiswa yang mengikuti pengajian pelbagai peringkat di universiti itu.

“Ia sekali gus menghampiri sasaran universiti untuk mengimbangi bilangan penuntut sarjana muda yang berjumlah 12,955 orang setakat ini,’’ ujarnya.

Setakat ini, UTM menempatkan seramai 3,439 mahasiswa Ph.D membabitkan 1,823 penuntut tempatan dan 1,616 antarabangsa sementara 7,449 lagi adalah mahasiswa sarjana yang terdiri daripada 2,106 warga tempatan dan 5,343 antarabangsa.

***even aku bukan student engineering , aku tetap bangga kerana menjadi sebahagian darinya...

Keindahan Tumbuhan Menjalar di Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Hampir 6 bulan aku tidak menjejakkan kaki ke pantai, akhirnya semalam aku ke sini..Pantai ini popular dengan nama Monica Bay atau nama sebenarnya Pantai Teluk Mak Nik...Pantai ini sememangnya menjadi tumpuan warga Kemaman khususnya untuk beriadah dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Antara salah satu keindahan alam di sini adalah pokok di bawah ini..
Pokok ni adalah pokok jenis menjalar yang banyak di tepi pantai ini..
Ia mempunyai bunga yang sangat cantik dengan warna ungu terang..
Pokok ini dikenali dengan nama Pokok tapak kuda. Nama sainsnya pula adalah
 Ipomoea pescaprae dalam famili Convolvulaceae order Tubiflorae .
Sangat segar dan mendamaikan
Banyak lagi gambar yang nak dikongsi, InsyaALLAH next entry akan di update..
See again..