Monday, December 10, 2012

Keunikan Kaktus via My Sony Ericsson W508 3.2 MP

Assalamualaikum

Aktiviti yang telah menjadi rutin family aku. Apa lagi, tambah koleksi pokok bunga, cari pasu, cari baja, cari dawai nak ikat pasu bunga gantung dan macam-macam lagilah. Serius aku tak bosan pergi nursery ni, bawak aku tiap-tiap minggu pun takper sebab bukan i yang keluarkan ongkosnya. Haha.!

Dekat bandar aku tinggal ni nursery ini paling ok rasanya. Pokok banyak, tersusun, kawasan kemas, teduh, dan apa saja yang ko nak adalah kiranya dekat sini. Nak buat landskap cantik-cantik dekat rumah tu, sini semua ada barang-barangnya. Cuma harga i tak pasti lah murah ke tidak sebab tak pernah beli lagi. Jiran i dia biasa beli dekat Kuantan sana lagi murah. Tapi gak sama jer pergi Kuantan pun nak isi minyak lagi pastu nak makan lagi jadinya pergi dekat-dekat rumah sudah.

Amacam? Omey-omey kan
Kalau boleh semua ni i nak angkut bawak balik rumah. 
Kaktus yang dikahwinkan. Macam-macam dah sekarang
I suka. I suka. Berangan je nanti nak ada rumah sendiri lepas tu nak beli kaktus macam-macam jenis letak dekat taman mini. Mesti cantiknye alahai. Bakal suami i sila take note yer. Haha.!




Dikahwinkan jugak. Untung la keluar anak comel.











Dapat pegang pasu je ye dik. Haha. Buat masa sekarang rumah i tak perlu kaktus lagi sebab dah tak tahu nak letak celah mana. 
Jalan-jalan dulu cari pokok bunga yang nak dibeli. Melilau kat sini berjam-jam pun tak sedar. 

To be continue~

3 comments:

  1. suka sangat cactus. tapi tak rajin sangat nak menjaganya hikhik

    ReplyDelete
  2. cantik2nya kaktus. Akak tanam kaktus beli kat Cameron dulu semua dah mati. Ntah apa la yg tak kena.

    Kat kuantan ada nursery best ke? Tak tau pun. Kat mana tu? Nak pegi jugak la nanti.

    ReplyDelete
  3. dulu nur ada kaktus..
    tapi dah mati..
    bila tgk ni, teringin nak beli laa..hihi

    ReplyDelete

Thanks for Comment