Saturday, July 21, 2012

Roti Telur + Roti Canai Kosong + Susu Penuh Krim Marigold

Assalamualaikum

Roti canai untuk Najwa dan Roti Telur untuk Kak Long Najwa. Breakfast terakhir sebelum Ramadhan pagi tadi. Yer, sebelum subuh esok dah mula bersahur. So, kita akan bersahur je dan breakfast kita tinggal dulu untuk sebulan ea..hehe..Dah niat puasa belum? Kalau belum cepat-cepatlah berniat puasa yer.
 Makanan tradisi orang Melayu yang tiada tandingannya. 
Susu Penuh Krim pembuka selera. Yummy. Lemak berkrim memang sedap.
Jemput makan semua..hehe.. Ini kalau esok post ada jer nanti yang mengences ni.haha

Thanks for reading this entry...!

Friday, July 20, 2012

Durian Memang Sedap, Hari-hari Mau...!

Assalamualaikum..

Sejak i pulang ke kampung boleh dikatakan rumah i tak pernah terhenti lagi bekalan durian. Aduhai tak boleh nak kata apa lah kan kalau satu family semuanya memang gemar makan durian. Makan hari-hari pun tak pernah puas.
Pernah tengok durian makan roti?
 Hahaha..sebenarnya durian ni cousin i bawa balik dari  Kuala Terengganu. Itu tips untuk elakkan bau durian yang kuat.
 Qasrina yang dah tak sabar menunggu
Bismillahirrahmanirrahim
 Eeeyaahhhh..Kulit durian ni liat tau.
 Sampai dah cenggini ropenyer...
 Yang nyata jangan menilai dari pandangan mata, cuba menilai dengan rasa mulut dulu
 Sanpai korek-korek durian tu ha. Sedap, manis dan lemak berkrim.
 Apa yang dorang pandang tu?
 Gambar tuan blog kali ni wajib ada..haha..Abaikan pemandangan belakang yang bersepah tu. Esok operasi membersihkan rumah akan berlangsung..hee
 Delicious.. Entah dah berapa biji i makan. Tak terkira banyak. Sama naik dengan budak-budak ni semua
 Tengok saja si Arissa ni. Berkali-kali makannya.
 Terakhir untuk sesi tengahari tadi.
Ada buah salak juga. Memang sedap makan buah salak ni. Jarang-jarang dapat makan nih. So, memang tak lepaskan peluang untuk makan. nyum nyum

Korang semua dah makan durian? I teringin sangat nak makan Durian Musang King. Memang terliur dan mengghairahkan dengan isinya yang kuning mulus tu. Kena simpan duit raya la nih nak makan Durian Musang King gak.hehe. Durian memang best, teringat lagi waktu kecik-kecik i jual durian dari kebun atuk i. Lepastu memang tak habis makan la semua ni sebab tu kami jual. Tapi sekarang durian dekat kebun tak menjadi sangat. Kebun kami jauh kena pergi naik faber boat. Jadi sekarang kalau nak makan banyak-banyak memang kena beli lah. sob sob sambil hulur duit dekat pak cik jual durian.

Thanks for reading this entry...!

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

Assalamualaikum

Salam Ramadhan buat semua rakan-rakan se-Islam tidak kira di mana jua anda berada. Lama tak join segmen macamni kan. 
Klik header di atas untuk join  segmen BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

Kenapa anda perlu memilih blog ini sebagai pilihan blog list Ramadhan 2012/1433 H???
Jawapannya ada di tangan anda. Cuba kenal dulu dengan blog ini mana tahu boleh jatuh hati kan...hehehe :PEACE

Thanks for reading this entry...!

Sate Zul Dataran Depan Tnb Chukai, Kemaman

Assalamualaikum

Malam semalam sempatlah makan-makan dekat Sate Zul nih. Dengan tak ada tujuan pun sebenarnya keluar ke bandar ni.Actually my mom saja lah nak pergi usha-usha langsir baru tapi pukul 9.15 malam baru keluar rumah kedai pun nak tutup dah. Lepastu pergi gerai buah, tengok durian. Aha..rumah i wajib hari-hari ada durian tau. Hantu durian semuanya.

Padahal semua dah kenyang tapi nak jugak makan. So, makanan ringan bagi kami ialah sate. Ringan ker???haha
Sate Zul. Kenalan family i jugak ni. Harga 1 batang RM0.40. Dihidangkan bersama nasi impit. But nasi dia lembik lah semalam. Acaner pon habis jugak kami ngap...!
 Hah..bajet makan sate saja. So,dah duduk kedai semua rasa nak makan. Orderlah mee sup ni. Sedap ..! Mula-mula order 1 je lepas tu kami tambah lagi satu mangkuk. Ada daging yang buat aroma dia best. Tambah pulak jeruk lada memang menempah hot and spicy lah.
 Siapa yang tak kenal i yang hantu milo ni. Duk rumah ratah setin milo. Pergi kedai slurpp air milo je lah..
 Mee sup kedua i share dengan adik i, Najwa. Banyak memang makan sorang tak habis
 Maveles. Order untuk 2 orang makan..Total RM8
 Kuah kacang. Sedap jugak taklah cair sangat.
 My mom makan sorang-sorang je dia punya mee sup. Sebab ma je yang nak makan mee sup mulanya lepastu i gedik rasa kuah sup sedaplah pulak..Order lagi 1 bang...!
 Makan-makan.
Berselera benau si Najwa ni makan. 

Nak balik sempat lagi order sate untuk my atuk. Yes, kita ni kenalah ingat selalu orang tua kan. Tak dapat bagi duit dapat bagi makanan pun dah kira ok.

Thanks for reading this entry...!

Sentap || Kritikan Pedas Eyriqazz.Com

Assalamualaikum...

Petang semalam sifu blogger EYRIQAZZ ni ada offerkan dia punya pandangan peribadi mengenai first impression EYRIQAZZ terhadap 10 blog terawal yang memberikan url blog di FANPAGE FABECOOK Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka
I pun cepat-cepat lah komen dan berikan url blog agar tidak ketinggalan. Siapa yang tak mahu blognya didatangi blogger popular dan hebat seperti EYRIQAZZ ni. Seorang blogger yang tak pernah lokek untuk memberikan tips-tips dalam dunia blogging dan juga amat mementingkan hubungan di antara pembacanya. Seringkali mengadakan contest atau giveaway.I pun pernah join jugak but tak ada rezeki nak menang lagi.
So, lihat saja pandangan peribadi EYRIQAZZ di blog ERRAH NAJWA. Sentap kejap namplohpat saat bila terbaca komen dari EYRIQAZZ

1. kurang selesa ngan corak2 di kiri dan kanan

Corak ni i dapat dari template blogger ni jer.Bagi EYRIQAZZ dia kurang selesa tapi bagi i dah cukup selesa. Entahlah mata i lebih suka corak-corak berkerawang macam ni. Jadi i nak buat macammana??? Sila bagi pendapat lagi kawan-kawan..hehe

2. Tajuk entri agak berseni....pening nak baca..hahahha....

Hahaha...yang ini i sendiri tak tahu mana seninya..Maybe selalu tajuk entry i agak panjang kot so nampak macam tu. Tapi bila i tengok-tengok balik ada jugak betulnya kata EYRIQAZZ. Kerana i rasa i punya ayat macam tak direct sangat. Selalu nak pesong-pesong sikit.hehehe

3. Header blog macam kurang sesuai

Pasal ini..hmmm. I sendiri tak boleh nak kata apa.Untuk pengetahuan i tak pernah terfikir pun nak design macammana header blog i nih. Apa yang i letak adalah gambar bunga.Kalau tengok header sekarang tu adalah header pertama i guna dari Disember 2011 sehingga ke entry INI. Selepas masalah tu selesai i terus tukar background dan header baru. Header baru pun biasa je dan memang gambar bunga jugak.
Ini header yang dikomen oleh EYRIQAZZ semalam. Hari ini i tukar yang header pertama tapi still gambar bunga. Ok, i sendiri tak reti nak header macammana.Kalau ada kawan-kawan nak bagi idea, silakan. I sangat berbesar hati menerima idea dan pandangan korang

4. Tak nampak woww factor...just average.

Blog i ni tak dinafikan carca marba sikit. Apa yang terlintas di fikiran i pada masa tu itulah yang akan i buat. Apa yang i buat i menulis mengikut kata hati i jer. Woww factor??? Penguat untuk blog i memang belum ada i rasa. I buat entry pun semua main hentam saja. haha..Tapi i tak salahkan pandangan EYRIQAZZ pun sebab i happy jer bila berblogging ni. Kadang-kadang i rasa i punya lebih ramai kawan di dunia blog ni jika dibandingkan di dunia facebook or realiti yang rata-ratanya i kenal di dunia sebenar. Thanks to kawan-kawan blogger yang masih sudi menyokong blog ni sampai sekarang.

Actually EYRIQAZZ, memang masih banyak yang i perlu belajar jika mahu terus maju seperti EYRIQAZZ dan juga blogger-blogger ternama yang lain kan. Kritikan pedas (desit sikit jer , hehe) sebenarnya sedikit sebanyak membuka mata ni untuk mengenali dengan lebih dalam lagi tentang dunia blogging, belajar daripada pemerhatian. Bukan setakat buat entry syok sendiri jer malah kena pandai menarik pengunjung untuk memasuki site kita. huhu, i belum pandai.. Memang banyak lagi kena gali ilmu blogging nih. Jangan ambil hati yer tentang tajuk entry ni, i ok je dengan pandangan yang diberikan. Always think positive.Yeah...!

Thanks for reading this entry...!

Thursday, July 19, 2012

Jeruk Dari Penang || Macam-Macam Ada

Assalamualaikum
 Pernah tengok jeruk berwarna-warni macam ni? Ya, ini semua dari negeri Pulau Mutiara nun jauh di utara.Anak angkat mama i yang bagi petang tadi.
Yang heran bin ajaibnya tadi petang pukul 2.55 , i blogwalking i ternampaklah post dari BukanSayaDisini tentang JERUK PENANG YANG SEDAP ni. Macam menarik sebab tak pernah makan kan.Tengok sajalah komen i tu.Tup tup petang ni i betul-betul dapat merasa jeruk ni. Macam tak percaya pulak kan.Thanks abang angkat dan family.hihi
 Dapat 2 plastik aneka jeruk ni.Ada juga buah pala yang kering.Kegemarn ni.=)
 Ok, mengancam tak warna dia.Macam-macam ada.Ada buah mangga, buah pala, buah kedongdong, buah ceri, buah betik, buah kelubi, sengkuang dan banyak lagi lah. Ada satu yang masam sangat i tak tahu buah apa tu.I cakap dekat ma i plum,kakaka..padahal diri sendiri pun tak tahu buah apa.
Yeah...jom makan.Memang sedap bagi penggemar jeruk dan asam macam i.

Thanks for reading this entry..!

Psycho Batch || Kelakar?

Assalamualaikum...
  1. nasihat
  2. unik
  3. kelakar
  4. ceria
  5. berkobar-kobar
  6. bimbing
  7. segan
  8. meluah
  9. kanak-kanak
  10. membantu
  11. alim
  12. tak kisah
  13. perfectionist
  14. mendengar
  15. berwibawa
  16. style
  17. lantang
  18. lawa
  19. memahami
  20. tawaduk
  21. blurr
  22. mencuba
  23. open minded
  24. mesra
  25. menyokong
  26. baik
  27. jujur
  28. ikhlas
  29. rajin
  30. kacak
  31. cantik
  32. ayu
  33. sopan
  34. seksi
  35. energetik
  36. outstanding
  37. vibrant
  38. comel
  39. riang
  40. semangat
  41. aktif
  42. menentang
  43. idealistic
  44. fantastik
  45. bombasktik
  46. tunduk
  47. tawaduk
  48. sayu
  49. penyayang
  50. pemurah
  51. pemaaf
  52. yakin
  53. tegas
  54. ilmiah
  55. patuh
  56. berjuang
  57. tak mengalah
  58. tabah
  59. segar
  60. sihat
  61. sokong
  62. mudah
  63. memahami
  64. bergaya
  65. unggul 
  66. profesional
  67. lawak
  68. lucu
  69. pesona
  70. elegan
  71. menarik
  72. skema
  73. unik
  74. istimewa
  75. menyerlah
  76. ekslusif
  77. tinggi
  78. rendah
  79. rendang
  80. renek
  81. cute
  82. ramah
  83. putih
I copy ni semua from my coursemate ENCIK TAPI. Boleh tengok entry 83 Sifat Sorang-sorang Psycho Batch. Ramai ke tak ramai coursemate i? 83 orang tu. Dan dia ada buatla dia punya observation kan.Di atas ni adalah sifat-sifat kami semua menurut pandangan peribadi ENCIK TAPI. .hehe...Gambar i senang je nak cari.Gambar ketiga line pertama tu.Pada pandangan dia i KELAKAR...muahaha...I tak nafikan i memang kelakar but not all times la..I kadang-kadang seorang yang serius jugak. Sombong tu pun yer jugak.haha

Thanks Fendi for the picture...Korang boleh terjah FADI | Design & Inspire. My friend ni ada buat service untuk banner, poster, name card dan macam-macam lagi. Special lagi kawan i juga boleh membuat seni Khat Khufi. Jika berminat bolehlah LIKE FADI | Design & Inspire.Jom terjah sekarang.!

Thanks for reading this entry...!


    Rezeki Ramadhan || Dapat Duit RM200

    Assalamualaikum...

     Pukul 1.30 petang tadi i pergi ambil duit RM200 ni dekat Dewan Seri Amar
     Ni sebabnya i dapat duit nih..I pergi time tu orang nak tutup kaunter duit dah..Ahaa..kalau lambat lagi tak merasa la nak dapat duit ni hari ni..
     Muka gembira lepas dapat duit...haha
     Ehh..sempat lagi posing bawah tangga before nak balik..Nasib i lambat so tak payah beratur. 5 minit jer dah siap urusan.
     Sebelum nak balik, kawan mama i bagi makanan-makanan ni.Dia ni kira orang-orang yang menguruskan hal ehwal duit ni jugaklah
     Rezeki lagi kan..Nasi putih dan ayam masak lemak bersama timun batang
     Nak balik rumah sempat singgah kedai ABC dalam kampung..Baru i tau rupanya kampung i ni ramai yang jual benda alah ni.
     Keropok lekor goreng dan pisang goreng..Dap dap
    ABC dan Air Jagung. RM1 setiap satu.Murah kan?

    Duit RM200 ni i nak guna seratus lagi seratus bagi my mom..ehe..biasalah projek nak raya kan nak beli barang perhiasan..agaga..perempuan biasalah tu..Bukan orang je nak raya habis dengan rumah-rumah mau beraya sama. Lagi seratus i mau beli baju raya la...uhhh..cepatnya fikir raya puasa pun belum kan..Malam nanti TENGOK ANAK BULAN, agak-agak esok ke lusa puasa? Sama-samalah kita nantikan pengumuman malam ni yer.


    Thanks for reading this entry...!