Friday, July 20, 2012

Sentap || Kritikan Pedas Eyriqazz.Com

Assalamualaikum...

Petang semalam sifu blogger EYRIQAZZ ni ada offerkan dia punya pandangan peribadi mengenai first impression EYRIQAZZ terhadap 10 blog terawal yang memberikan url blog di FANPAGE FABECOOK Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka
I pun cepat-cepat lah komen dan berikan url blog agar tidak ketinggalan. Siapa yang tak mahu blognya didatangi blogger popular dan hebat seperti EYRIQAZZ ni. Seorang blogger yang tak pernah lokek untuk memberikan tips-tips dalam dunia blogging dan juga amat mementingkan hubungan di antara pembacanya. Seringkali mengadakan contest atau giveaway.I pun pernah join jugak but tak ada rezeki nak menang lagi.
So, lihat saja pandangan peribadi EYRIQAZZ di blog ERRAH NAJWA. Sentap kejap namplohpat saat bila terbaca komen dari EYRIQAZZ

1. kurang selesa ngan corak2 di kiri dan kanan

Corak ni i dapat dari template blogger ni jer.Bagi EYRIQAZZ dia kurang selesa tapi bagi i dah cukup selesa. Entahlah mata i lebih suka corak-corak berkerawang macam ni. Jadi i nak buat macammana??? Sila bagi pendapat lagi kawan-kawan..hehe

2. Tajuk entri agak berseni....pening nak baca..hahahha....

Hahaha...yang ini i sendiri tak tahu mana seninya..Maybe selalu tajuk entry i agak panjang kot so nampak macam tu. Tapi bila i tengok-tengok balik ada jugak betulnya kata EYRIQAZZ. Kerana i rasa i punya ayat macam tak direct sangat. Selalu nak pesong-pesong sikit.hehehe

3. Header blog macam kurang sesuai

Pasal ini..hmmm. I sendiri tak boleh nak kata apa.Untuk pengetahuan i tak pernah terfikir pun nak design macammana header blog i nih. Apa yang i letak adalah gambar bunga.Kalau tengok header sekarang tu adalah header pertama i guna dari Disember 2011 sehingga ke entry INI. Selepas masalah tu selesai i terus tukar background dan header baru. Header baru pun biasa je dan memang gambar bunga jugak.
Ini header yang dikomen oleh EYRIQAZZ semalam. Hari ini i tukar yang header pertama tapi still gambar bunga. Ok, i sendiri tak reti nak header macammana.Kalau ada kawan-kawan nak bagi idea, silakan. I sangat berbesar hati menerima idea dan pandangan korang

4. Tak nampak woww factor...just average.

Blog i ni tak dinafikan carca marba sikit. Apa yang terlintas di fikiran i pada masa tu itulah yang akan i buat. Apa yang i buat i menulis mengikut kata hati i jer. Woww factor??? Penguat untuk blog i memang belum ada i rasa. I buat entry pun semua main hentam saja. haha..Tapi i tak salahkan pandangan EYRIQAZZ pun sebab i happy jer bila berblogging ni. Kadang-kadang i rasa i punya lebih ramai kawan di dunia blog ni jika dibandingkan di dunia facebook or realiti yang rata-ratanya i kenal di dunia sebenar. Thanks to kawan-kawan blogger yang masih sudi menyokong blog ni sampai sekarang.

Actually EYRIQAZZ, memang masih banyak yang i perlu belajar jika mahu terus maju seperti EYRIQAZZ dan juga blogger-blogger ternama yang lain kan. Kritikan pedas (desit sikit jer , hehe) sebenarnya sedikit sebanyak membuka mata ni untuk mengenali dengan lebih dalam lagi tentang dunia blogging, belajar daripada pemerhatian. Bukan setakat buat entry syok sendiri jer malah kena pandai menarik pengunjung untuk memasuki site kita. huhu, i belum pandai.. Memang banyak lagi kena gali ilmu blogging nih. Jangan ambil hati yer tentang tajuk entry ni, i ok je dengan pandangan yang diberikan. Always think positive.Yeah...!

Thanks for reading this entry...!

9 comments:

  1. xpe errah..nur suka di kritik, sebab bila kena kritik, kita akan tahu di mana kelemahan kita..
    jadi bolehlah baik pulih keadaan.. :)

    pasal corak tu, terpulang pada kita, yg penting blog xberatkan..

    apapun tahniah, errah berani..!

    ReplyDelete
  2. wah best dpt komen dr blogger femes ni..tu la header mcm xberapa sesuai..hehe

    ReplyDelete
  3. x perlah dikk
    dia blogger hebat , memang dia nampak banyak yg x kena dimata dia
    its ok , take its simple ..
    u berblog utk kepuasan u kan .. nak org dtg dan baca
    setiap blogger punye cara sendiri
    x perlu tiru org ..
    ambil kritikan itu sebagai landasan .. janji u x main2 kan perasaan org @ sebarang unsur2 yg menyakitkan hati org
    nak buat org suke ngan blog dan entry kita bukan mudah .. so
    its simple .. nak baca , nak komen silakan ..
    x mahuuu , nak beredar x di halang langsung .. kan ;)

    ReplyDelete
  4. terimakasih kerana mengambil kritikan pada sudut yang positif..once again,ianya hanyalah pandangan peribadi..Lain padang, lain belalang kan? Mungkin saya tak suka tapi 10 orang yang lain suka...

    tepuk dada,tanya selera actually...thanks again ya...

    ReplyDelete
  5. wah.. eyriqazz comment blog u.. stiap org ade pndapt sdiri kan.. its ok.. klu nk tukar boleh.. klu mcm ni pun ok jer.. ;)

    ReplyDelete
  6. ohhh pedas komen nye..ntah cendol suke je background ni..lain org lain citarasa kot.
    act, cendol tak pnah tau pun Eyriqazz tu..hehhe sebab cendol pn still newbie lagi dlm berblog ni..
    setiap org ade pndptnye sendiri kan..
    betul kata ieda,nk buat org suke dgn belog n entry kite bkn mudah kan..lain lah kalau nk jadi retis tu kene la fokus tu..kalo tak,sekadar suke2 je la..hepy blogging =)

    ReplyDelete
  7. nice la komen dia...bagus eyriqazz ni...banyak membantu kita yang nak berjinak2 dengan blog... :)

    ReplyDelete
  8. thanks all..huhu..errah tak tahu nak komen apa.but sangat terharu dengan komen membina korang semua..love u all..=)

    ReplyDelete

Thanks for Comment