Tuesday, August 14, 2012

Puasa Hari ke-19 : Bubur Lambuk dan Ikan Panggang Kunyit Manis

Assalamualaikum

Bubur Lambuk Pucuk Kemidin. Makan dengan ikan bilis rangup memang sedap
 Dapat dari sini. Ada Pengagihan Bubur Lambuk Percuma oleh ADUN Chukai, YB Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera.
 Tapi not percumalah jugak sebab mama i pergi masak-masak bubur lambuk ni.Ingat mama i tak balik berbuka kat bandar, so hari 19 lauk pun tak ada. Haha. Adalah, tapi yang semalam punya, Ikan Patin Masak Tempoyak.
 Ada Ikan Goreng(kat tepi sekali,eh tak nampak pulak), Ikan Panggang Biasa dan special untuk i, Ikan Panggang Kunyit Manis. Resepi orang berpantang. I makan nasi dengan ikan ni je dan pucuk ulam raja. Sedap sangat dah tu walau tak ambil lauk pauk
 Tembikai Merah.
 Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."
 Sambal belachennn. 
 Kuih ni i tak tahu nama dia. Tapi dari ubi la
 Kuih Tepung Pelita. Agak lembik tapi bolehlah.
 Air Susu Soya. Kali ni beli yang dalam kotak pulak
Tropicana Twister Oren. 

Langsir rumah dah siap pasang, sekarang nak pergi pasang langsir dekat rumah nenek pulak. Sakan nenek i beraya tahun ni. Tiap tahun pun sakan sebabnya atok i jer satu-satunya pak saudara yang masih ada. Jadi, nak tak nak kenalah berhias sikit rumah, nanti orang kata tak peduli orang tua plak kan. :)

Penarik Beca "CUN" di Melaka

Assalamualaikum
Kesian. Penarik Beca ni belum tarik senyuman lagi ni dah ada orang snap picture. Takperlah kan, yang penting beca tu cun gilos, pink-pink auwww gitu. Jalan-jalan di Melaka sebulan lepas. Malas betul i nak cerita. Gambar banyak sangat.!

Tajuk entry tak boleh blah kan. Orang tengok pun boleh termuntah. EHH, ada kisah? Puji diri sendiri la tak ada orang nak puji kita. Haha, perasannnnnnnntannnnnn lah kau.!

Nak pergi pasang langsir.Hoho raya raya.!

D.I.Y : Bunga-Bunga dari Crepe Paper

Assalamualaikum

Raya Mood. Actually, crepe paper ni dah lama i beli tapi tak pernah guna lagi. I agak minat la buat benda-benda macam ni dan i memang ada alat-alat nak buat benda-benda kraf ni semua. Tapi itulah, kenkadang mood rajin tu selalu pergi jauh dari i. 
 Jadi dari tersimpan dalam barang-barang kraf i, i buatlah bunga ni. Tahu tak nama apa bunga ni? Kalau tahu bagitahu i ek.
 1 crepe paper ni boleh menghasilkan 12 kuntum bunga seperi saiz di atas. 
 Ada 3 crepe paper berlainan warna. Warna pink cerah, ungu tak berapa nak gelap dan biru seakan-akan nak ungu. Tak cantik kombinasi warna ni, kalau semua warna soft dan pastel lagi cun.
 Before. Ranting lama
 After. Dah lekat-lekat bunga crepe paper ni. Tapi macam kena buat banyak lagi baru cantik kan sejambak. Ni macam gigi rongokss jer..
 Amacam? OK tak. hihi. Pasu tak ada, main letak jer dalam pasu kristal ni.

DAN

Bunga ros D.I.Y. Okeh, ini bukan dari crepe paper yer, tapi dari kain tudung zaman dulu-dulu yang tak guna dah. I ni kedekut sikit nak beli kain baru. Guna apa ada, kan jimat.Tahu ker i nak buat apa dengan bunga ros ni?

Nanti...TUNGGU yer..!

Thanks for reding this entry...!

Monday, August 13, 2012

Puasa Hari ke-18 : Asam Pedas Ikan Patin Tempoyak, Lemang Kijal dengan Serunding Daging dan Akok Terengganu

Assalamualaikum

Lambatnya i ni kan. Orang dah sibuk2 update lauk berbuka hari ke 24, i baru buat-buat sibuk nak up entry minggu lepas. Haha.! Okay dah back date pon i tetap nak cerita journal berbuka puasa i ni. :)
 Lemang oo lemang. Tak raya lagi i dah merasa lemang sedap. Daddy i beli dekat Kijal on the way balik dari Kerteh. Kalau di Kemaman memang famous lah Lemang Kijal ni. Makan pulak dengan serunding daging i ta peduli orang dah. Sedap ..! Rasa lemang pun memang nice, nasib daddy jumpa tempat sedap. kehkeh, daddy tu.!
Kuih Akok made in Terengganu. Ini beli malas buat sendiri.
 Lauk kali ni Asam Pedas Ikan Patin Tempoyak ni jer. Tak ada lauk lain dah. Ikan ayam pun tak dek. Besederhanalah kita yer.
The makanan-makanan's. Part budu dan ulam tu wajib.!
Air Jagung Seksi .! I buat ni. Bukan sebarang jagung, ada isi jagung manis dalam tu okay. Semestinya sedap air tangan i.Haha.!

***Eczema naik lagi, aduh cane nak raya ni. !

Sunday, August 12, 2012

Puasa Hari ke-17 : Tumis Ikan Sardin, Sayur Kailan Campur, dan Murtabak Gemilang

Assalamualaikum

Menu berbuka puasa hari 17 Ramadhan, masak simple-simple jer. Menu ringkas yang cukup auuummm..
 Ikan Sardin Tumis. Lama tak makan, sedap pulak bila dah pekena.
 Sayur Kailan Campur. Letak Isi Ayam sikit 
 Telur Dadar. Gandingan serasi dengan Ikan Sardin. Palukk habis.!
 Ikan Cencaru dan Ikan Kembung Panggang
 Sup Suhun nenek i kasi. Time ni kan i berpantang, i just makan lauk ni jer. Kesian kan
 Ikan keli goreng dan Ikan Keli berlada
 Ulam-ulaman. Ulam Raja dan Petai
 3 biji Murtabak Gemilang. Sedapnya.!
 Pemanis mulut ialah Kuih Sekaya. I tak dapat makan ni kan pantang tak boleh makan telur. 
Air Soya oh Air Soya. Bagaimana i nak suka minum air lain? Air ni je tekak boleh terima walau hari-hari.

Ok, tu jer menu kami sekeluarga berbuka puasa. :)

Pencarian Blogger Aktif #2 Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum
Pencarian Blogger Aktif #2
Pencarian Blogger Aktif #2 oleh Mialiana.com
5/8/2012 hingga 12/8/2012

Pencarian Blogger Aktif #2 oleh Mialiana.com 5/8/2012 hingga 12/8/2012. Jadi, dah malam terakhir ni. Lambat betul i ni tapi tengok ramai yang join baru terasa nak join gak.hehe. I suka la benda-benda last minute ni.:)
Errah follow blog Chit Chatting With Liana dulu before follow blog personal Kak Mia di Mialiana.Com. Sebabnya jumpa blog tu dulu..hehe. Kak Mia pun pernah review my blog. Thanks.

Jom rakan-rakan semua. Masih sempat lagi sehingga 11.59 malam ini.

Thanks for reading this entry...!

Seronoknya Cuci Mata di Era Nona Pengantin @ Nona Florist

Assalamualaikum

I kan tadi last persinggahan dekat Kedai Bunga , jadi rasa mood segar bugar lagi ni nak la kongsikan meriah di hari raya dengan bunga-bunga artificial ni. Kalau sebut perempuan memang tak sah kalau tak suka bunga kan. I semua jenis bunga suka tapi paling i minat tentulah fresh flower. Segar, cantik dan semerbak harumnya especially ros. Suka bangat deh...!Tapi artificial pun apa kurangnya. Untuk buat hiasan eloklah sebab tahan lama.

Jom layan gambar bunga-bunga pelesu ni.
 Dari luar pintu kedua kedai 
 Ini pun bunga yang dah siap digubah dan display di luar kedai
 Gerbang pengantin
 The bunga-bunga warna warni
 Meriah

 Yang ini cantik sangat. Harganya nak terbeliak biji mata jap. RM900++. 
 Tapi sesuai lah bagi orang yang poket tebal. Kita-kita ni bawah RM200 boleh la.
 Suka bunga berjuntai putih hijau di belakang tu. Setiap satu RM5
 Sesungguhnya i nak belajar jugak menggubah bunga cantik camni. Geram geram!
 Cantik

Dalam kedai. 

Kedai Bunga di kawasan bandar tempat tinggal i ni kalau ikut Era Nona Pengantin @ Nona Florist la yang paling ngetop. Kedainya pun bersih, kemas dan tak serabut nak cari-cari barang jika dibandingkan dengan kedai bunga lain di Bandar Chukai ni. Harganya pun ok tak mahal sangat tak murah sangat, kira sangat berpatutan la. Kat Bandar Chukai ni manalah ada sangat kedai bunga kalau ada yang cantik-cantik English Style tu banyak dekat Romantika Paka or Kuantan. Kalau ada dekat bandar ni pun agak mahal la.

Part barang-barang pengantin pulak
 Gubahan hantaran yang kedai ERA NONA ni sediakan. Cantik-cantik semuanya
Tapi kalau mampu buat, baik buat sendiri jer. Charge upah dia agak mahal jugak la.
 Dari sudut bakul-bakul
 Seronok benar i pergi bahagian-bahagian camni
 Pasu dan bakul-bakulnya semua cantik-cantik. Pilih dan sediakan duit jer
 Mama i beli jugak salah satu pasu dalam ni.Hehe.! Mana boleh tunjuk lagi. Datang lah raya dulu
 Macam-macam bentuk dah sekarang kan.
Kalau ada member card lagi best. Sayangnya family i tak buat. Kaki pahar tu untuk orang nak kahwin boleh la beli. I ni entah bila tak tahu lagi.
Taraaa...Bukan i yang punya, tapi nenek saudara yang pesan dekat mama i suruh gubah bunga ni dekat kedai. Pasu sendiri bawa dari rumah dan bunga-bunga beli sini dan suruh pekerja ERA NONA ni gubah. Total +- RM70.

Fuhh, entri bergambar paling panjang i tulis. Mama abah dah balik, so tolong masak-masak pulak. 4 buah rumah dah tinggal 3 buah rumah. So, hari ni semua makan dekat rumah i. Menu apa lom tahu lagi, nak jenguk dapur dulu. Nanti malam i BW ya.

Thanks for reading this entry...!