Assalamualaikum...
Petang semalam sifu blogger EYRIQAZZ ni ada offerkan dia punya pandangan peribadi mengenai first impression EYRIQAZZ terhadap 10 blog terawal yang memberikan url blog di FANPAGE FABECOOK Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka
I pun cepat-cepat lah komen dan berikan url blog agar tidak ketinggalan. Siapa yang tak mahu blognya didatangi blogger popular dan hebat seperti EYRIQAZZ ni. Seorang blogger yang tak pernah lokek untuk memberikan tips-tips dalam dunia blogging dan juga amat mementingkan hubungan di antara pembacanya. Seringkali mengadakan contest atau giveaway.I pun pernah join jugak but tak ada rezeki nak menang lagi.
So, lihat saja pandangan peribadi EYRIQAZZ di blog ERRAH NAJWA. Sentap kejap namplohpat saat bila terbaca komen dari EYRIQAZZ
1. kurang selesa ngan corak2 di kiri dan kanan
Corak ni i dapat dari template blogger ni jer.Bagi EYRIQAZZ dia kurang selesa tapi bagi i dah cukup selesa. Entahlah mata i lebih suka corak-corak berkerawang macam ni. Jadi i nak buat macammana??? Sila bagi pendapat lagi kawan-kawan..hehe
2. Tajuk entri agak berseni....pening nak baca..hahahha....
Hahaha...yang ini i sendiri tak tahu mana seninya..Maybe selalu tajuk entry i agak panjang kot so nampak macam tu. Tapi bila i tengok-tengok balik ada jugak betulnya kata EYRIQAZZ. Kerana i rasa i punya ayat macam tak direct sangat. Selalu nak pesong-pesong sikit.hehehe
3. Header blog macam kurang sesuai
Pasal ini..hmmm. I sendiri tak boleh nak kata apa.Untuk pengetahuan i tak pernah terfikir pun nak design macammana header blog i nih. Apa yang i letak adalah gambar bunga.Kalau tengok header sekarang tu adalah header pertama i guna dari Disember 2011 sehingga ke entry INI. Selepas masalah tu selesai i terus tukar background dan header baru. Header baru pun biasa je dan memang gambar bunga jugak.
Ini header yang dikomen oleh EYRIQAZZ semalam. Hari ini i tukar yang header pertama tapi still gambar bunga. Ok, i sendiri tak reti nak header macammana.Kalau ada kawan-kawan nak bagi idea, silakan. I sangat berbesar hati menerima idea dan pandangan korang
4. Tak nampak woww factor...just average.
Blog i ni tak dinafikan carca marba sikit. Apa yang terlintas di fikiran i pada masa tu itulah yang akan i buat. Apa yang i buat i menulis mengikut kata hati i jer. Woww factor??? Penguat untuk blog i memang belum ada i rasa. I buat entry pun semua main hentam saja. haha..Tapi i tak salahkan pandangan EYRIQAZZ pun sebab i happy jer bila berblogging ni. Kadang-kadang i rasa i punya lebih ramai kawan di dunia blog ni jika dibandingkan di dunia facebook or realiti yang rata-ratanya i kenal di dunia sebenar. Thanks to kawan-kawan blogger yang masih sudi menyokong blog ni sampai sekarang.
Actually EYRIQAZZ, memang masih banyak yang i perlu belajar jika mahu terus maju seperti EYRIQAZZ dan juga blogger-blogger ternama yang lain kan. Kritikan pedas (desit sikit jer , hehe) sebenarnya sedikit sebanyak membuka mata ni untuk mengenali dengan lebih dalam lagi tentang dunia blogging, belajar daripada pemerhatian. Bukan setakat buat entry syok sendiri jer malah kena pandai menarik pengunjung untuk memasuki site kita. huhu, i belum pandai.. Memang banyak lagi kena gali ilmu blogging nih. Jangan ambil hati yer tentang tajuk entry ni, i ok je dengan pandangan yang diberikan. Always think positive.Yeah...!
Thanks for reading this entry...!