Sunday, August 5, 2012

Juadah Berbuka Puasa 14 Ramadhan

Assalamualaikum

Hari ke-14, rumah i meriah dengan aneka kuih muih jer. Lauk pauk pulak recycle yang semalam (hari ke-13) punya sebab masak banyak kan. Cuma adalah tambahan satu dua. Kalau tak penuh meja tu silap rumahlah, bukan rumah i tu. hihi
 Otak-otak Terengganu. Lain dari Negeri Johor. Terengganu punya isi ikan yang disalut dengan rempah.
 Satar Ikan. Kali ni beli dekat PARAM Binjai. Taukenye orang-orang yang kitorang kenal so memang tak ada masalah macam hari tu abah beli dekat PARAM Geliga
 Kuih Puteri Mandi pun ada lagi.Just panaskan jer.
 Ketupat pulut abah beli dekat PARAM Binjai jugak. Lagi murah compare dekat PARAM Astaka Bandar Chukai
 Kuih Akok. RM2 untuk 5 biji.
 Ayam Panggang Golek lagi. Patutlah semua dah macam ayam.hehe. Yang ini memang da best. Rasa ayam pun sedap dan sos pencicahnya pun mabeles. Beli dekat Kampung Tempurung, sebelah kampung i jer. Harga untuk 1 ekor ayam ni RM24.
 Gulai Daging beserta tulang gedabak besar.huhu. I kureng sikit gulai-gulai ni, kalau sup laju jer..sruppp srupp..!
 Ayam Masak Merah pun yang hari ke-13. Buat banyak, jadi esoknya tak payah masak dah. Just panaskan dan bleh relax.hihi
 Tambahan menu. Kerabu ikan. Sangat sedap, macam kerabu yang korang makan dengan nasi kerabu tu.
 Tembikai tak pernah lekang di villa kami.hikhik
Air Soya. Selang sehari kot air soya ni. Hari ni pun air soya jugak. Memang sedap

Korang berbuka apa hari ni. Mesti meriah kan. Makan dengan family adalah perkara terindah dalam hidup=)

Thanks for reading this entry...!

Saturday, August 4, 2012

Juadah Berbuka Puasa 13 Ramadhan

Assalamualaikum

Hari ni nak update la makanan berbuka puasa hari ke-13. Bulan Ramadhan ni ramai lah orang mencari kelainan dalam memilih makanan kan. Ada yang berbuka di hotel la, restoran la, kafe la dan macam-macam tempat lagi. Cuma bagi family i kitorang selesa dengan masakan yang dimasak di rumah sahaja. Jarang sangat kitorang berbuka puasa di luar.
The Muffins. Chocolate Blueberry Muffin anda Vanilla Blueberry Muffin. Nyum nyum. Sodapp...!
Mak kawan adik i yang buat.
Kuih Puteri Mandi. Kali ni buat warna hijau plak. Plan nak buat onde-onde tapi manisan/gula melaka tak cukup.
Ayam Masak Merah. Kalau dekat kampus, ini lah lauk yang i hadap hari-hari.
Kacang Panjang Goreng Bersama Ayam, Pedal, dan Hati.
Gulai Daging lagi. 
Acar nanas. 
Tembikai dan Telur Masin
Belacan. Muka i dah naik jerawat dek makan belacan banyak sangat. Arghhh, seksa..!
Juadah Mangkuk tingkat untuk bagi orang makan
Sunquick Tropical Fresh With Ice. Air yang best untuk hilangkan dahaga. Lega..!

Makan dekat rumah pun ok kan setanding la jugak makanan dekat hotel tuh. hehe..iyer-iyer padahal nak sedapkan hati. Jeles jugak tengok blogger post gambar-gambar makanan yang sedap ketika berbuka di hotel, restoran dan sebagainya. Tak ada orang nak ajak i ker? Sure i tak membazir. hehe

Thanks for reading this entry...!

Comey Sungguh Aaron Aziz dan Lisa Surihani Nie...!

Assalamualaikum

Abang Aaron Aziz dan Akak Lisa Surihani. Siapa yang minat mereka berdua bolehlah lihat gambar-gambar ni.
Bukan gambar ini yang i nak tunjuk but gambar di bawah ini.
Huk aloh. Bile mase Abang Aaron Aziz jagi orang Ganung kiter ni. Tapi comey jer reaksi muka, kena dialog dengan memek muka tu. Kredit pada tukang edit. Tak tahu siapa yang edit. Ini i ambik dari facebook. hihi

Thanks for reading this entry...!

Terasa Tak Bila Tengok Gambar Ni?

Assalamualaikum

Nak tergelak i bila tengok gambar ni. Sebelum ni i dah pernah tengok gambar kartun ni dekat facebook tapi lepas kawan i kasi dekat inbox, terasa macam nak share sini jer..
Gambar asal dia letak FACEBOOK kat situ, i ubah letak BLOG..baru seswai dengan i kan. hehe. Nak kata terasa memang tak lah sebab i tak lah ambik gambar sampai cam tu. Selalunya kalau i ambik gambar time tu orang tak ada. Iyelah dah i lah tukang hidang makanan, jadi sambil-sambil nak hidang tu snap la dulu.hehe. Jadi, orang tak tahu pun i ada ambil gambar or tidak.

P/S : Nasib orang kat rumah semua sporting, siap bagitahu i ni makanan belum ambik gambar lagi. Macam tahu je kan habit i.kehkehkeh.

Korang ada ke macam tu? I rasa ramai jer kan.haha

Thanks for reading this entry...!

Friday, August 3, 2012

Latest D.I.Y Project : Poppy Flower

Assalamualaikum

Hari Raya Aidilfitri is just around the conner.! Are u ready for that? huahuahua..me, biasa-biasa saja. Always be a last minute person mencari segala baju, tudung dan kasut. But, adik bongsu i biasalah dah beli segala keperluan dia kan, budak-budak mana boleh lambat.


Dah beli one jubah untuk dia, the bunga-bunga jubah tu biasalah dia kan design sekitar bahu dan atas-atas tu saja kan. Bawah pula kosong. Kalau pakai tudung memang tenggelam habis la design bunga dan labuci dekat sekitar leher tu.

Mulanya tak kisah lah kan sebab cantik jer baju tu tapi lepas jiran sebaya dia ni duk bagitahu baju jubah dia banyak bunga dekat lengan dengan bahagian pinggang and so on, mulalah dia pun nak bunga-bunga jugak.

 Disebabkan kakak ni baik hati nak menggembirakan hati adiknya, so gagahkan jugak diri ni buat bunga sendiri. Cuba google bunga yang senang buat dan ini antara bunga yang paling senang. Potong , layurkan api, gam dan siap...!
 Kali ni version Black & White. Suka plak dengan tone warna ni.
 Satu ni sesat. Sebab geng dia kena terbang di angin.hehe
 Sangat jimat sebab i guna tudung hitam time i pergi PLKN dulu. Tebal kainnya. Tapi bila tengok gambar dalam google, ramai guna kain chiffon untuk tampak soft  and sweet gitu. Takpelah dik, tengok lah nanti bila i dah jahit dekat jubah cantik ke tidak.=)
Jenis poopy flower ni i buat 10 kuntum saja. Ada buat bunga jenis lain jugak. Will mix and match the flower.

So, stay tune untuk melihat hasilnya. Much love...!
Thanks for reading this entry...!

Juadah Berbuka Puasa 12 Ramadhan

Assalamualaikum

Hari-hari jangan lupa ya akan sentiasa ada segmen makan-makan bersama i. huhu. Makan-makan jer tau kan. Dah itu jer yang dapat i kongsi, so kongsi lah kan. Mana tahu nanti korang tengok lauk i ni, tergerak hati korang nak masak kan. 

Hari ke-12, tak banyak sangat lauk pauk sebab abah sorang jer yang makan nasi
 Lauk utama, Ketupat Sotong..Dap dap
 Kari Ikan Kembung
 Ikan Panggang yang sedap dicicah budu
 Haa..lauk tak banyak sebab lagi 4 orang makan Mee Goreng jer. Mee Goreng simple just letak kerang dan sosej. 
Lagi sedap dimakan bersama Keropok Ikan Made in Terengganu kiter.
 Satar Ikan. Kali ni family i terkena dengan peniaga bazar yang tak beretika. Agak-agaklah nak jual yang recycle punya. Basi dah, lembik-lembik siap ada lalat punya t***..Eeeiii, pengotor..!
Manisan Taufu Fa. 
 Juga penghabisan Agar-Agar Buih Berkuah ni. 
Minuman berbuka pulak minum air gas/berkarbonat kali ni. Terkejut perut tau.huhu. Ini sebab malas nak buat air punya pasal. Beli Air Root Beer Frost dan Ais Krim Butterscotch. I geram betul setiap kali nak ais krim vanila mesti tak ada.

Sekian sahaja cerita makan-makan bila azan berkumandang pada hari ke 12 Ramadhan

Thanks for reading this entry...!

Video Radiusite : Lynda Roslan Memang Cantik

Assalamualaikum

RADIUSITE, nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen Malaysia dengan koleksi tudung yang sangat cantik dan sangat gorgeous. Rekaan tudung dan shawl yang ekslusif dan terkini yang menjadi kegilaan wanita tidak kira yang masih bersekolah, golongan remaja dan juga golongan yang dah berusia.


Lynda Roslan. Model Radiusite dan juga blogger yang sangat cantik. Suka sangat tengok dia. Adore her beauty...!

Dengan tagline nya, 

We do hijab like others but we are special!

Tengok tagline pun rasa dah teruja kan. Menjual tudung menerusi Radiusite.Com/ Radiusite Hijab Online Boutique pada mulanya kini sudah memiliki butik sendiri.

So, here we go.

The video,

Radiusite Hijab Online Boutique Episod 1

Radiusite Hijab Online Boutique Episod 2

Tengok Lynda Roslan pakai macam senang je kan. Kalau i nak pakai camtu macamana lah rupanya kan.hakhak. Selalu nak order tapi cepat jer sold. Tak ada rezeki lagi, kalaulah Butik Radiusite ni ada belah pantai timur ni kan best. 
Nak sangat ada 1 especially tudung Shasmeen Sakura ni.
Dan yang ini,
Shawl Shasmeen Sakura dan Sofia Dwiwarna

More info can visit RADIUSITE facebook or Radiusite.Com/ Radiusite Hijab Online Boutique . 

Thanks for reading this entry...!

Warna Warni Agar-Agar Kering Aidilfitri

Assalamualaikum

Apa persiapan raya korang? I ni belum beli satu hape pun lagi. Next week kot, minggu ni rasanya nak siap-siapkan rumah dulu. Kat bawah ni salah satu persiapan kuih muih raya kitorang.Agar-agar kering tradisional.
 Ini belum kering lagi. Baru nak jemur tengah panas, tapi cuaca nampak mendung
 Buat banyak ni jer. Korang pernah makan agar-agar kering?
 3 warna sahaja. Merah, hijau dan putih.
Pandai pulak si cinonet Arissa buat gaya camni. Dia balik kampung semalam, sunyi lah rumah i.

Thanks for reading this entry...!