Sunday, July 29, 2012

Semakan PLKN 2013

Assalamualaikum

Tadi ternampaklah post dari Sharinginfoz ni. Buat i teringat la pulak kenangan  semasa join PLKN pada tahun 2006.

 Semakan PLKN sesi 10 2013 online-Program Khidmat Negara. Pihak JLKN kali ini telah menyediakan 3 pautan server bagi mengelakkan kesesakan capaian untuk memasuki laman web tersebut
Klik Sistem Semakan Online Jabatan Latihan Khidmat Negara jika anda rasa anda adalah calon-calonnya

I cuba lah masukkan IC i, tak terpilih rupanya..DAH TUA..!!!haha



Pada yang berjaya, jangan sedih-sedih tau.hehe. 


 KUBU BRAVO PLKN KEM SUMMERSET RESORT 2006 SIRI 3 SESI KE-2
Kenangan terindah sebegini tak dapat jumpa dekat mana-mana. Rindu memori ni.

Thanks for reading this entry...!

Resepi Sup Suhun dan Fucuk Bersama Udang dan Bebola Ikan

Assalamualaikum

Adalah seorang kawan hari tu dia baca blog i dan dia tanya la macamana nak buat Sup Suhun or Suhun Masak Pedas ni. Resepinya mudah sangat-sangat. Lagipun rumah i suka buat lauk-lauk yang based 'air' compare dengan masak lemak dan sebagainya. Laju jer makan nasi kan.
SUP SUHUN DAN FUCUK BERSAMA UDANG DAN BEBOLA IKAN/ SUHUN MASAK PEDAS
Bahan-Bahan

1) Lada Hitam (anggaran harga RM0.50)
2) 4 Biji Bawang Merah 
3) 3 Ulas Bawang Putih
4) Suhun, Fucuk dan Cendawan (rendam dalam air dahulu)
5) Bebola Ikan (Isi Ikan Selayang ditumbuk) dan Udang-kuantiti bergantung kepada anda
6) Sayur Sawi -nak letak pelbagai sayur pun boleh

 Lada hitam, bawang merah dan bawang putih dimesin di dalam pengisar. Setelah itu, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk dengan sedikit minyak masak.
 Masukkan sedikit air dan tunggu sehingga mendidih. Boleh masukkan juga perasa seperti garam, gula dan ajinomoto(pilihan) secukup rasa.
 Setelah sup mendidih, masukkan udang dan bebola ikan 
 Bila dah masak, boleh masukkan suhun, fucuk, cendawan dan juga sayur.
Siap. Boleh dimakan bersama nasi dan juga mee. Memang sedap. I selalu ratah kosong jer.hehe

Thanks for reading this entry...!

Roti Sosej Berkeju

Assalamualaikum

Semalam lepas balik dari shopping, i tertidur dekat bawah. Tanpa naik dekat bilik, i tidur nyenyak sampai termimpi-mimpi nak makan roti sosej. Selalu i beli dekat kedai kek dan roti harga lebih kurang RM1.80-RM2.20. Tapi terlajak tidur sampai pukul 5.30 petang camtu baru i bangun malas nak bergerak dah.
Nasib dekat rumah semua bahan-bahan nak buat roti sosej ada. Cuma i guna Roti Gardenia jer, tak reti la nak buat roti lembut macam dekat bakery tu.hehe
 Roti, sosej dan keju ni i bakar dalam oven bagi cheese tu cair dan meleleh. Tapi kedekut kan i letak cheese, 1 slice je i letak padahal banyak lagi ada. Testing dulu sayang.haha
 Lepas tu salutlah roti sosej tadi dengan sos dan mayonis.
 Punyalah banyak i letak kan. Biasalah puasa nafsu melebih-lebih sampai tak reti nak bajet
I buat guna 4 keping roti , 2 ketul sosej (potong kecil-kecil), 1 slice cheese, sedikit sos cili dan juga mayonis. Siap dan boleh dihidangkan sebelum dan selepas berbuka.Nyum nyum...!

Thanks for reading this entry..!

Resepi Koktel Buah Berkuah

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Hari ni dah 9 hari yer umat Islam berpuasa. Sekejap jer rasa masa berlalu. Tup-tup lagi 2 mingu ++ nak raya dah. Apa persiapan raya korang? Dah siap semua baju? kuih raya? juadah hari raya? hehehe...i tak lah lagi, maybe minggu depan kot, tadi pagi sampai petang keluar pergi cari pakaian raya untuk adik perempuan dan abah dulu. Mama dia tempah siap-siap baju kurung, i malas lah. Sekarang i dah selesa beli pakaian yang dah siap dekat kedai. =)

Resepi Koktel Buah Berkuah
I saja-saja jer nak share sebab i tengok banyak keyword 'koktel', 'cara-cara buat koktel', 'koktel buah untuk makan 5 orang' dan etc sangkut dekat blog i nih. Bulan-bulan puasa ni ramai la kan nak buat dessert takpun sebagai appertizer berbuka puasa. Tak kurang juga korang boleh hidangkan semasa hari raya nanti. Resepi i mudah je, sure korang boleh buat.
Bahan-bahan

1 Bekas/Tin Nata de Coco 
1 Tin Koktel buah-buahan
1/2 tin Susu pekat manis
1 Tin Susu Cair
Ketulan Ais secukupnya
Cara-caranya

1) Masukkan 1 Tin Susu Cair ke dalam bekas mangkuk yang besar
2) Masukkan 1/2 Tin Susu Pekat Manis
3) Masukkan kesemua buah-buahan koktel dan Nata de Coco ke dalam mangkuk
4) Kemudian, masukkan ketulan ais dan hidangkan sejuk


Dah siap. Koktel Buah Berkuah ini memang sedap dihidangkan semasa sejuk. Hari Raya nanti bolehlah kalau korang nak buat. Memang sedap. Buat sekali sekala bolehlah, buat banyak kali kena jaga-jaga sebab semuanya manis kang nanti tetibe datang penyakit.

Selamat mencuba. Thanks for reading this entry...!

Air Zam Zam dan Kurma Daripada Menteri Besar Terengganu

Assalamualaikum
 Hari Jumaat bersamaan 7 Ramadhan, 27 Julai 2012 Kampung Bukit Mentok telah menjalankan pembahagian Air Zam Zam dan Kurma. Pemberian ini dilakukan setiap setahun sekali yakni apabila tibanya bulan Ramadhan.Pengagihan ini dilakukan dari rumah ke rumah melalui JKK Kampung Bukit Mentok.-ececeh, ayat berita kau..!haha
 Okes, ianya from YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said yang merupakan Menteri Besar Terengganu.Actually, setiap rumah dapat 1 jer. Yang 1 lagi tu jiran i punya, tapi time ni dorang tak ada pergi shopping dekat Kuantan.
Macam nilah ropenyer. Bismillah.

Negeri korang ada dapat macam ni tak?Share la sikit.=)

Thanks for reading this entry...!

Friday, July 27, 2012

Menu Berbuka Puasa 6 Ramadhan

Assalamualaikum

Selamat petang semua. Hari ni i bersiaran agak lambat sedikit banyak kerja-kerja rumah yang perlu dibereskan.hewhewhew. Sepanjang Ramadhan ni entry pasal makanan jer i letak kan. Maaflah hanya itu saja idea yang i dapat share dengan korang. Ni kan time bazar ramadhan dah buka, so kira i ni penjual bazar la bagi korang nak pilih-pilih makanan.hakhak,iyer-iyer je kan padahal semua menu rumah i biasa-biasa je, tak curlass macam korang makan. So kampung...!

But, kekampungan i nilah yang buat i segempal ni.haha.
Sup Sayur Suhun dan Fucuk Bersama Udang dan Bebola Ikan. Amboi kemain panjang.  Ada orang panggil suhun masak pedas or suhun masak air.
Ikan Panggang sedap dicicah dengan budu
Ikan dan ayam goreng memang tak boleh tinggal
 Ulam-ulaman. Timun batang kecik sedap krup krap je makan. Tak ada ni kami pandang nasi sebelah mata jer..haha
 Duriaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnn. Mana boleh berpisah.
 Telur rebus dan telur masin. Feveret i tu telur masin. Pernah jadi pengedar telur masin dolu-dolu.kekeke
Argghhh..asyik dia ja interframe..!
 Nekbat lagi. Hari ni pon ada nekbat jugak. Sorry, kami tak pernah puas.
Minuman berbuka. Susu HL Marigold. Kurma Waseem Yusof Taiyoob dah habis, so ini yang baru
 Air Kelapa Muda Pandan. Kait belakang rumah jer.

Alhamdulillah ada juga rezeki kami. Insyaallah rumah i tak pernah membazir, buat pun cukup-cukup je dan semestinya semua habis. 

Selamat berbuka puasa korang..!

Thanks for reading this entry..!

Thursday, July 26, 2012

6 Ramadhan di Muzium Kemaman

Assalamualaikum

Hari ini terasa sangat membahang, dengan cuaca yang sangat panas terik. Adakah hujan akan turun petang nanti? Mujurlah, kedua-dua entry i pagi dan tengahari tadi i dah schedulekan awal-awal. I tahu kalau i keluar pergi mana-mana nanti memang i penat. Blog pun terusik lambat jer. Bila dah tak jenguk, mula lah mood malas tak peduli blog berminggu-minggu. huhu

Pagi tadi kebetulan mama dan abah i ada urusan dekat bandar. I pun ikutlah jugak memandangkan nanti i tinggal sorang-sorang jer. Kebetulan time tu abah park kereta betul-betul depan Muzium Kemaman. Dulu-dulu bangunan ni adalah bangunan Malayan Banking.
Bangunan Muzium Kemaman. Dahulunya dikenali sebagai Bangunan Malayan Banking
Baru sahaja dibuka 1 Julai 2012. Masuk adalah percuma

SEJARAH AWAL BANGUNAN MALAYAN BANKING
Bangunan Muzium Daerah Kemaman ini dibina pada tahun 1920an. Senibina bangunan satu tingkat konkrit ini merupakan gabungan senibina Inggeris dan senibina Islam sehingga menghasilkan satu bentuk senibina ala Moorish. Bangunan ini terletak di tengah-tengah pusat bandar dalam kawasan berkeluasan 0.2 ekar di Lot 132, Jalan Sulaimani, Chukai, Kemaman.

Bangunan ini pernah menjadi pejabat pengurus lombong bijih besi The Nanyo Kogyo Koshi Company yang menjalankan aktiviti perlombongan bijih besi di Macang Setahun, Kemaman.

Bangunan ini kemudiannya telah menjadi milik salah sebuah bank perdagangan iaitu Malayan Banking Berhad dan berfungsi sebagai sebuah bank.

Pada tahun 2008, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu daripada Majlis Perbandaran Kemaman dan diserahkan kepada pihak Muzium Negeri Terengganu pada 5 Mac 2009 untuk dimajukan sebagai sebuah muzium daerah dan sekaligus sebagai satu destinasi pelancongan baru ke daerah paling selatan negeri Terengganu, iaitu daerah Kemaman.

Pada 15 oktober 2009, kerja-kerja pemuliharaan bangunan ini telah dilakukan oleh dua buah syarikat yang di lantik oleh pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Kemaman.


 Asal-usul Daerah Kemaman
 Daerah Kemaman dibuka oleh CHE WAN TEH,seorang keturunan diraja Pahang. Asal-usul kami tu.hehe
 Dekat Muzium Kemaman ni banyak dipamerkan insan-insan yang banyak berjaya kepada Negeri Terengganu contohnya Tokoh Menteri Besar, Tokoh Sastera, Tokoh Sukan dan etc.
Ok, penulis blog dah sesat di sini. Hehe, tak larat nak cerita panjang lagi buat masa sekarang. Dah rehat secukupnya, i update lagi.

Nak pergi sini?


ALAMAT

Muzium Daerah Kemaman,

Lot 132, Jalan Sulaimani,
24000, Kemaman,
Terengganu Darul Iman.

Lokasi adalah berhadapan Dataran Medan Selera Bandar Chukai

WAKTU OPERASI
                                  SABTU - KHAMIS 9.00 am - 5.00 pm
JUMAAT - tutup
KELEPASAN AM - 9.00 am - 5.00 pm
HARI RAYA PUASA / HAJI Ditutup pada Hari Raya 1 & 2

Thanks for reading this entry...!

Kenangan Iftar Ramadhan Psycho Batch UTM Skudai

Assalamualaikum

Entah kenapa tiba-tiba terasa rindu sangat-sangat kenangan berbuka puasa beramai-ramai bersama coursemates di UTM. Dengan keghairahan setiap petang mencari juadah berbuka di bazar UTM, maklumlah tengok makanan semua rasa nak makan sebab balik rumah dekat-dekat nak raya dah. Sungguh aku rindu.3 tahun berturut-turut merasai iftar beramai-ramai di Studio Alam Bina / di Galeri FAB Bangunan B11 dan yang paling penting semua menu adalah hasil dari air tangan kami semua.

Cuma pada tahun pertama sahaja kami berbuka puasa di Studio dan makanan kami order. Time tu tak reti lagi kot nak fikir nak rewang sendiri.. Ehe, iyer-iyer jer alasan i kan. Seingat i la iftar time tahun 1 dulu menu berbuka ialah Nasi Ayam yang diorder dari mak Kak Nadia (coursemate i jugak tapi tinggal dekat Taman U jer).
Muka gembira selepas kenyang berbuka puasa.
Sebilangan coursemate i. Time tahun 1 ni jumlah kitorang lebih kurang 65 orang camtu la.
Ada buah-buahan jugak time ni. Tengok muka kawan-kawan lain dengan sekarang ada yang dah berbeza..hehe
 Ini pulak kisah rewang tahun dua
 Apai menunjukkan keteroran dia menggoreng ayam. Ayam goreng tu untuk menu ayam masak merah. Tahun dua ni menu kami agak meriah. Ada Tom Yam Campur, Ayam Masak Merah, Kerang Rebus, Koktail, Air Sunquick dan apa lagi ek. I lupa lah, rasanya ada lagi menu lauk.hehe
Geng rewang berbuka puasa 2SBW
 Ini pula kisah tahun 3. I dan Rina. Rina ni pandai masak tau. Time camping dekat Taman Negara dialah chef yang mengetuai segala lauk pauk. Bukan senang yer nak masak untuk lebih kurang 70 ++ orang. Mencabar tapi dia memang pandai masak. Jeles i.hehe
 Model-model SBW. Phewiiitttt.
 Kebetulan pakai serba pink. Me and Amy. Datang jauh dari Bumi Kenyalang.
 Kerja perempuan. Potong itu potong ini. Kupas itu kupas ini.
 Selesai semua. Bolehlah snap gambar kenangan.=)
 Lagi gambar. Pantang nampak kamera.
 Nabilah, Kak Nadia and me tengah siat-siat isi kaki ayam untuk dibuat Kerabu Mangga. Yummy.
 Bersama Kak Nab lagi.
 Tiba waktu berbuka puasa
Time ni ahli coursemates dah bertambah lebih kurang dalam 20 orang. Lagi besar-besaran dan meriah.

Sebenarnya nak menaip lagi tapi kalau tulis panjang-panjang nanti tak ada orang nak baca jugak kan. Lebih baik letak gambar, at least boleh remind balik memori lalu. Serius rindu nak berbuka bersama lagi. Tapi nampaknya ia sudah tamat di tahun 2012 ni. Kena arrange reunion untuk berbuka puasa akan datang pulak la yer.

Thanks for reading this entry..!