Thursday, September 6, 2012

Ayam Bakar Percik, Puding Roti Kastard Kurma, dan Kuih Cara Manis

Assalamualaikum

Salam 19 Syawal. I ingat nak update berderet jer juadah-juadah ni semua tapi i bosan betul bila nak tengok balik gambar-gambar ni. Kalau i bosan korang lagilah bosan kan. Tapi i tahu ada jer yang baca kan. I segan sangat kalau ada orang cakap dia baca blog i terutama kawan-kawan bukan dari kawan blogger. Kawan yang tak ada blog la. Malu kejap duaplohsaat. Hehe, segan tau.
 Ayam Bakar Percik. Hidangan juadah 26 Ramadhan.
 Ikan Panggang Kunyit Manis
 Kuih Onde-onde (Buah Melaka), Kuih Pulut Seri Muka dan Kuih Cara Manis
 Sup Tulang
 Puding Roti Kastard Kurma
Air Sunquick Oren

Yeay. Update jugak 26 Ramadhan ni. Lambatnya i kan. Oklah tu dari i simpan gambar ni buat pekasam ada jugak keluar di blog ni. Simpan sebagai kenangan. Ye tak.?

Begini Ya Kucing Harimau Hutan, Tapi Sayang Sudah Mati

Assalamualaikum

Kucing Hutan yang bulu kulitnya seakan-akan kulit harimau bintang ini dah mati 2 hari yang lepas. Maybe persekitaran tidak sesuai. Tak sempat i nak up gambar-gambar ganas kucing harimau ni, dia dah pergi meninggalkan kami semua. Tapi sehari sebelum dia mati, i sempatlah snap gambar dia beberapa keping. Macam ada petanda pulak kan sebab selama dibela itu kali pertama i snap gambar kucing harimau ni.
 Moyok jer makan pun tak nak. Agaknya persekitaran yang tak bebas menjadi puncanya. 
 Masa i nak snap picture, cuba tengok aksi ganas muka dia. Kucing ni garang. Janganlah sesekali hulurkan tangan takut nanti kena gigit. Makanan dia pun just daging ayam mentah macam harimau betul kan.
 Marah betul dia. Ini sehari sebelum dia mati
Tak ada teman untuk bermain. Mati kebosanan pun mungkin. Hehe.!
Adik Arissa yang sempat duduk dalam sangkar kucing ni sebelum kucing ni sampai. Jangka hayat belaan 
hanya 10 hari bermula 26 Ogos sehingga  4 September 2012.

Sedih jugak. Biasa budak-budak tiap-tiap petang datang tengok dekat rumah pak saudara. Tak apalah masih ada burung-burung dan arnab yang comel. Nanti kalau ada masa i tunjuk ok. Tak boleh janji takut i termiss.

Kangkung : Berbudi Pada Tanah Nampak Hasilnya

Assalamualaikum


Kehidupan sebagai anak kampung memang banyak mengajar kitorang untuk lebih menghargai alam sekeliling. Menanam sayur, menanam pokok buah-buahan, menanam pokok hiasan sememangnya sudah menjadi kebiasaan sejak zaman nenek moyang lagi.  
Sayur Kangkung yang ditanam di atas batas kebun tepi rumah.
 Masa tabur biji benih masa tu dekat nak puasa, bila dah mula berpuasa semua malas nak turun ke kebun. Just sesekali. Siram pun tak sebabnya selalu hujan. 
 Jadinya, daun kangkung ni tak gemuk seperti kebiasaan kitorang belai cukup-cukup bagi baja dan buang pokok-pokok kecil yang tumbuh di sekitar
Nampak tu kitorang da petik sikit untuk masak time dinner. Ada 2 row yang panjang. Lagi satu kami tanam lobak putih. Tapi lobak ni tahulah sensitif sikit kalau tak jaga betul-betul. Daun lobak tu mulalah berlubang-lubang tak cukup khasiat.

Rumah i pagar kebun ni belum siap lagi kalau tidak habislah mama dan i akan tanam pelbagai jenis pokok. OHH, buah rambutan gula batu mula berbunga. Tak sabar nak makan.

Perjumpaan Geng Bas Sekolah : Cha, Kila dan G-rah

Assalamualaikum

Semalam i ada lunch date dengan my bff. Lama sebenarnya we all tak makan bersama. Maksud i makan di luar. Dekat bandar Chukai ni i tak tahu sangat nak makan dekat mana, so paling senang KFC la. Kitorang janji makan dekat situ masa lunch Cha. I pergi agak lambat sebab ingatkan adik i Najwa balik sekolah awal tapi dia ada rehearsal persembahan untuk menyanyi dekat dewan sekolah Ahad depan. 
 Mine
 Lunch kami bertiga. Dua orang ni makan seketul jer tak habis. I je dapat habiskan dua-dua. Hehe.!
 Ros Malisa or Cha . Kawan baik dan juga anak beranak. Mula rapat after pindah sekolah masa form 5.
 Camana aku nak habiskan banyak ni, aku kena masuk ofis pukul 2 nanti. Last-last lagi seketul bungkus.
 Sakilla. Nak bertunang dah kawan i yang sorang ni 5.10 nanti.
 Perasan tak tudung kitorang sama. I pernah cerita dekat entry INI
K.A.M.I

Geng Bas Sekolah i jer pandai-pandai reka. Sebab semalam time sembang-sembang, kira flashback zaman sekolah dulu last kitorang makan KFC bersama ialah lepas we all settlekan projek BAS SEKOLAH kitorang masa ambil SENI VISUAL time SPM. I buat bas persiaran. Sayang tak ada gambar kenangan kalu tidak boleh tunjuk hasil model bas i. Kihkihkih. We all dapat A semua walaupun cikgu seni kitorang agak cerewet. Ampun Cikgu Zainab.

**Gambar tak banyak pun sebab Cha berkejar nak balik ofis. Takut sangat lambat tu. Hehe.!  Nak balik tu terjumpa dengan mak saudara dan juga Farihah. Pusing-pusing sekejap and then balik sebab nak hujan dah. 

Wednesday, September 5, 2012

Majlis Bertandang Aini dan Md Noor 31 Ogos 2012

Assalamualaikum

Cuti Merdeka 31 Ogos tempoh hari i dan family turut serta rombongan menghantar menantu perempuan. Actually, family i menumpang jer sebab pengantin ni adalah sepupu kepada sepupu kitorang. Ikut jelah kan memeriahkan suasana.
 Aini or dikenali sebagai Cikgu Aini. Tua setahun pada i. Berseri-seri pengantin.
 Banner Majlis Sambut Menantu
 Time ni baru sampai
 Ok, dah gerak menuju rumah pengantin lelaki
Rombongan Cik Kiah. Hehe.!
Random
 Cantiknya. Tema Putih dan Pink
 Lauk pauk kenduri dan goodies bag. Lauk pauk ada lagi tapi itu saja yang sempat snap
 Sempat lagi bebudak ni berebut minta gula-gula dengan Cikgu Aini
 Candid
Mama sempat bergambar dengan pengantin
Gambar i tak ada. Cuma ini masa on the way tunggu kereta-kereta rombongan yang lain. Sempatla posing sekejap. Bambamnya bila nak kuyusss nih..!

Tutorial : Letak Button Like dan Send Facebook di Setiap Entry Blog

Assalamualaikum

Hye semua. Kali ini adalah kali pertama i nak share tutorial. Memandangkan i ni bukanlah orang yang rajin nak post satu persatu link entry ke facebook. Gali punya gali i jumpalah "Button SEND" facebook yang boleh diletakkan ke dalam setiap entry blog. Ia mudah kerana ia boleh diping sekaligus tanpa copy paste link dan masuk ke group blogger facebook satu persatu.

Untuk blogger yang menggunakan Design/Layout

1. Masuk ke Dashboard
2. Tekan Design/layout
3. Kemudian Edit HTML dan tick expand widget

Kemudian, cari coding ini

<data:post.body/>

CTRL+F bagi memudahkan pencarian

Bila dah jumpa koding tu, copy dan pastekan 
Koding LIKE dan SEND Facebook Button di bawah ini betul betul selepas atau bawah kod yang korang cari tadi.



Untuk blogger yang menggunakan Blogskin/Classic Template


1. Masuk ke Dashboard
2. Tekan Design/layout
3. Kemudian Edit HTML dan tick expand widget

Kemudian, cari coding ini


</BlogItemBody>

CTRL+F bagi memudahkan pencarian

Bila dah jumpa koding tu, copy dan pastekan Koding LIKE dan SEND Facebook Button di bawah ini betul betul selepas atau bawah kod yang korang cari tadi.



Koding LIKE dan SEND Facebook Button

<!-- Facebook Like+Send button Start --><b:if cond='data:blog.pageType != &quot;static_page&quot;'><div style='float:left;padding:5px 5px 5px 0;'><script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1' type='text/javascript'/><fb:like colorscheme='light' expr:href='data:post.url' font='' layout='standard' send='true' show_faces='false' width='450'/></div></b:if><!-- Facebook Like+Send button End -->

Selesai
Tapi sebelum tu sila PREVIEW dulu ok kalau-kalau ada ERROR. 
Dah OK sila SAVE.
Tadaa....


Selamat Mencuba korang.!

KREDIT TUTORIAL : LINK

Tuesday, September 4, 2012

Hidangan Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

Assalamualaikum


Minggu lepas adalah buat makan-makan sikit kan untuk meraikan saudara mara dan rakan-rakan terdekat. Memang begini setiap tahun cuma tahun ni buat kecil-kecilan saja. Biasa menu utama berasaskan nasi tapi tahun ni tukar pula buat berasaskan laksa semuanya.
 Menu utama semestinya Laksa Penang. Makan dengan keropok sangat sedap sebab rasa ikan keropok menambah keenakan kuah laksa penang ini.

Mari kita tengok gambar close up laksa penang di atas
 Laksa bahan wajib untuk Laksa Penang ni kan. Mama i biasa beli Cap Silat sebab laksanya cantik dan tidak melekat. 
 Aksesori Laksa Penang. Ada timun batang, nanas, kobis, daun salad yang beropol-ropol tu dan hirisan bawang.
 Telur Rebus. Ini pun mesti ada kalau tidak pasti tak lengkap rasanya.
 Keropok Keping. Memang enak sekali
 Jeruk Lada bagi kaw-kaw gitu. Tapi sayang kali ni lada ni tak berapa pedas.
 Kuah Laksa Penang. Kalau masakan berkuah ni bahan lain tak risau sangat, tapi kuah ni kenalah betul-betul sedap barulah best nak makan kan.
 Mee Hoon Goreng
 Kita tambahkan aksesori baru ada umphh
 Bubur Kacang. Ada lebih i buat aiskrim. Sedapnya
 Tapai pulut pun buat jugak. Buat 2 hari sebelum open house ni
 Air pula just buat Air Oren Sunquick
Dan Teh O Panas

Simple je kan juadahnya. Tak buatlah nasi minyak nasi beriani semua sebab family i semua bekerja. Yang tinggal di rumah i jer sorang-sorang. Orang yang datang semua tanya sempat ke buat. Lagipun hari tu hari Khamis hari orang bekerja. Sempatlah sebab i kan assistant chef di rumah. Hehe, mama dah buat kuah siap-siap malam rumah terbuka yang simple-simple semua i yang siapkan. Okla tuh kan, mana boleh lawan tokey Laksa Penang ni kan.

Sup Tulang dan Kateh, Ikan Cencaru Panggang Belah Belakang dan Air Limau Kasturi

Assalamualaikum

Insyaallah by Jumaat semua entry juadah di bulan Ramadhan 2012 akan selesai. Orang dah cerita Syawal dah kan. Dan selepas ini bermula esok entry-entry dalam blog i semua dah schedule siap-siap. Kiranya bukan i buat terus post, i dah susun semua bila masa nak post tu. Automatik akan post sendiri bila tiba waktunya. I nak pergi sambung belajar balik dah so lepas ni akan jarang lah korang nampak i berceloteh di sini.
 Sup Tulang. Ada daging, ada daging yang melekat di tulang dan ada kateh. Kateh tu bahagian putih-putih yang ada pada kaki lembu kalau tak silap
 Ikan Cencaru Panggang Belah Belakang. Tak buat kuah asam dia 
 Ikan Patin dan Ikan Selayang Goreng
 Ulam Kacang Botol dan Tembikai Merah
 Kuih donat dan Kuih? I tak tahu nama dia tapi ada inti ubi or ikan tu
 Ketupat Pulut Daun Palas
Air Soya juara setiap masa dan Air Limau Kasturi. Best jugak air ni=)

25 Ramadhan punya menu. Ada lagi 4 hari. Hehe. Sambung lagi nanti.