Tuesday, September 4, 2012

Akhirnya Janji Pulut Kuning Perlu Dilaksana

Assalamualaikum

Kalau dapat kerja tu nanti mama buat pulut kuning.

Dan betul Alhamdulillah adik i dapat kerja tu. Umur setahun jagung lagi eloklah bermula dari bawah. Gaji pun quite nice. Kalau ada ot semua abah cakap bolehlah dapat sampai 2 3 ribu. Ot lagi mahal dari gaji basic. Kalau rajin lagi nanti dapat offer lah untuk projek company yang best2 dan berpeluang kerja offshore. Kerjanya i pun tak tahu sangat but beroperasi dalam Pangkalan Bekalan Kemaman tempat di mana kawasan industri di situ. 

Janji pulut kuning harus terlaksana. Nasib berniat pulut kuning jer, sekali berniat benda besar-besar mati nak tunaikan. So, kerjalah rajin-rajin ok. Bolehlah kaklong menumpang sikit. Hehe.!

Lepas interview semalam terus dapat tahu result. Terima kasih jugak lah pada kawan abah sebab dia yang rekemen. Siap telefon lagi suruh adik i pergi interview sana. Actually dia dah pergi 2 kali. Kali pertama pergi tangan kosong tak bawa resume so balik pun tangan kosong lah. Kali ni ada peluang lagi, jadi i yang bantu adik i buat resume. Haha, i guna resume time i ada kursus profesional " How To Get Yourself Employed" tempoh hari. Berguna jugak akhirnya, padahal i yang pandai-pandai tambah segala maklumat tu. Kekeke.
Adik i, Muben yang dah besar mengalahkan i. Dia saja buat kaki macam tu nak bagi sama tinggi tapi i kan rendah memang buat cenggitu dia jugak yang tinggi. Orang takkan percaya dia baru umur 18 tahun sebab dia badan besar jugak. Salah satu gambar family selalu tak complete sebab dia lah yang sangat tidak suka bergambar. Ini first time i bergambar berdua dengan dia. Zaman kecik-kecik banyaklah.
Raya 2010 kurus lagi adik i nih. Naik je 2011 badan makin besar sebab makan banyak. Haha. Tapi ok lah dia ni kerja kuat.

Lagi satu berita,
Kawan baik i pun dapat jugak kerja dekat tempat abah i. Kan i dah kata, mesti dapat punya. Sementara dapat kerja lain bolehlah kerja tu dulu kan. Boleh pulak dia konfius dia dapat tak kerja ni, semalam mesej lagi. Cer tanya aboh mu, aku masuk dok kerja? Dia cakap dia confuse. Padahal petang tu masa ambil abah dari kerja abah dah cakap kat i yang dia dapat. Jadi, i kena tanya balik abah. Abah cakap masuk lah, bukan ada bagi kertas ker.? Haha, itu dialog i dan abah, tapi i malas lah nak tanya so i balas mesej cakap ' haha, masuklah mek weh, mari kul 9 pagi '. Itu i pandai-pandai sebab abah cakap masuk ikut waktu ofis lah. Tak apa, first day kan. Owh, esok kitorang nak lunch sama-sama.
Kawan baik sejak tadika, Malisa. Kecil molek jer orangnya macam budak darjah 6. Hehe, gambar raya tahun 2009. Lamanya tak ambil gambar bersama kan. Esok kita snap-snap ok.!

Cara Mudah Ping Entry Blog ke Facebook Secara Berjemaah

Assalamualaikum

Kalau orang rajin boleh lah kan nak buka group di facebook satu persatu. Tapi lain dengan i. I pemalas punya olang. Hehe. Malas sebab selalu bila nak ping keluar yang kena sahkan abjad dan nombor tu. Agak jarang lah nak ping ke facebook. Cuma kalau NetworkedBlogs dan My Blog Posts tu dia memang automatik akan keluar selepas i update entry di blog. Auto ok ingat i rajin nak share satu persatu. Hihi

Dan semalam i jumpa yang boleh SEND banyak-banyak terus ke group blogger di facebook. Senanglah sikit kerja i kan. Sampai dengan kawan-kawan i tersilap send dalam inbox dia. Hehe, sorry pada yang i tersalah send tu. Korang ada ping entry macamni tak?  Kalau belum nanti i bagi tutorial yer. Lagi mudah dan cepat. Hikhik

*Hujan pagi ni. Sejuk amat...!

Monday, September 3, 2012

Baju Raya 2012 Tak Jadi

Assalamualaikum

Sebab i tak ada baju raya tahun ni. Sob sob sambil kesat hingus kat tisu. Hehe...!

Ingat budak kecik jeker nangis tak ada baju raya.? Hehe, i tak adalah nangis cuma ....cuma..itulah siapa tak nak beraya dengan baju baru di Aidilfitri kan.
 Baju pertama i beli. Harga lebih kurang RM60++. Ada baju jer kain tak ada. Tak kisah sebab ada skirt boleh lah sekalikan. Tapi bajunya terlampau besar. Rebeh merebeh. Pergi semula dekat kedai ni ingat nak tukar but sedihnya dalam hati saiz tinggal yang kecil dah macam M dan L jer. Mana i muat. Dah tak ada mood nak pilih lagi. So, gantikan beli dengan tudung mama dan Najwa.
Tudung Raya pulak. Ini pun tukar balik . Kerja duk menukar jer kan. Bila kat kedai macam dah elok je. Balik rumah tak best lah pulak awning dia. So, tukar lagi dan mama gantikan dengan beli t-shirt Najwa. So, semua dah ganti dengan orang lain jadi i tak merasalah nak berpakaian baru

Tak berbaju raya baru i tahun ni. But, it's ok yang penting budak-budak nak beraya kan. So, kakak sulung kenalah beralah dulu. Kalau hari biasa i yang lebih, nanti si kecil tu pulak yang merajuk dengan i. ;p

Al-Kisah Interview Hari Ini

Assalamualaikum

Hari ni i nak buat schedule entry dan beberapa entry sebanyak yang mungkin. Sebabnya adalah. Hehe. Lepas-lepas ni i tak boleh menghadap blog dan facebook sangat, sesekali bolehlah kan. Masih ada banyak perkara yang harus i lalui.

Owh, kawan baik i hari ni pergi interview dekat company abah i kerja. Actually i tak tahu pun, tapi semalam kawan i tu ada mesej dekat handphone cakap esok dia kena interview dekat tempat kerja abah i. Siap tanya nanti siapa yang tukang interview. Haha, lawak betul la mung nih.

Memula i macam malas nak tanya abah, lepastu abah cakap haritu dia ternampak resume kawan i nih. Ada la lebih kurang 5 orang yang hantar dan kamu bertuah sayang. Abah cakap dari ambil orang lain baik ambil dia. Sementara tak ada kerja lagi at least boleh dapat duit gaji kan. Tapi tak bolehlah gaji gred ijazah kan. Untuk sementara dapat kerja lain tak apa lah kan.

I rasa dia memang dapat kerja ni sebab abah yang akan interview. Siap i jadi pengantara lagi kena mesej cakap dekat dia esok datang dalam pukul 2 petang iaitu hari ini lah. Abah ada kerja sikit time pagi sebab kena pergi Kemaman Supply Base(KSB) 

Hari ni jugak adik lelaki i pun ada interview. Insyaallah kalau rezeki dia dapatlah kerja tu. Kerja pun ok lah jugak kalau ada peluang lagi dapat offer kerja offshore. Ok lah kan dia baru umur 18 tahun. Cari pengalaman dulu. I masa umur tu masih terkial-kial lagi dengan dunia kerja ni. Harap-harap dia dapatlah kan.

Hantaran Sirih Junjung Pertunangan Azizi dan Ain

Assalamualaikum
Hantaran Sirih Junjung Tema Merah, Krim, Putih dan Hijau

Mula berjinak menunjukkan bakat yang tak berapa nak ada. Biasa-biasa je i buat sebab barang semua guna yang recycle. So, kalau tambah pun benda yang dah ada di rumah i. Ini bahagian atas, bahagian bawah i lupa nak snap. Nanti i tunjuk picture full ya.

Ikan Siakap Masak Masam Manis Buah Bacang, Kari Terung dan Tomyam Campur

Assalamualaikum

Bertandang ke blog ini pastinya tak lari dari pelbagai juadah makanan. Sememangnya pemiliknya memang suka makan-makan. Owh, baru-baru ni gempar di Terengganu harga makanan sangat mahal kan. Itulah realitinya. Secara jujurnya makanan di sini memang cekik darah jugak sebab tu family kami selesa masak sendiri. Tapi tak semua premis perniagaan la macamtu, ada yang ok ada yang tak. Kena pandai memilih lah sikit yer.

 Ikan Siakap Masam Manis Buah Bacang. Istimewanya buah bacang itu sendiri lah, menimbulkan rasa masam pada kuah dan kuahnya memang dimasak masam manis pun. Jiran yang bagi ikan siakap ni yang dah dipotong macamtu, kalau tidak pasti kitorang goreng seekor terus.
 Kari Terung. Best kan makan terung
Tomyam Campur. 
 Ayam Goreng Najwa. Dibelanja oleh Azizi time dia ikut pergi PARAM
 Buah mempelam. Enak menjadi aksesori di dalam budu. Ada nangka seketul. Hehe!
 Kerabu Sayur dan Ikan.

 Kuih Apam Balik sebagai pembuka selera
 Air Tebu sudah semestinya
Dan air ni. Sorry tak tahu nama. Beli di PARAM 1 bungkus. Sampai beku letak dalam peti ais. Ada pelbagai campuran buah.

Menu di atas adalah hari ke 24 Ramadhan. ISH ISH ISH. Dah masuk minggu ketiga raya baru update kan. Hihi. Tengok INI dan juga INI.

Sunday, September 2, 2012

Jom ke LEGOLAND Malaysia, Nusajaya, Johor Bahru

Assalamualaikum

Hangat di media cetak mahupun media elektronik, bualan pakcik makcik, rakan taulan berbincang nak ke Taman Tema Legoland ni. Yang pastinya bangga lah kan sebab ianya adalah LEGOLAND pertama di Asia. Siapa tak bangga kan lagi-lagi rakyat Johor. Dibina di atas tanah  Negeri Johor dalam Negara Malaysia. So, we are Malaysian and off course we are proud of it. 
 LEGOLAND MALAYSIA ENTRANCE

Semalam tengok status kawan-kawan dekat facebook yang dah pergi LEGOLAND ni. Hari pembukaan 15 September ni kan. Cemburu lah pulak rasa. Rata-rata cakap best cuma tak semua game dah dibuka. Yelah baru nak start beroperasi kan. I tak pergi lagi so tak bolehlah nak review kan. Tapi nanti pergi Johor i nak lah jugak pergi sini. Tak dapat masuk lagi pun takper just nak tengok dari luar jer. Haha. Tengah kumpul duit tak cukup-cukup lagi niha.

Tadi baca blog INI sebab tu i pun teruja sama nak pergi lepas tengok gambar -gambar dari SINI
Sebahagian dari model LEGO
Antara permainan yang ada di LEGOLAND MALAYSIA

Nak tengok lagi gambar menarik?
Sila ke blog HAZREY.COM. Lawa-lawa semua gambarnya.=)

Segarnya Dessert Chilled Pineapple With Sea Coconut

Assalamualaikum

Beberapa hari ni panas terik je kan. Nak berjalan pun rasa tak selesa cuaca terlampau panas. Ni baru je kenyang pekena milo ais, teh ais dan tea o ais limau. Fuhh, itupun rasa masih dahaga. Nasiblah duduk di beranda ni angin kuat jugak kalau tidak merembes peluh sebadan. Hehe...!
 Sambil-sambil kemaskini folder dalam lappy i ni, terjumpa la gambar dessert Chilled Pineapple With Sea Coconut 
 Atau Bahasa Melayu kita panggil air manisan nanas bersama kelapa laut 'ais'
Masih terasa segar di tekak bila tengok gambar pencuci mulut ni. Ini dessert time dinner fakulti beberapa bulan yang lepas. I rasa meja i tuh i yang banyak habiskan. Hehe, i ni memang hantu kalau dessert jenis air ni. Tolak bagi dekat i semua pun takper. Sure dapat habiskan.

Sebab tu la berat badan dah naik 5kg. Aduhai lepas raya ni semua benda masuk dalam mulut. Baju dah mula ketat balik. Tak boleh jadi ni, kena berperang dengan nasi lagi lepasni.;p