Tuesday, September 4, 2012

Akhirnya Janji Pulut Kuning Perlu Dilaksana

Assalamualaikum

Kalau dapat kerja tu nanti mama buat pulut kuning.

Dan betul Alhamdulillah adik i dapat kerja tu. Umur setahun jagung lagi eloklah bermula dari bawah. Gaji pun quite nice. Kalau ada ot semua abah cakap bolehlah dapat sampai 2 3 ribu. Ot lagi mahal dari gaji basic. Kalau rajin lagi nanti dapat offer lah untuk projek company yang best2 dan berpeluang kerja offshore. Kerjanya i pun tak tahu sangat but beroperasi dalam Pangkalan Bekalan Kemaman tempat di mana kawasan industri di situ. 

Janji pulut kuning harus terlaksana. Nasib berniat pulut kuning jer, sekali berniat benda besar-besar mati nak tunaikan. So, kerjalah rajin-rajin ok. Bolehlah kaklong menumpang sikit. Hehe.!

Lepas interview semalam terus dapat tahu result. Terima kasih jugak lah pada kawan abah sebab dia yang rekemen. Siap telefon lagi suruh adik i pergi interview sana. Actually dia dah pergi 2 kali. Kali pertama pergi tangan kosong tak bawa resume so balik pun tangan kosong lah. Kali ni ada peluang lagi, jadi i yang bantu adik i buat resume. Haha, i guna resume time i ada kursus profesional " How To Get Yourself Employed" tempoh hari. Berguna jugak akhirnya, padahal i yang pandai-pandai tambah segala maklumat tu. Kekeke.
Adik i, Muben yang dah besar mengalahkan i. Dia saja buat kaki macam tu nak bagi sama tinggi tapi i kan rendah memang buat cenggitu dia jugak yang tinggi. Orang takkan percaya dia baru umur 18 tahun sebab dia badan besar jugak. Salah satu gambar family selalu tak complete sebab dia lah yang sangat tidak suka bergambar. Ini first time i bergambar berdua dengan dia. Zaman kecik-kecik banyaklah.
Raya 2010 kurus lagi adik i nih. Naik je 2011 badan makin besar sebab makan banyak. Haha. Tapi ok lah dia ni kerja kuat.

Lagi satu berita,
Kawan baik i pun dapat jugak kerja dekat tempat abah i. Kan i dah kata, mesti dapat punya. Sementara dapat kerja lain bolehlah kerja tu dulu kan. Boleh pulak dia konfius dia dapat tak kerja ni, semalam mesej lagi. Cer tanya aboh mu, aku masuk dok kerja? Dia cakap dia confuse. Padahal petang tu masa ambil abah dari kerja abah dah cakap kat i yang dia dapat. Jadi, i kena tanya balik abah. Abah cakap masuk lah, bukan ada bagi kertas ker.? Haha, itu dialog i dan abah, tapi i malas lah nak tanya so i balas mesej cakap ' haha, masuklah mek weh, mari kul 9 pagi '. Itu i pandai-pandai sebab abah cakap masuk ikut waktu ofis lah. Tak apa, first day kan. Owh, esok kitorang nak lunch sama-sama.
Kawan baik sejak tadika, Malisa. Kecil molek jer orangnya macam budak darjah 6. Hehe, gambar raya tahun 2009. Lamanya tak ambil gambar bersama kan. Esok kita snap-snap ok.!

4 comments:

  1. Alhamdulillah... 2 org dapat kerja. Nanti bila derang dpt gaji pertama, bleh la awk suh derang belanja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer syukur alhamdulillah..haha..dua2 ttp muka nanti..hehe..xdela

      Delete
  2. a'ah lah errah..adik errah tak macam 18 tahun..nampak matang sgt2... kalau kata umur dia 28 pun org percaya.. :)

    hihihihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tulah..mak sedara pun tak kenal dia sebab kejap sgt berubah..dulu kecik jer

      Delete

Thanks for Comment