Friday, January 4, 2013

Jauh Mengidam Aiskrim Sampai ke Kolej Sembilan

Assalamualaikum

Siang tadi, tepat pukul 11.30 pagi tamatlah sudah final exam untuk semester ini. Paper tadi tu oklah sikit nak menjawabnya, kalau kelmarin panas punggung aku nak menjawab. Benak sungguh otak ni. Ke mana pergi jiwa aku dalam bidang ni. Langsung aku tak nampak bayang.

Malas nak cerita lebih-lebih, bikin gua seeeeteeeeereeeeeeeeesssssssssssss.!

Jadi mari kita cerita pasal makan-makan. Untuk yang nak tahu, tabiat aku kalau aku stress aku akan makan dengan banyaknya. Selang 10 minit pun aku boleh hadap lagi. 

Tadi, lepas habis exam, mencari-cari tempat makan. Kalau tanya aku meranti tu dah berapa lama aku tak jejak aku boleh cakap dekat 2 bulan kot. Aku dah lama tak pergi meranti, jejak sana pun tak. Tak ada hati langsung dah nak makan dekat situ lepas macam-macam perkara yang berlaku. Tempat makan aku jauh-jauh walaupun aku terpaksa naik bas. Yep, my TAM sakit so patah kaki nak bergerak. Tapi itu bukan halangan buat aku nak makan dekat tempat yang aku suka.

Dari N24 tadi jalan sikit dan tunggu bas ke Kolej 9. Ya, kolej aku dulu-dulu. Aku suka tempat dia, sebab tak sesak-sesak dengan orang dan aku rasa aman damai jer. Biasa aku makan dekat Pak Lah Cafe, Scholar's Inn, tapi tadi tetibe berubah angin nak makan dekat Arked Kolej 9. Masa aku stay dekat Kolej 9 dulu aku suka sangat makan Nasi Hujan Panas kedai Mak Long. Cuma sedihnya dah lebih setahun aku tak tahu mana kedai tu pindah. Saper tahu tolong bagitahu aku. Sedap sangat, kenapalah semua kedai yang best-best cepat je chaw, yang tak best bolah pulak melekat lama kat situ.

Sampai kat Kolej 9 tadi lebih kurang pukul 12. Aku ambil lauk daging, ada dua jenis masakan daging satu masak kicap satu lagi aku tak tau. Ada juga sayur kerabu, aumm memang terangkat. I kan suka ulam-ulam ni dan aku ambil tomyam panas-panas lagi masa tu. Ok lah jugak masakan dekat sana dan harga pun bagi aku ok lah tak mahal sangat. Air pulak semestinya jagung seksi.(gambar takdek i lapar ok). 

Lepastu aku biasalah tekak nak makan aiskrim pulak. Biasa aku beli dekat kedai air yang sama dengan jagung seksi tu, alangkah bukan rezeki aku yileekkk aiskrim dalam esbok tu. Ok, berlalu dengan hampa dan kecewa. Time nak keluar dari arked nak pergi tunggu bas balik, i nampak lah ada kiosk jual waffle dan aiskrim. Ada juga rezeki aku walaupun yang ada cumalah aiskrim vanila sahaja. Kesian tapi habis jugak aku kerjakan aiskrim ni. 

Lepas dah membebel panjang-panjang, eloklah kiranya aku sajikan gambar aiskrim ni. Cehh, macam aku jer  sorang yang pernah makan vanila aiskrim ni kan.
 Kalau kon RM1.50, kalau cup RM2. Jenis aku tekak nak makan banyak ni elok ambil yang jenis cup. Tengoklah banyak tak banyak kalau nak dibandingkan guna kon aiskrim tu. Harga pun tak jauh beza.
 Ada pilihan nak taruk apa. Ikut suka hati la. Ada cornflakes, choc rice, coklat smarties , kekacang dan apa lagi aku lupa tapi boleh pilih satu je. Kalau nak tambah lagi kau kena tambah lagi tiga puluh sen. Aku kan kedekut , so bagi i choc urai sudah
 Kakaka.sempat.!
 Tolong. dia ni memang budak kuat makan. Sila hantar dia kemana-mana tempat makan yang best confirm semua dia bantai.
Akhirnya ada jugak gambar aku di Kolej 9 ini. Setahun aku menjadi penghuni di sini. Walau aku dah tinggal dekat kolej lain, tapi Kolej 9 tetap dihatiku. Cheeeewaaaaahhhhhhh

11.35 p.m ~ 3 Januari 2012...............................tapi aku nak publish hari ni.hahah.!

4 comments:

  1. gulp.! malam2 tgk aiskrim...sedapnya..!
    ala-ala tutti friutti la ni eh..boleh letak mcm2...hihihi

    ReplyDelete
  2. wahh sempat lagi gambar dpn kiosk aiskrim..kehkeh..banyak tuu aiskrim nye rm2 je..

    ReplyDelete
  3. pergh..geram pulak saya tgk ais krim tu..hahaha

    ReplyDelete

Thanks for Comment