Saturday, January 5, 2013

5 Perkara Yang Aku Suka - Part 1

Assalamualaikum

Ini bukan segmen yer. Cuma, tetibe jer aku rasa nak bercerita tentang benda-benda yang aku suka. Ini kira random jelah yang aku terfikir time nak karang entry ni. Banyak lagi yang aku suka tunggulah part seterusnya. Hehe, macam artis lah pulak orang nak tahu kan. Padahalll tarak olang mau tau pun..pfttt

1-Kek
Aku suka kek. Bukan dari segi rasa jer, tapi aku suka tengok rupa kek tu. Setiap kali aku tengok kek aku mesti ada keinginan(dalam erti kata lain berangan sendiri) yang aku pun nak jadi macam orang yang pandai buat kek ni jugak. Kenapa, kenapa lah aku tak pandai. Cuba tengok dekat mana-mana kedai kek, even kek tu nampak very simple tapi tetap boleh memikat hati orang. Kalau yang design dia cantik bagai nak rak tu lagilah geram kan. Rasa tak sanggup je nak makan. Aku tak pernah tolak pelawaan orang kalau bagi kek dekat aku. Aku adalah orang yang sangat excited tetibe macam orang sawan tak pernah jumpa kek.

Cerita pasal kek banyak dalam blog aku nih, macam-macam. Meh clik sini.


2-Barang-barang hiasan (moden or english style)

Deko yang simple tapi cantik

Yang ini aku pun cukup pantang. Cuma satu jelah penghalang sekarang ni, fulus takda ma. Kena cecepat lah kerja kan, baru dapat beli dan off course dapat puaskan hati sendiri. Aku kalau sesak sangat pun kalau pergi memana cubalah jugak beli satu. Aku suka. Kalau daddy selalu cakap buat apalah beli benda ni semua, and then mama pulak back up, orang lelaki tahu apa kan nak berhias segala ni. Haha, sabar jelah kan. Tapi ok jer sebab my daddy pun orang yang pandai mengemas, lagi pandai susun-susun barang ni.

3-Barang kemas terutamanya emas

Kilauan emas ni memang jadi pujaan setiap perempuan lah kan. Dulu-dulu aku tak suka tau emas-emas segala ni. Ini emas ori ok, jangan ingat aku cakap emas celup. Haha. Zaman sekolah dulu aku suka silver, siap pakai rantai apa tah semua nak silver. Gelang tangan lah semua. Mama selalu cakap ruginya lah kau tak suka emas. Dulu mana reti nak menghargai emas ni ma. Sekarang emas dengan duit agak-agak mana yang korang pilih? Kalau aku off course dua-dua. Kikiki. Aku kan mata duitan. Tapi aku tak mampu lah nak beli emas lagi,sekarang pun masih mengharapkan ihsan duit mak ayah . Jadi kalau ada duit lebih tu silalah beli emas yer, pakai dan boleh simpan untuk kegunaan akan datang. Aku? Aku tunggu jelah kalau ada orang nak kasi.

4-Jalan-jalan


Aku ada dua sifat di mana satu keadaan aku akan suka jalan-jalan dan lagi satu keadaan aku akan tak suka untuk jalan-jalan. Sebenarnya ikut mood jugak, kalau angin aku tak ok sila jangan ajak aku pergi mana-mana, sebulan dua bulan sampai ke setahun aku boleh tinggal je tanpa pergi mana-mana. Maksud aku jalan-jalan ni bukan lah pergi travel jauh-jauh pun, kira macam kau keluar outing gitulah. Macam dekat rumah kalau kira jalan-jalan tu takat pergi bandar lah. Tapi aku ok je kalau tak pergi setahun pun. Tapi kalau sekali jer aku dah keluar, aku tak boleh stop. Mesti esoknya aku akan keluar dan keluar lagi. 

5-Tudung

picture from JelitaSARA

Aku memang obses sangat dengan tudung-tudung segala ni like shawl,tudung segera, bawal dan apa-apa lah. Cuma aku ni suka membeli, tapi yang aku pakai yang aku suka jer. Dalam laci aku berlambak tudung, tapi semua tu buat perhiasan je. Aku suka tengok design dia yang cantik, tapi bila beli dan pakai aku rasa tak selesa, maka tempat dia dalam laci jelah. Yang aku pakai jer aku taruk gantung dekat luar. Dulu-dulu kan pakai tudung bawal camtu, aku banyak lah tudung camtu. Ada pernah kawan tegur aku ni jual tudung ke sebab dia selalu tengok aku pakai tudung cantik-cantik. Haha, nak tergelak pun ada jadi aku balas balik yer memang aku jual tudung. Ok, dia percaya tapi lepas tu aku gelak-gelak , jadi manalah dia nak percaya kan. Boleh pulak dia tanya soalan macam tu kan. Kalaulah aku tokey tudung best jugak, teringin gak nak jual tudung ni. 

Hah, tu jelah kot setakat ni. Ini belum masuk part makan-makan, lagi panjang berjela aku karang.

2 comments:

  1. hehe..kalau dah perempuan,tetap perempuan jugak la ya...kebanyakan nafsu perempuan hampir sama....sbb tu gamakanya lbh seronok keluar shopping bersama perempuan jugak berbanding lelaki,kan..

    ReplyDelete
  2. heheheh..bab emas tu, skrang ni, nur kurang sikitlah.. kiranya akalu tak ada pun tak kisah...tapi kalau tak pakai mak bising..hihihi

    ReplyDelete

Thanks for Comment