Friday, August 3, 2012

Latest D.I.Y Project : Poppy Flower

Assalamualaikum

Hari Raya Aidilfitri is just around the conner.! Are u ready for that? huahuahua..me, biasa-biasa saja. Always be a last minute person mencari segala baju, tudung dan kasut. But, adik bongsu i biasalah dah beli segala keperluan dia kan, budak-budak mana boleh lambat.


Dah beli one jubah untuk dia, the bunga-bunga jubah tu biasalah dia kan design sekitar bahu dan atas-atas tu saja kan. Bawah pula kosong. Kalau pakai tudung memang tenggelam habis la design bunga dan labuci dekat sekitar leher tu.

Mulanya tak kisah lah kan sebab cantik jer baju tu tapi lepas jiran sebaya dia ni duk bagitahu baju jubah dia banyak bunga dekat lengan dengan bahagian pinggang and so on, mulalah dia pun nak bunga-bunga jugak.

 Disebabkan kakak ni baik hati nak menggembirakan hati adiknya, so gagahkan jugak diri ni buat bunga sendiri. Cuba google bunga yang senang buat dan ini antara bunga yang paling senang. Potong , layurkan api, gam dan siap...!
 Kali ni version Black & White. Suka plak dengan tone warna ni.
 Satu ni sesat. Sebab geng dia kena terbang di angin.hehe
 Sangat jimat sebab i guna tudung hitam time i pergi PLKN dulu. Tebal kainnya. Tapi bila tengok gambar dalam google, ramai guna kain chiffon untuk tampak soft  and sweet gitu. Takpelah dik, tengok lah nanti bila i dah jahit dekat jubah cantik ke tidak.=)
Jenis poopy flower ni i buat 10 kuntum saja. Ada buat bunga jenis lain jugak. Will mix and match the flower.

So, stay tune untuk melihat hasilnya. Much love...!
Thanks for reading this entry...!

Juadah Berbuka Puasa 12 Ramadhan

Assalamualaikum

Hari-hari jangan lupa ya akan sentiasa ada segmen makan-makan bersama i. huhu. Makan-makan jer tau kan. Dah itu jer yang dapat i kongsi, so kongsi lah kan. Mana tahu nanti korang tengok lauk i ni, tergerak hati korang nak masak kan. 

Hari ke-12, tak banyak sangat lauk pauk sebab abah sorang jer yang makan nasi
 Lauk utama, Ketupat Sotong..Dap dap
 Kari Ikan Kembung
 Ikan Panggang yang sedap dicicah budu
 Haa..lauk tak banyak sebab lagi 4 orang makan Mee Goreng jer. Mee Goreng simple just letak kerang dan sosej. 
Lagi sedap dimakan bersama Keropok Ikan Made in Terengganu kiter.
 Satar Ikan. Kali ni family i terkena dengan peniaga bazar yang tak beretika. Agak-agaklah nak jual yang recycle punya. Basi dah, lembik-lembik siap ada lalat punya t***..Eeeiii, pengotor..!
Manisan Taufu Fa. 
 Juga penghabisan Agar-Agar Buih Berkuah ni. 
Minuman berbuka pulak minum air gas/berkarbonat kali ni. Terkejut perut tau.huhu. Ini sebab malas nak buat air punya pasal. Beli Air Root Beer Frost dan Ais Krim Butterscotch. I geram betul setiap kali nak ais krim vanila mesti tak ada.

Sekian sahaja cerita makan-makan bila azan berkumandang pada hari ke 12 Ramadhan

Thanks for reading this entry...!

Video Radiusite : Lynda Roslan Memang Cantik

Assalamualaikum

RADIUSITE, nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen Malaysia dengan koleksi tudung yang sangat cantik dan sangat gorgeous. Rekaan tudung dan shawl yang ekslusif dan terkini yang menjadi kegilaan wanita tidak kira yang masih bersekolah, golongan remaja dan juga golongan yang dah berusia.


Lynda Roslan. Model Radiusite dan juga blogger yang sangat cantik. Suka sangat tengok dia. Adore her beauty...!

Dengan tagline nya, 

We do hijab like others but we are special!

Tengok tagline pun rasa dah teruja kan. Menjual tudung menerusi Radiusite.Com/ Radiusite Hijab Online Boutique pada mulanya kini sudah memiliki butik sendiri.

So, here we go.

The video,

Radiusite Hijab Online Boutique Episod 1

Radiusite Hijab Online Boutique Episod 2

Tengok Lynda Roslan pakai macam senang je kan. Kalau i nak pakai camtu macamana lah rupanya kan.hakhak. Selalu nak order tapi cepat jer sold. Tak ada rezeki lagi, kalaulah Butik Radiusite ni ada belah pantai timur ni kan best. 
Nak sangat ada 1 especially tudung Shasmeen Sakura ni.
Dan yang ini,
Shawl Shasmeen Sakura dan Sofia Dwiwarna

More info can visit RADIUSITE facebook or Radiusite.Com/ Radiusite Hijab Online Boutique . 

Thanks for reading this entry...!

Warna Warni Agar-Agar Kering Aidilfitri

Assalamualaikum

Apa persiapan raya korang? I ni belum beli satu hape pun lagi. Next week kot, minggu ni rasanya nak siap-siapkan rumah dulu. Kat bawah ni salah satu persiapan kuih muih raya kitorang.Agar-agar kering tradisional.
 Ini belum kering lagi. Baru nak jemur tengah panas, tapi cuaca nampak mendung
 Buat banyak ni jer. Korang pernah makan agar-agar kering?
 3 warna sahaja. Merah, hijau dan putih.
Pandai pulak si cinonet Arissa buat gaya camni. Dia balik kampung semalam, sunyi lah rumah i.

Thanks for reading this entry...!

Juadah Berbuka Puasa 11 Ramadhan

Assalamualaikum

Dah masuk fasa kedua or minggu kedua di bulan Ramadhan ni i nak guna word 'juadah' lah pulak. Mesti dah bosan asyik menu-menu jer kan.kekeke.

Juadah dengan menu apa bezanya? I pun tak tahu cuma dua-dua pun boleh pakai. Ia merujuk kepada makanan jugak kan.
 Ayam Panggang Payang. Sempena namanya yang dipanggang dan dibakar dengan menggunakan tempayan. Selalu tengok ramai orang beli dekat Pasar Ramadhan Chukai Kemaman ni, jadi terpengaruh jugak la nak mencuba. Bagi i dan family, rasa dia biasa-biasa jer dan tidaklah sesedap seperti orang ramai gembar-gemburkan. Tapi lain orang lain seleranya kan. Mungkin rasanya tidak menepati selera family i jer.=)
 Kuah percik Ayam Panggang Payang di atas. Rasanya pun tidaklah kaw. Kitorang makan cicah sos cili lagi sedap. Harga 1 ekor Ayam Panggang Payang ini untuk seekor ialah RM21. 
 Nasi Ayam untuk adik bongsu i, Najwa. Dia kata sedap. Beli di PARAM juga. Harga RM4.50.
 Ayam Masak Kicap Pedas. Permintaan adik lelaki i.
 Ikan Singgang always da best. 
 Sayur Kulit Buah Sto ada lagi. So panaskan dan hidangkan lagi
 Rojak Buah Kuah Asam. Nenek i yang kasi. Srupp srupp, memang sedap air tangan orang lama
 Tembikai. Selalu ada buah ni. Sebenarnya bukan bulan puasa jer pun buah ni ada, hari-hari biasa pun memang selalu ada di rumah i. Suka sangat kitorang makan berulam dengan nasi
 Sayur Suhun Masak Pedas. Kali ni orang pulak yang kasi. It's from my cousin sebelah rumah, Kak Nah. Amalan bertukar-tukar juadah ni memang best kan.
 Murtabak Gemilang. Ini tak beli pun but mak saudara yang bagi. Mak saudara i peniaga murtabak di PARAM. Sedappp woo...
Pulut Lepa RM2 dan Ketupat Pulut RM2.
 Kurma from Kerajaan Negeri Terengganu. Banyak kali ni, tahun lepas kotak kecik sikit rasanya
Tidak dilupakan my all time feveret "AIR SOYA". Di mana kan ku cari ganti...........hehe

Terasa macam banyak pulak juadahnya. Memang banyak pun sampai ayam tu kitorang tak makan pun masa berbuka, dah pukul 10 lebih baru makan. Mana nak sumbat banyak-banyak camni. Nasib ada budak-budak boleh turut sama habiskan. =)

Thanks for reading this entry...!

Thursday, August 2, 2012

Senarai Juadah Berbuka Ramadhan 2012

Assalamualaikum
Nasi Goreng Daging Merah "Welcome You to this Blog"

Tahun ni merupakan tahun pertama berpuasa di bulan Ramadhan dengan kehadiran my blog terchenta. Kerana empunya blog ni memang seorang yang suka makan-makan, jadi kalau boleh semua makanan yang i makan i nak abadikan dalam my blog ni. Maybe, tapi setiap hari-hari biasa tu tak dapatlah. Kalau hari biasa makan dah lebih berkali-kali, jadi tak semua gambar-gambar i akan share (hanya yang terpilih sahaja). 

Bulan Ramadhan 2012 ( Start from 21 Julai--------->.................)


Di atas ni sedikit sebanyak juadah masakan dan makanan kampung yang dapat i kongsikan untuk korang semua. Kalau nak cari western food, maaflah dekat blog i ni kurang sikit makanan tu semua. Tekak i tekak orang Melayu, pergi western pun mesti nak cari set food yang ada nasi. Makan KFC pun i cari nasi. hehe

Thanks for reading this entry...!

Gubahan Hantaran : My Simple Touch

Assalamualaikum

Hari ni busy sikit sebab ada rewang masak-masak lagi. So, i nak share la 'my simple touch' gubahan hantaran time sepupu i kahwin. Simple jer lagipun dia guna kotak. Agak susah lah nak gubah kalau guna kotak ni kan. Ada orang just letak jer, but takkan semua dalam kotak tu main lipat-lipat dan letak macam tu je kan.
Jadi, i golong-golong la seluar ni..keh keh keh. Gulung je dan jadikan macam bentuk bunga ros. Ada budak-budak dekat rumah ni kata kek. Ahak, bantai la apa pun janji bergubah.hehe

Thanks for reading this entry...!

Wednesday, August 1, 2012

Menu Berbuka Puasa 10 Ramadhan

Assalamualaikum

Sampai juga akhirnya rancangan duduk rumah cari makan i ni pada hari ke-10 di bulan Ramadhan yang mulia ini. hikhik. Tak ada idea ni, bulan pose ni otak jadi tepu sikit, dah la duduk rumah je kan berjalan pun tak ke mana sangat. So, hanya juadah ringkas ni sajalah idea i untuk berkongsi dengan korang semua.Please jangan jemu-jemu yer.=)
 Air Laici lagi. Nyaman dan segar.
 Kuih Kacang.
 Kuih Lompat Tikam.Kuih Paling Gengster
 Ikan Celup Tepung Warisan
 Lauk utama ialah Sayur Kulit Buah Sto Masak Lemak Putih. Nyum nyum nyum. Resepi tradisional.
 Paprik Ayam dan Sotong
 Belacan tak cun. Beli di BARAM. Rasa yang sungguh tidak menyengat.
 Rojak Ayam untuk i. 
Tembikai Kuning pulak. Puas da asyik tengok warna merah jer kan.hehe

Kalau suka,boleh singgah lagi.:p
Thanks for reading this entry...!