Monday, January 7, 2013

Taufan Sonamu?

Assalamualaikum

Aku bangun pagi ni baru aku tahu pasal ni. Aku malas nak taip-taip sebab aku pun tak tahu menahu sangat, so korang boleh tengok SINI ok.

p/s: aku di pantai timur, lindungilah kami semua Ya Allah.

Saturday, January 5, 2013

5 Perkara Yang Aku Suka - Part 1

Assalamualaikum

Ini bukan segmen yer. Cuma, tetibe jer aku rasa nak bercerita tentang benda-benda yang aku suka. Ini kira random jelah yang aku terfikir time nak karang entry ni. Banyak lagi yang aku suka tunggulah part seterusnya. Hehe, macam artis lah pulak orang nak tahu kan. Padahalll tarak olang mau tau pun..pfttt

1-Kek
Aku suka kek. Bukan dari segi rasa jer, tapi aku suka tengok rupa kek tu. Setiap kali aku tengok kek aku mesti ada keinginan(dalam erti kata lain berangan sendiri) yang aku pun nak jadi macam orang yang pandai buat kek ni jugak. Kenapa, kenapa lah aku tak pandai. Cuba tengok dekat mana-mana kedai kek, even kek tu nampak very simple tapi tetap boleh memikat hati orang. Kalau yang design dia cantik bagai nak rak tu lagilah geram kan. Rasa tak sanggup je nak makan. Aku tak pernah tolak pelawaan orang kalau bagi kek dekat aku. Aku adalah orang yang sangat excited tetibe macam orang sawan tak pernah jumpa kek.

Cerita pasal kek banyak dalam blog aku nih, macam-macam. Meh clik sini.


2-Barang-barang hiasan (moden or english style)

Deko yang simple tapi cantik

Yang ini aku pun cukup pantang. Cuma satu jelah penghalang sekarang ni, fulus takda ma. Kena cecepat lah kerja kan, baru dapat beli dan off course dapat puaskan hati sendiri. Aku kalau sesak sangat pun kalau pergi memana cubalah jugak beli satu. Aku suka. Kalau daddy selalu cakap buat apalah beli benda ni semua, and then mama pulak back up, orang lelaki tahu apa kan nak berhias segala ni. Haha, sabar jelah kan. Tapi ok jer sebab my daddy pun orang yang pandai mengemas, lagi pandai susun-susun barang ni.

3-Barang kemas terutamanya emas

Kilauan emas ni memang jadi pujaan setiap perempuan lah kan. Dulu-dulu aku tak suka tau emas-emas segala ni. Ini emas ori ok, jangan ingat aku cakap emas celup. Haha. Zaman sekolah dulu aku suka silver, siap pakai rantai apa tah semua nak silver. Gelang tangan lah semua. Mama selalu cakap ruginya lah kau tak suka emas. Dulu mana reti nak menghargai emas ni ma. Sekarang emas dengan duit agak-agak mana yang korang pilih? Kalau aku off course dua-dua. Kikiki. Aku kan mata duitan. Tapi aku tak mampu lah nak beli emas lagi,sekarang pun masih mengharapkan ihsan duit mak ayah . Jadi kalau ada duit lebih tu silalah beli emas yer, pakai dan boleh simpan untuk kegunaan akan datang. Aku? Aku tunggu jelah kalau ada orang nak kasi.

4-Jalan-jalan


Aku ada dua sifat di mana satu keadaan aku akan suka jalan-jalan dan lagi satu keadaan aku akan tak suka untuk jalan-jalan. Sebenarnya ikut mood jugak, kalau angin aku tak ok sila jangan ajak aku pergi mana-mana, sebulan dua bulan sampai ke setahun aku boleh tinggal je tanpa pergi mana-mana. Maksud aku jalan-jalan ni bukan lah pergi travel jauh-jauh pun, kira macam kau keluar outing gitulah. Macam dekat rumah kalau kira jalan-jalan tu takat pergi bandar lah. Tapi aku ok je kalau tak pergi setahun pun. Tapi kalau sekali jer aku dah keluar, aku tak boleh stop. Mesti esoknya aku akan keluar dan keluar lagi. 

5-Tudung

picture from JelitaSARA

Aku memang obses sangat dengan tudung-tudung segala ni like shawl,tudung segera, bawal dan apa-apa lah. Cuma aku ni suka membeli, tapi yang aku pakai yang aku suka jer. Dalam laci aku berlambak tudung, tapi semua tu buat perhiasan je. Aku suka tengok design dia yang cantik, tapi bila beli dan pakai aku rasa tak selesa, maka tempat dia dalam laci jelah. Yang aku pakai jer aku taruk gantung dekat luar. Dulu-dulu kan pakai tudung bawal camtu, aku banyak lah tudung camtu. Ada pernah kawan tegur aku ni jual tudung ke sebab dia selalu tengok aku pakai tudung cantik-cantik. Haha, nak tergelak pun ada jadi aku balas balik yer memang aku jual tudung. Ok, dia percaya tapi lepas tu aku gelak-gelak , jadi manalah dia nak percaya kan. Boleh pulak dia tanya soalan macam tu kan. Kalaulah aku tokey tudung best jugak, teringin gak nak jual tudung ni. 

Hah, tu jelah kot setakat ni. Ini belum masuk part makan-makan, lagi panjang berjela aku karang.

Friday, January 4, 2013

Jauh Mengidam Aiskrim Sampai ke Kolej Sembilan

Assalamualaikum

Siang tadi, tepat pukul 11.30 pagi tamatlah sudah final exam untuk semester ini. Paper tadi tu oklah sikit nak menjawabnya, kalau kelmarin panas punggung aku nak menjawab. Benak sungguh otak ni. Ke mana pergi jiwa aku dalam bidang ni. Langsung aku tak nampak bayang.

Malas nak cerita lebih-lebih, bikin gua seeeeteeeeereeeeeeeeesssssssssssss.!

Jadi mari kita cerita pasal makan-makan. Untuk yang nak tahu, tabiat aku kalau aku stress aku akan makan dengan banyaknya. Selang 10 minit pun aku boleh hadap lagi. 

Tadi, lepas habis exam, mencari-cari tempat makan. Kalau tanya aku meranti tu dah berapa lama aku tak jejak aku boleh cakap dekat 2 bulan kot. Aku dah lama tak pergi meranti, jejak sana pun tak. Tak ada hati langsung dah nak makan dekat situ lepas macam-macam perkara yang berlaku. Tempat makan aku jauh-jauh walaupun aku terpaksa naik bas. Yep, my TAM sakit so patah kaki nak bergerak. Tapi itu bukan halangan buat aku nak makan dekat tempat yang aku suka.

Dari N24 tadi jalan sikit dan tunggu bas ke Kolej 9. Ya, kolej aku dulu-dulu. Aku suka tempat dia, sebab tak sesak-sesak dengan orang dan aku rasa aman damai jer. Biasa aku makan dekat Pak Lah Cafe, Scholar's Inn, tapi tadi tetibe berubah angin nak makan dekat Arked Kolej 9. Masa aku stay dekat Kolej 9 dulu aku suka sangat makan Nasi Hujan Panas kedai Mak Long. Cuma sedihnya dah lebih setahun aku tak tahu mana kedai tu pindah. Saper tahu tolong bagitahu aku. Sedap sangat, kenapalah semua kedai yang best-best cepat je chaw, yang tak best bolah pulak melekat lama kat situ.

Sampai kat Kolej 9 tadi lebih kurang pukul 12. Aku ambil lauk daging, ada dua jenis masakan daging satu masak kicap satu lagi aku tak tau. Ada juga sayur kerabu, aumm memang terangkat. I kan suka ulam-ulam ni dan aku ambil tomyam panas-panas lagi masa tu. Ok lah jugak masakan dekat sana dan harga pun bagi aku ok lah tak mahal sangat. Air pulak semestinya jagung seksi.(gambar takdek i lapar ok). 

Lepastu aku biasalah tekak nak makan aiskrim pulak. Biasa aku beli dekat kedai air yang sama dengan jagung seksi tu, alangkah bukan rezeki aku yileekkk aiskrim dalam esbok tu. Ok, berlalu dengan hampa dan kecewa. Time nak keluar dari arked nak pergi tunggu bas balik, i nampak lah ada kiosk jual waffle dan aiskrim. Ada juga rezeki aku walaupun yang ada cumalah aiskrim vanila sahaja. Kesian tapi habis jugak aku kerjakan aiskrim ni. 

Lepas dah membebel panjang-panjang, eloklah kiranya aku sajikan gambar aiskrim ni. Cehh, macam aku jer  sorang yang pernah makan vanila aiskrim ni kan.
 Kalau kon RM1.50, kalau cup RM2. Jenis aku tekak nak makan banyak ni elok ambil yang jenis cup. Tengoklah banyak tak banyak kalau nak dibandingkan guna kon aiskrim tu. Harga pun tak jauh beza.
 Ada pilihan nak taruk apa. Ikut suka hati la. Ada cornflakes, choc rice, coklat smarties , kekacang dan apa lagi aku lupa tapi boleh pilih satu je. Kalau nak tambah lagi kau kena tambah lagi tiga puluh sen. Aku kan kedekut , so bagi i choc urai sudah
 Kakaka.sempat.!
 Tolong. dia ni memang budak kuat makan. Sila hantar dia kemana-mana tempat makan yang best confirm semua dia bantai.
Akhirnya ada jugak gambar aku di Kolej 9 ini. Setahun aku menjadi penghuni di sini. Walau aku dah tinggal dekat kolej lain, tapi Kolej 9 tetap dihatiku. Cheeeewaaaaahhhhhhh

11.35 p.m ~ 3 Januari 2012...............................tapi aku nak publish hari ni.hahah.!

Thursday, January 3, 2013

Kenduri-Kendarat || Nasi Kerabu dan Ayam Bakar

Assalamualaikum

Majlis makan-makan di Sinaran Baru, Kempas. Sepupu i ni dah tak ada dekat Johor, sekarang dah pindah ke Lumut, Perak.Baru minggu lepas pindah sebab husband dia kena transfer dekat Maritim sana. Dah tak ada tempat aku nak berteduh lah lepas ni, saudara ramai di Johor tapi yang lain tu bujang. Yang ada family pulak belah Pasir Gudang, pak saudara kat Pontian so yang kat JB ni dah takda. Dah tak ada orang nak bawa i jalan-jalan lagi.=(

Sepupu sepapat.
Ini before majlis makan-makan, pergi makan dekat rumah orang dulu. Ada jemputan dari kawan kazen so petangnya dia balas pulak datang rumah kazen i.
Persiapan. Biasa-biasa je just untuk kenalan sepupu i.
Ayam BBQ. Aku dan Zurah punya kerja membakar.
Aksesori nasi kerabu. Keropok, Sambal Ikan + kelapa, Ulam-ulaman, Kuah, dan Budu
Air lada, Gulai Lemak Nangka, Ikan Kering, Nasi Kerabu biru, sate ayam cucuk-cucuk dan Mee Goreng
Kuih muih. Satu pun aku tak sempat rasa. Sedihnya. Punya mengidam nak makan. Redhalah, aku kan ibarat tuan rumah jugak. So,dahulukan tetamu. Hihi
Belakang tabir. Tak jumpa tetamu pun, dari petang sampai malam sibuk membakar diri.
Pinggan nasi kerabu di atas adalah pinggan aku. Nasi biru sold out. Maka, nasi putihlah penyudahnya di kala tengah malam. Tengah malam baru dapat makan ok. Punyalah ramai yang datang. Datang pulak jenis bersambung bukan datang sekaligus. Habis sakit urat aku.!
Para tetamu. Ini anak sepupu aku yang snap, aku kan kat belakang. Ini je yang elok yang lain haram semua snap main-main

Ohh, kazen i dah duk Perak teringin pulak rasa nak jalan-jalan sana. Lagi best dekat dengan Pulau Pangkor. Last aku pergi Lumut masa aku form 1 time tu kazen aku ni duk TLDM Lumut. Ada rezeki bolehlah pergi kan. Geram tengok dia post gambar dalam facebook, jalan-jalan Teluk Batik lah, pekena Char Kuey Teow lah. Tunggu, aku pasti datang. Insyaallah

Wednesday, January 2, 2013

Emo

Assalamualaikum

Tak ada mood sebenarnya. Lebih-lebih nak study benda fakta petang-petang macamni. Lagi-lagi hati aku tengah berkecamuk sebab aku ni kurang pandai. Huh, aku main bedal je exam tadi. Kenapala aku boleh silap formula. Hmm, nasi dah jadi bubur. Malas nak fikir. Apa jadi,jadilah. 
Aku ni jenis cepat sentap. Kenkadang aku boleh tahan dalam hati, kenkadang time tu jugak aku tak boleh tahan. Situ-situ pun aku boleh nangis. Tak padan dengan besar kan. Ini salah satu kejadian sentap sebab adik aku main gurau-gurau dengan aku time aku takde mood . Jangan tanya apa jadi, sebab semua yang terjadi bukan dalam kawalan aku. Dari ceria sesaat kendian aku jadi moody. Keadaan ini selalu terjadi, camana eh nak kawal. Aku pun tak faham diri aku. Cepat sangat berubah keadaan.

Sirih Pertunangan Bajet

Assalamualaikum

Bila dah plan lambat camnilah jadinya. Bagitau nak buat sirih junjung pun dah last minute. Bahan-bahan yang dikasi pun ini jer, so apa lagi nak cakap kan. Guna sajalah apa yang ada. Janji ada.!




Tuesday, January 1, 2013

26 Disember 2012

Assalamualaikum

Makanan yang dah selamat masuk perut aku. Hahai, miss u la kek and donut. Sedap .! Aku apa ajalah yang tak sedap kan. 

Haritu masa birthday aku, banjir.! Tapi, walaupun banjir makan-makan tetap adooo. Rumah i ni stok-stok orang nak mai makan tengah kelaparan ke apa mai jelah, sure ada makanan dan rezeki tuk korang. Banjir kan hari tu, tapi menu harijadi i tetap berjalan seperti sediakala. Mama buat nasi ayam dan laksa penang(Okeh takda gambar sebab banjir. tengah lapar pulak tu maka gambar-gambar ni tak perlu okey). Cuma bahan-bahan ulam dia lah tak lengkap sebab dah tak boleh pergi kedai, dah banjir. Nasi ayam pulak, sos dia tak sempat blend, tnb dah off elektrik. Maka, makan sajalah apa yang jadi. Sambutan menggalakkan, yelah semua lapar. Main air banjir ni lapar. Mana taknya sepagi semalam pergi angkat barang-barang dari atas sampai ke bawah rumah lepastu pergi menolong sedara-sedara pulak angkat barang-barang dorang. Tapi malangnya, petang tu i dah kena pindah ke pusat pemindahan so makanan-makanan tu kita kasi bungkus dan makan dekat sana. 

Plan awal nak sambut besaran jugak, tapi keadaan tak mengizinkan. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada. Semua ni pun dah cukup buat aku. Tetap ada yang ingat ulangtahun kelahiran aku. Dah besar-besar camni, aku tak kisah sangat nak sambut ke tak ke. Kalau ada ok, tak ada pun i ok je. Dari kecik kot memang birhday aku ni tak pernah miss buat makan-makan. Kenkadang segan orang datang ni besday sape ni. Dah besar panjang tapi buat majlis kalah adik-adik i. Opss, tapi mama still nak buat makan-makan jugak nanti. Aku tak kisah sebab bukan aku tukang masaknya.  I lagi suka dapat makan dap dap ni. 

SELAMAT TAHUN BARU 2013 PADA RAKAN BLOGGER SEMUA.