Tuesday, January 15, 2013

Shidah + Farid~The Wedding Reception

Assalamualaikum

Tempohari 12 Januari, aku dengan Wani dan Poya pergi Kuala Terengganu for my bff big day. Sorang-sorang kawan baik dah menamatkan zaman bujang. Tahniah weyy...Plan kitorang nak pergi balik hari jer. Awal-awal tu ingat nak pergi dengan bas dan stay rumah kawan but nasib baik Poya nak balik Kemaman dan aku menumpang dia la ke sana. Baliknya aku dan Wani naik bas la sebab esoknya Wani kerja. Kalau tidak boleh je lama-lama sikit dekat KT. :)

Insiden yang tak diingini berlaku pada pagi kejadian. Kereta Poya kena langgar dari arah belakang. Time tu dalam pukul 9 pagi dan memang nak gerak time tu nanti sampai KT dalam pukul 12 something. Pak cik yang langgar dia tu boleh pulak lari camtu jer nasib dia ambil no plat dan pergi report dekat balai polis. Tunggu punya tunggu dengan hantar kereta ke bengkel lagi, dalam pukul 11 lebih jugak kitorang gerak dari Kemaman. Lalu jalan biasa boleh tahan lah banyak kereta. Sampai bandar KT dalam pukul 2 petang and then pergi rumah sewa Poya dulu hantar adik dia yang study dekat UMT. Pukul 3 petang baru gerak ke rumah Shidah. Sampai sana dah tak ada orang sangat dah tapi takperlah sebab nak meraikan kawan baik punya hari bahagia kami tetap datang walau kejap je dapat ketemu sob sob.

Sampai-sampai je rumah Shidah isi perut dulu. Time ni pun pengantin pun tengah makan beradap.
Ni on the way ke rumah Shidah. Haha, main taram je aku letak gambo
Shidah yang gojes bersama encik abang di belakang. 
Hero Shidah..:)
Shidah and Chot. Kengkawan tidur sekatil dan makan sebekas semua ni dulu. Rindunya dolu-dolu

Moh ler layan gambar pengantin bersanding pulak.
Semua tak layan kamera aku, nak muka dalam kamera besar jer.haha
Tanteknya pasangan nih

Bawah ni banyak gambar candid sebab semua tak nak layan kamera aku. Maka kita layan abang photo-g jelah yerk.
We all semua from Kemaman. Kawan-kawan aku kat Kemaman secoek jer tu pasal aku banyak duk rumah jer. Semua duk jauh-jauh.
Dari kiri belakang : Sah (bakal tunangan orang), aku, Wani, Poya, Chot and D-d. Mek Soh adalah pengapit, cun tu.
Kasi can mereka berdua pulak
Ai windu korang semua. Cun melecuns dah uolls sekarang
Jarang-jarang dapat jumpa maka aktiviti bergambar perlu berjalan dengan lebih kerap.
Happynya meka.
Nak gerak dah time ni, jadi giliran aku ambil gambar bersama pengantin.
Okeh, lagi sekali
Wani punya turn
Poya pulak
Sebelum pulang bergambar dengan bakal tunangan orang pulak. Mek Soh yang cantik gojes giler sekarang.
Hamboi
Lagi sekali. Time camni jepun kalau dapat reunion pun.
Ambil berkat pengantin.Kikiki
Hantaran lelaki kepada perempuan. Cantik sangat uolls. Eksklusif..betul ke aku eja nih..huhu
Hantaran perempuan kepada lelaki. Ini je yang sempat aku snap.
Hiasan tempat makan beradap. Cantik sangat.
Thank you Shidah+Farid
Nak balik dah. Sekejap je pun dapat jumpa sebab i nak kejar flight pulak. Dang-dang je flight kan, padahal atas cakap naik bas..
Sweet pose from Poya
Sampai dah Stesen Bas Kuala Terengganu. Menggamit memori betul. Sambil tunggu bas sampai, jalan-jalan dan isi perut pulak. Padahal tadi baru je makan..piss. Order laici ais dulu
The goodies.
Makan yukk.
I order Mee Sup. Satu lagi tu Wani yang punya
Thumbs up ko. Makan belum lagi tu
Dari tempat kitorang makan. Atas tu ada jual pakaian dan macam-macam lagi lah. Ini lah port wajib aku tiap-tiap bulan time sekolah dulu nak balik kampung. After 15 tahun, aku naik bas lagi kat sini..Memori sangat.!
Naik bas SP BUMI, tempat paling belakang. Dah itu je ada, nama beli tiket last minute. haha
Ucapan Wani : Tahniah tuk Shidah dan pasangan. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Cepat-cepat dapat baby comel. Nanti aku kawen, kena mari ke Kuala Kemamang makang kepok leko.hahahaha

Ikhlas,
Wani.

Next si pengapit pulak. Teeheehee..jumpa lagi..:)

Saturday, January 12, 2013

Teaser : My Bestfriend Wedding || 12 January 2013

Assalamualaikum

Majlis Perkahwinan 
Norashidah Razaly & Farid Izwan

Tarikh : 12.1.2013
Lokasi : Kampung Che Hassan, Gelugor Kedai, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu

 Dekorasi bunga di pelamin yang sangat cantik. Suka lah dengan warna soft macamni, sejuk je mata memandang. Full picture dais ni nanti yer. 
 Ehem ehem. Sama cantik sama padan
Auww..very sweet.

Cerita penuh harap sabar menunggu ya. =)

Wednesday, January 9, 2013

Ini Pacat ke Lintah?

Assalamualaikum

Aku pun confuse ini pacat ke lintah. Nampak macam lebih kurang tapi orang-orang dekat rumah aku ni kata ni pacat. Kalau lintah dia kenyang pun tak jatuh jugak. Pada yang cerdik pandai cuba tengok ini pacat ke lintah. 

Eeiii..sumpah aku geli. Tapi sebab nak tanya orang ini pacat ke lintah maka aku terpaksa jugaklah snap dia ni. Petang semalam mama kena gigit di dia ni. Biasalah baru lepas banjir, tanah lembab tetibe je ada benda ni. Tak pernah-pernah pun sebelum ni.
Ini aku zoom dari picture kat atas tu. Ada kaki lagi. Bila aku google pacat dan lintah, gambaran dia lebih kurang jer, jadi aku pun tak tahu. Mungkin ini pacat yang sudah kekenyangan. Banyaknya darah dia hisap.
Tabur garam bagi dia mati. Lepas tu melecak-lecak darah dia keluar.
Tengok ni. Jadi tips di sini kalau nak pergi kawasan lembab-lembab ni sila lumur garam dulu sebadan. Haha. 

Tuesday, January 8, 2013

Dapat Hadiah Kamera CANON Powershot A2300 HD

Assalamualaikum
 Kamera baru. 16 Megapixels
 Kamera lama. 8 Megapixels.
  CANON Powershot A2300 HD

Kesian tak korang tengok keadaan kamera lama aku. Tak adalah lama sangat, aku agak dalam 3 tahun usia kamera ni, tapi aku kan dalam apa jua keadaan pun nak guna kamera (hujan + banjir + dalam air +makan +tangan berminyak dan macam-macam lah), sebab itulah kamera aku cepat sangat nak jahanam. Kamera digital pertama aku dulu dah arwah sebabnya jatuh terlepuk dan skrin dia crash habis terbagi dua dan memang tak dapat nak selamatkan lagi. Awal 2009 aku beli jangka hayat dia tak sampai 4 bulan pun. Sedih woo dah lah time tu harga kamera mahal tak macam sekarang harga kira ok2 lah. Yang pink ni elok lagi cuma tulah dia tak leh nak ON dah so aku tiap kali nak snap mesti pergi dekat bahagian nak tengok gambar tu. Nasib baik ada caranya, kalau tak aku dah anggap kamera aku ni dah arwah. Dua minggu lepas pulak time banjir yang tempat bateri dia patah. Maka selotep tulah penyelamatnya. Kuno sungguh cara aku. Takper, janji jalan. Nikon tetap di hatiku. Eeechewahhh..

CANON.
Dulu-dulu zaman pakai camera yang guna kodak tu CANON ni memang brand produk family aku. Banyak kot camera dulu-dulu tapi semua dah jahanam. Ada yang masih tinggal kitorang buat koleksi dalam laci. Haha, comel ok. Nanti kalau aku jumpa kat mana, aku kasi tunjuk. Zaman kecik-kecik itulah kamera yang digunakan untuk snap gambar aku. Huhu.

Adik aku kasi kamera ni. Aku tak tahu apa tujuan dia beli. Nak kata dia suka bergambar, sumpahlah tidak kan. Makanya dia kata ambillah, nanti ko guna jugak. Hikhik. Aku kan suka dapat barang free ni.

Antara gambar yang disnap oleh kamera CANON  Powershot A2300 HD ni. Aku tak edit just letak watermark je. Tengok cun ke tak.

 Comel tak saya?
 Mana 1 pilihan hati?
Sepupu aku. Nasiblah ko aku buh dalam ni.

Ok, cukuplah 3 keping dulu. Nak banyak-banyak nanti aku testing time my BFF kawin. Tak sabar nak jumpa kesayangan aku semua weekend ni.

 
source google. nasib comel je, senang aku nak bawa ke mana-mana.tapi tapi hasrat nak memiliki dslr tetap tidak aku lupakan. next mission ok or ada yang nak bagi kita tak? hahaha, i biasalah selalu menunggu durian jatuh ke riba. moga ada rezeki aku, kalau boleh nak beli dengan usaha sendiri. tapi kalau ada yang nak bagi aku terima jer. weh, sedar diri sikit kau ingat ko cantik orang nak kasi. yerp, ok aku mengerti maka ku simpan impian ini semoga ia benar-benar menjadi realiti. DSLR ohhh DSLR....amin amin.

***Ramai benar yang cari pasal TAUFAN SONAMU ni rupanya. Terkejut bila buka blog apehal ramai sangat visitor hari ni. Rupanya semua cari pasal TAUFAN SONAMU. Maaflah pada yang datang ke blog ni sebabnya aku tak bagi info pun, nasib baik aku ada bagi link, kalau tak mesti dah ada yang menyumpah aku kan.

Monday, January 7, 2013

Taufan Sonamu?

Assalamualaikum

Aku bangun pagi ni baru aku tahu pasal ni. Aku malas nak taip-taip sebab aku pun tak tahu menahu sangat, so korang boleh tengok SINI ok.

p/s: aku di pantai timur, lindungilah kami semua Ya Allah.

Saturday, January 5, 2013

5 Perkara Yang Aku Suka - Part 1

Assalamualaikum

Ini bukan segmen yer. Cuma, tetibe jer aku rasa nak bercerita tentang benda-benda yang aku suka. Ini kira random jelah yang aku terfikir time nak karang entry ni. Banyak lagi yang aku suka tunggulah part seterusnya. Hehe, macam artis lah pulak orang nak tahu kan. Padahalll tarak olang mau tau pun..pfttt

1-Kek
Aku suka kek. Bukan dari segi rasa jer, tapi aku suka tengok rupa kek tu. Setiap kali aku tengok kek aku mesti ada keinginan(dalam erti kata lain berangan sendiri) yang aku pun nak jadi macam orang yang pandai buat kek ni jugak. Kenapa, kenapa lah aku tak pandai. Cuba tengok dekat mana-mana kedai kek, even kek tu nampak very simple tapi tetap boleh memikat hati orang. Kalau yang design dia cantik bagai nak rak tu lagilah geram kan. Rasa tak sanggup je nak makan. Aku tak pernah tolak pelawaan orang kalau bagi kek dekat aku. Aku adalah orang yang sangat excited tetibe macam orang sawan tak pernah jumpa kek.

Cerita pasal kek banyak dalam blog aku nih, macam-macam. Meh clik sini.


2-Barang-barang hiasan (moden or english style)

Deko yang simple tapi cantik

Yang ini aku pun cukup pantang. Cuma satu jelah penghalang sekarang ni, fulus takda ma. Kena cecepat lah kerja kan, baru dapat beli dan off course dapat puaskan hati sendiri. Aku kalau sesak sangat pun kalau pergi memana cubalah jugak beli satu. Aku suka. Kalau daddy selalu cakap buat apalah beli benda ni semua, and then mama pulak back up, orang lelaki tahu apa kan nak berhias segala ni. Haha, sabar jelah kan. Tapi ok jer sebab my daddy pun orang yang pandai mengemas, lagi pandai susun-susun barang ni.

3-Barang kemas terutamanya emas

Kilauan emas ni memang jadi pujaan setiap perempuan lah kan. Dulu-dulu aku tak suka tau emas-emas segala ni. Ini emas ori ok, jangan ingat aku cakap emas celup. Haha. Zaman sekolah dulu aku suka silver, siap pakai rantai apa tah semua nak silver. Gelang tangan lah semua. Mama selalu cakap ruginya lah kau tak suka emas. Dulu mana reti nak menghargai emas ni ma. Sekarang emas dengan duit agak-agak mana yang korang pilih? Kalau aku off course dua-dua. Kikiki. Aku kan mata duitan. Tapi aku tak mampu lah nak beli emas lagi,sekarang pun masih mengharapkan ihsan duit mak ayah . Jadi kalau ada duit lebih tu silalah beli emas yer, pakai dan boleh simpan untuk kegunaan akan datang. Aku? Aku tunggu jelah kalau ada orang nak kasi.

4-Jalan-jalan


Aku ada dua sifat di mana satu keadaan aku akan suka jalan-jalan dan lagi satu keadaan aku akan tak suka untuk jalan-jalan. Sebenarnya ikut mood jugak, kalau angin aku tak ok sila jangan ajak aku pergi mana-mana, sebulan dua bulan sampai ke setahun aku boleh tinggal je tanpa pergi mana-mana. Maksud aku jalan-jalan ni bukan lah pergi travel jauh-jauh pun, kira macam kau keluar outing gitulah. Macam dekat rumah kalau kira jalan-jalan tu takat pergi bandar lah. Tapi aku ok je kalau tak pergi setahun pun. Tapi kalau sekali jer aku dah keluar, aku tak boleh stop. Mesti esoknya aku akan keluar dan keluar lagi. 

5-Tudung

picture from JelitaSARA

Aku memang obses sangat dengan tudung-tudung segala ni like shawl,tudung segera, bawal dan apa-apa lah. Cuma aku ni suka membeli, tapi yang aku pakai yang aku suka jer. Dalam laci aku berlambak tudung, tapi semua tu buat perhiasan je. Aku suka tengok design dia yang cantik, tapi bila beli dan pakai aku rasa tak selesa, maka tempat dia dalam laci jelah. Yang aku pakai jer aku taruk gantung dekat luar. Dulu-dulu kan pakai tudung bawal camtu, aku banyak lah tudung camtu. Ada pernah kawan tegur aku ni jual tudung ke sebab dia selalu tengok aku pakai tudung cantik-cantik. Haha, nak tergelak pun ada jadi aku balas balik yer memang aku jual tudung. Ok, dia percaya tapi lepas tu aku gelak-gelak , jadi manalah dia nak percaya kan. Boleh pulak dia tanya soalan macam tu kan. Kalaulah aku tokey tudung best jugak, teringin gak nak jual tudung ni. 

Hah, tu jelah kot setakat ni. Ini belum masuk part makan-makan, lagi panjang berjela aku karang.