Wednesday, February 29, 2012

Untukmu Kawan : Terima Kasih untuk Setiap Waktu yang Diberikan...

Assalamualaikum

Beberapa hari ini i beremosi sikit..Yelah, sebab dalam beberapa hari ini jugak i spend time bersama kawan-kawan yang sangat-sangat i rindukan selama ini...Tak tahu nak gambarkan perasaan itu macammana, kerana di saat i menaip entry ini pun, air mata i turut mengalir laju...Susahnya menjadi insan yang senang tersentuh jiwa ni..
google image

Ya Allah, di saat mereka memeluk dan menciumku, i memang sangat-sangat terharu...Mereka menangis untuk orang seperti i...Sepertimana mereka turut memelukku dengan erat, sedetik itu jugak i memang tidak dapat menahan apa yang terbuku di hati ni..Sumpah, i sangat merindui masa lalu...sangat merindukan jalinan persahabatan yang dulu...

Kini, i ingin kembali menjadi diri yang dulu...Seorang yang sangat ceria, seorang yang sangat peramah, seorang yang boleh dikatakan suka melawak, seorang yang kelam kabut yang sering membuatkan rakan-rakan tertawa..Sememangnya apa yang diperolehi sekarang ini telah mangajar untuk diri i menghargai setiap perkara...Mengajar untuk menghargai kesempatan yang ada..I tak akan mudah lemah lagi, itu yang i harapkan sangat buat detik waktu ini juga seterusnya...

Terima kasih kawan kerana tanpa anda semua i tak akan menjadi setabah ini untuk mengharungi ranjau kehidupan ...Anda semua adalah penyokong terhebat selepas family i...Tiada kata yang boleh i ungkapkan melainkan terima kasih kerana tak henti-henti menyokong...I tak sangka anda semua akan melayan i sebegitu baik..Anda semua buat i merasa diri ini sangat berharga berada dalam kalangan kalian...

TERIMA KASIH...
INSYAALLAH KALI INI ADALAH KENANGAN TERAKHIR KITA SEMUA...
Semoga memori dan kenangan kali ini akan tersemat di hati dan sanubari masing-masing....

I LOVE U ALL....FRIENDSHIP NEVER ENDS

Perkongsian : Untuk Wanita, Wanita yang bergelar Isteri dan juga Wanita yang bakal bergelar Isteri


Assalamulaikum....

Petang ni i nak berkongsi satu kisah yang mana i sendiri tak pasti dari mana sumbernya..tapi kisah ni memang dah tersebar luas di alam maya ini...Apa kata lapangkan dada, hayati dan renungkan kisah ini..Semoga kita semua beroleh pengajaran dari kisah yang diceritakan ini...

Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,” 

Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.“Keluar lendir bercampur nanah.

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. 

Arifin menyambung ceritanya;Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. 

Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.Dia minta saya maafkan.

”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. 

Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. 

Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

Wordless Wednesday : Friendship


Monday, February 27, 2012

1 Hari 1 Resepi dalam Genggamanku..!!!

Assalamualaikum..


Sukanya i dapat beli buku resepi ni..tak sabar nak kecahkan dapur kat rumah...

***sorry, quick update from me, tomorrow have class at 8 a.m...
nanti errah ada masa errah bw yer..no worries k, i will go to ur blog...

GOOD NIGHT EVERYONE...
mau mengembara ke alam mimpi dulu..
(^-^)

Cantiknya Ana Raffali..!!!

Assalamualaikum...

Hye semua..dah breakfast ker..???mesti dah makan sedap-sedap kan...actually i belum breakfast lagi..very the lapar maa...oheyyy...

Jom pagi-pagi ni i sajikan anda-anda semua dengan kecantikan Ana Raffali ni during her solemnization day...Even I tertinggal bas, but i nak kongsikan jugak pasal Ana Raffali...Dulu pernah ingin ketemu Ana semasa dia datang ke JB, but tidak berkesempatan lah...Sempat jumpa Uncle Sohaimi Mior Hasan jer..hye uncle..ingat i lagi tak???..dua kali kot kita pernah ketemu...(macam la uncle sohaimi nak baca blog i kan)..hehe...u know what. suara dia memang best la..borak biasa-biasa pun suara dia memang sedap...Malangnya, the pictures all gone..=(
Ana Raffali...she's so pretty...
 credited pictures to RotiKaya
 Manis dan ayu bertudung..Thumbs up..
Love her personality..tak ada angin ribut tiba-tiba dah kahwin...=)
credited pictures to Ministry of Moment

Sedikit cerita perkenalan mereka...
Source:Gua.Com

Selepas menyulam kasih selama tujuh tahun, hubungan cinta yang dibina penyanyi Ana Raffali dengan pengurusnya Ahmad Aznaim Abdullah akhirnya dimeterai dengan ikatan suci perkahwinan. Pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz, di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, jam 11.55 pagi tadi.



Ana yang berwalikan sendiri oleh bapanya, Mohd Raffali Mohd Nor menerima mas kahwin sebanyak RM 11, 412. Sebelum majlis akad nikah, Ana terlebih dahulu melangsungkan majlis pertunangan jam 11.20 pagi.

"Masa nampak Naim datang dengan segak berbaju Melayu, saya rasa macam tak percaya dah nak jadi isteri orang. Mula-mula rasa berdebar, tapi syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan saya rasa gembira sangat dapat kahwin dengan kawan baik sendiri," ujar Ana ketika ditemui sejurus selesai akad nikah.

Naim yang berada di sisi Ana pula berkata, "Syukur, Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya dah jadi suami Ana. Sebelum akad nikah, saya rasa berdebar sangat, namun lepas itu, saya rasa lega, Alhamdulillah.

"Saya bersyukur kerana majlis pernikahan kami berjalan lancar. Terima kasih kepada Ana sebab menerima lamaran saya. Saya berjanji akan menyayangi dia sepenuh hati dan menjaganya dengan sebaik mungkin."



Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Ana memberitahu, "Saya kenal Naim sebelum saya menjejakkan diri dalam industri muzik lagi. Sejak itu, hubungan kami bertambah rapat dan kami mula menyulam kasih. Alhamdulillah, dia dah jadi suami saya sekarang," ujar Ana mengakui tidak menyangka akan menamatkan zaman bujangnya dengan kawan baik sendiri.

Pada majlis akad nikah tersebut, Ana menerima tujuh dulang hantaran antaranya gelang tangan, mas kahwin, telekung, wangian Mont Blanc, coklat, sirih junjung dan pulut semangat. Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang berupa sebentuk cincin, sirih junjung, jam tangan jenama Stuhrling dan wangian Lacoste, iPad2, kamera, dompet Hard Graft, kek, buah-buahan dan bunga rampai.


credited pictures to Gua.Com

Apabila ditanya mengenai simbolik angka mas kahwin, 11412, Ana memberitahu, "Itu merupakan gabungan tarikh lahir kami berdua. Saya lahir 14 November manakala Naim, 24 Februari," ujar Ana yang ayu dengan persalinan kurung moden berwarna kelabu, rekaan Ezuwan Ismail.



Menyentuh mengenai lokasi bulan madu dan perancangan mereka untuk menimang cahaya mata, Ana sambil tersenyum memberitahu, "Kami akan cuti-cuti Malaysia. Kami mengambil cuti selama dua minggu dan tempoh itu kami akan gunakannnya untuk berbulan madu di beberapa buah negeri seperti Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan. Dalam masa yang sama juga, kami akan melawat sanak-saudara kami di sana. Mengenai anak, itu semua terletak pada rezeki. Kalau boleh kami nak keluarga yang besar sebab keluarga saya sendiri mempunyai bilangan ahli yang besar."

Selepas majlis akad nikah, pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi khas di perkarangan Masjid Al-Hidayah. Antara penggiat seni yang hadir ialah Datuk Yusof Haslam, komposer, Aidit Alfian, Ramli Sarip, Jaclyn Victor dan ramai lagi.



Tahniah ANA RAFFALI dan NAIM...Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

Don't Judge Me by My Past, I don't Live There Anymore


Saturday, February 25, 2012

Rindu Euphorbia Milii

Assalamualaikum....

Petang-petang macam ni kalau i berada di rumah tentulah i akan menghabiskan masa i dengan pokok-pokok bunga kesayangan, sayur-sayuran dan juga tanaman yang lain...I sangat ketagih tau dengan keindahan pokok-pokok bunga ni...Orang akan tengok i dengan pelik bila i tenung dan belek lama-lama satu persatu pokok bunga di rumah i...Mesti dalam hati mereka gila ke apa budak ni duk bercakap dan tenung bunga lama-lama...

But, peduli apa i...Dah hobi i dan i memang sangat teliti dalam penjagaan pokok-pokok bunga ni...Jika ada pokok bunga i yang makan di ulat or apa-apa yang buat pokok bunga i cacat, aishh macam tak ada makna dah rasa hidup ni...Mulalah i bising-bising dan susah payah alih satu persatu pasu-pasu tu...even dalam hujan sekalipun...See, how's the flowers mean a lot to me...
Rindunya i dengan bunga-bunga ni semua..

I dan mama berkongsi hobi yang sama...Memang setiap minggu ada sahaja pasu bunga yang dibeli..dan pokok bunga terbaru pula itu urusan mama...dia pergi lah rumah kawan-kawan dia, balik kerja penuh plastik pokok bunga yang nak ditanam...sampaikan tak cukup pasu, mama main cucuk je dengan pokok lain...Sikap i, i akan cabut balik pokok tu dan cuba cari pasu yang lain...I tak sukalah satu pasu bercampur dengan pelbagai pokok bunga...1 pasu untuk 1 jenis bunga lah kan...1 pots 1 flower...
Bagi yang tak tahu nama pokok bunga ni, i nak bagitahu ni...Bunga ni bernama Euphorbia Milii...atau nama kampungnya i panggil pokok bunga duri-duri..=)
Euphorbia Milii spesies lain ni..Sebab warna bunga dan tekstur daun berbeza..Bunganya berwarna kuning cair dan bersaiz kecil manakala daunnya panjang ...

I suka yang ni...Sebab melangut tinggi dan tak menghampakan i kerna ia selalu berbunga..pandai ambil hati tuan dia~Warna bunga ni merah dan sedikit hijau tapi dalam gambar nampak warna pink plak...
I rindu u tau..kalau i di rumah ni pasti i segarkan badan u....
Spesies yang paling banyak di rumah i...Kata orang-orang tua, tanam pokok berduri ni bagus untuk elakkan benda tak baik contohnya ular ..Tapi, dah rumah tepi sungai, sentiasa ada saja mr snake tu...

Euphorbia Milii...I tau ramai yang tanam pokok bunga ni..Pertamanya mestilah sebab bunganya yang sejambak-sejambak mekar dan cantik ni kan..dan ia sangat mudah untuk dijaga...But make sure jangan bagi pokok bunga ni air yang berlebihan..Biasalah pokok berduri ni tahan macam kaktus tu di tengah panas...Kalau terlebih air nanti batang pokok ni mengecut dan akhirnya akan mati...Sedih tau bila dah bertahun-tahun jaga tapi kerana hujan yang sangat lebat dan tak sempat nak alihkan ke tempat berbumbung, ia pergi begitu saja...Kalau y'alls suka berkebun macam i, pasti tahu macammana perasaan tu...

***miss my home, miss my gardening activity..=(

Baucar Buku 1 Malaysia dah dapat...!!!!..Let's Go Shopping

Assalamualaikum...

Hello hello..Lambat sikit i bersiaran hari ni...maklumlah time weekend, bangun pun maunya lambat...haha..eh, idokk ler, i pagi-pagi lagi dah bangun, kemas-kemas bilik sikit, hembus habuk-habuk sampai licin, angkut bakul baju pergi washing machine...tunggu 1 jam baru siapppp...nampak tak rajinnya lahai...pakai washing machine tu kira rajin la, rajin menggunakan teknologi yang ada..ye tak???

Ok, sekarang i ada dekat library lagi..bersama-sama Farihah dan Kak Na...sambil-sambil cari bahan sambil-sambil update belog...tapi nampak gayanya peratusan blog lagi tinggi menggunung...apa yang dicari belum jumpa sebab tu merewang jauh ke blogspot...duduk termenung sebentar kerana sepatutnya i ke library fakulti coz apa yang hendak dicari banyak di sana...tapi ini hari weekend, mana nak buka...!!!!

So, i nak war-warkan di sini yang i dah dapat baucar buku 1 Malaysia...kebanyakan student ramai dah yang dapat kan, jadi jangan lah anggap cerita i ni cerita basi..Masih fresh lagi ok coz i baru dapat Hari Selasa ...
Jeng jeng jeng...Duta Baucar Buku 1 Malaysia...***mata ke atas, tangan ke dada
Ada yang pernah tanya i, i ni student mana..so, di sini dengan bangganya nak bagitahu i merupakan student UTM rimbun bernaung...
Baucar bernilai RM200 dengan 4 keping baucar yang setiap satunya bernilai RM50...
Can u see my name??? boleh bayang tak betapa panjangnya nama i tu...tu belum nama abah lagi..!!!
Baucar ni sah sebulan lagi...Tak sabar nak habiskan di Pesta Buku UTM minggu depan
Jom shopping buku...=)

Serius i bukan orang yang suka menghabiskan duit ke arah buku-buku serta bahan bacaan berilimiah sebab i bukan ulat buku...tapi bila dah dapat baucar free ni, i seharusnya bijak memilih bahan bacaan yang bermanfaat dan boleh digunakan pada masa akan datang juga..

Nak tahu apa yang i beli..???
Stay tuned to next entry...

***sejuknya duk dalam air-cond ni....

Friday, February 24, 2012

Jom Naikkan Trafik Blog!

Assalamualaikum...

Oleh kerana i masih di PSZ yang tersergam indah ini, jadi i tak tahu nak buat entry apa..I ke sini tak bawa my lovely lappy pun, kalau i bawa bolehlah i cerita pasal apa yang i buat a few days ago..Jadi, dengan masa yang ada before i pulang ke bilik kesayangan sebentar lagi, i nak join segmen from Mak Dara ni...

First sekali mestilah buat entry seperti tajuk entry i di atas...Lepas tu, kata Mak Dara, u kenalah tepekkan banner ni...
Kelik kelik lah yer..

Lepas tu, y'alls mesti cerita lah sikit about your blog...if nak tau lebih lanjut, silalah pergi ke blog archieve yer..hehe..dekat situ semua ada...pilihlah mana satu yang berkenan..=)

Oke. siap sudah...tarikh segmen ni sampai malam ni jer tau..so, kalau nak join cepat-cepatlah yer..inilah masanya untuk mencari kenalan seterusnya menaikkan trafik blog anda...

Thanks again to Mak Dara yang rajin nak buat segmen ni...Hugs u...

***masa untuk pulang ke kamar, udah Mahgrib..

Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah

Assalamualaikum

Hari ini i nak join giveaway lagi...wuu..bahagia sikit sebab dapat online laju-laju...nak tahu i kat mana sekarang..???..mestilah di PSZ tercinta..disebabkan urusan i masih tak settle lagi, jadi secara tak langsung kaki i bergerak ke sini..maklumlah fakulti dan PSZ sangat dekat...ni gara-gara faculty ofis yang buat kesilapan, ada ker dia tulis i ni budak arkitek..huhu..nom nom nom..jauh panggang dari api, sipi-sipi tu adalah...:p

Back to our topic, i join giveaway from Miss Wawa Abdullah
Click banner di atas

Bestnyer, dia pergi Korea lah..So, hadiahnye pun semestinya from Korea ..
Jom tengok apa yang Miss Wawa sediakan....

Pertama :
Face mask from The FaceShop Korea
Fridge Magnet Korea
Keychain Korea
Chopstick
Uncang Cute.

Kedua :
Face mask from The FaceShop Korea
Fridge Magnet Korea
Keychain Korea
Chopstick

Ketiga :
Face mask from The Etude Korea
Fridge Magnet Korea
Keychain Korea
Chopstick

Due datenya 15 Mac 2012 tepat pukul 12 tengah malam

Sangat menarik bukan???
So, apa lagi..jom la join beramai-ramai...