Wednesday, February 22, 2012

Denda Berlengan Pendek


Assalamualaikum....


KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),, semalam.
Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.

Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.

Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).

Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu.


BUAT RENUNGAN SEMUA...

Yang baik jadikan teladan, yang buruk itu jadikan sempadan....

4 comments:

  1. eh.. bagus yek.. lengan pendek pun tak boleh kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..errah pon baru tau kelantan dah kuatkuasakan undang2 ni..tapi baguslah kan, at least dapat mendidik rakyat muslim

      Delete
  2. wahhh...kelantan dah kuatkuasakan erk tak boleh berlengan pendek...nanti balik kelantan, tak jumpa dah lah yang berlengan pendek...hehe

    p/s: salam singgah dari kak ayu...thanks jengok2 blog kak ayu tinggal jejak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ayu, suka tgok both damias yang pandai posing tu...
      kak ayu org kelantan ker..??

      Delete

Thanks for Comment