Assalamualaikum
Kehidupan sebagai anak kampung memang banyak mengajar kitorang untuk lebih menghargai alam sekeliling. Menanam sayur, menanam pokok buah-buahan, menanam pokok hiasan sememangnya sudah menjadi kebiasaan sejak zaman nenek moyang lagi.
Sayur Kangkung yang ditanam di atas batas kebun tepi rumah.
Masa tabur biji benih masa tu dekat nak puasa, bila dah mula berpuasa semua malas nak turun ke kebun. Just sesekali. Siram pun tak sebabnya selalu hujan.
Jadinya, daun kangkung ni tak gemuk seperti kebiasaan kitorang belai cukup-cukup bagi baja dan buang pokok-pokok kecil yang tumbuh di sekitar
Nampak tu kitorang da petik sikit untuk masak time dinner. Ada 2 row yang panjang. Lagi satu kami tanam lobak putih. Tapi lobak ni tahulah sensitif sikit kalau tak jaga betul-betul. Daun lobak tu mulalah berlubang-lubang tak cukup khasiat.
Rumah i pagar kebun ni belum siap lagi kalau tidak habislah mama dan i akan tanam pelbagai jenis pokok. OHH, buah rambutan gula batu mula berbunga. Tak sabar nak makan.