Sunday, January 29, 2012

Anugerah Juara Lagu ke 26 / 29 Januari 2012

Assalamualaikum


Seingat i dah bertahun-tahun i tak tengok Anugerah Juara Lagu ni..Last tengok betul-betul rasanya time form 2 ke form 3 camtulah...Dulu AJL ni antara rancangan hiburan yang paling popularlah bagi i sebab time tu semua orang tak mampu nak pakai astro lagi...Lepas masing-masing dah guna astro, pelbagai program realiti hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan...dan AJL ni adalah salah satu program hiburan yang i lupakan..memang tak tengok dan tak pernah nak ambil tahu pun bila AJL ni berlangsung....

Zaman kecik-kecik dulu best sangat tengok AJL ni, tonton ramai-ramai dengan family, mak sedara, pak sedara, sepupu, dua pupu juga kupu-kupu...=) Ingat lagi bila nak start je, semua  bising-bising berkumpul ramai-ramai depan tv..time tu AJL zaman Siti Nurhaliza..memang happening sangat...!!! Sekarang tengok pun sorang-sorang je, tak pun berdua, bertiga, berempat... dah tak meriah macam dulu, penuh rumah tokwan tengok AJL ni..

Tahun ni i terlihat iklan di tv dan of course lah i tahu bila AJL ni ke udara...Maybe tengok kot malam ni... I nak lagu Beribu Sesalan yang jadi juara malam ni..Boleh tak?? Hehe,,,i suka sangat lagu ni..first time dengar lagu ni time drama ANNISA..memang boleh buat kering air mata...berjujuran air mata keluar ibarat hujan lebat...

Antara finalis-finalis yang akan beraksi malam ni

1. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
2. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
3. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
4. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
8. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
9. Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
11. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)


Agak-agak siapa yang bakal dinobatkan juara AJL yer..???

5 comments:

  1. dulu zaman zaman xde astro,rancangan yang ginilah yang jadi penghibur hati... hehe :)

    ReplyDelete
  2. liyana; aah,saingan sengit

    mr clive: betul tu..sekarang dah terlebih banyak,sampai yang lama dilupakan..

    ReplyDelete
  3. Hafiz yang menang..

    p/s : Tq so much Errah sebab beritahu nama pokok bunga tu.. Susah juga nama dia..euphorbia mili. Errah stay kolej mana?

    ReplyDelete
  4. hafiz menang..suka tengok dia..sempoi giler..

    nama pokok tu errah jumpa masa kat library..errah mmg peminat tegar bunga..suka sangat2..stay k9

    ReplyDelete

Thanks for Comment