Sunday, January 29, 2012

Terkena Game Tag ..Jom Jawab dan Tanya

Assalamualaikum

Hari Jumaat hari tu i telah ditag oleh Liyana untuk menjawab beberapa soalan tentang diri i ni..Ada 11 soalan yang perlu i jawab ..nasiblah bukan soalan add math kan...hehehe
First and foremost, mesti cerita tentang diri i dulu

# anak sulung
# punya 1 adik lelaki dan 1 adik perempuan
# sangat suka berkebun especially menanam pokok bunga dan my feveret encik tebu
# suka makan kek, coklat dan aiskrim
# sangat mudah untuk menangis
# sukakan kanak-kanak
# very sensitive person
# love shopping
# love traveling
# love d.i.y

Ok, sekarang dengan senang hatinya i nak bagi jawapan kepada pertanyaan Liyana ni..

Tinggal kat mana?
Di sebuah daerah yang kaya dengan sumber petrolium..

Kerja atau belajar lagi?
Belajar

Nama universiti korang?
UTM rimbun bernaung

Dah kahwin atau belum?
Not yet..

Tempat pelacongan yang korang nak sangat pergi?
Banyak sangat tempat i nak pergi..Salah satunya Maldives..if dalam negara i nak ke Pulau Perhentian, tak pun pulau-pulau yang ada di Sabah...

Benda yang korang paling sayang?
 My gold bracelet..gold ring and necklace..

Dah berapa lama berblogging?
Dah buat blog since 2009..but baru berblog sejak 2011..

Tarikh besday korang?
Kembar dengan tsunami..26 Disember..

Apa aktiviti masa cuti?
I love gardening yaww...n love  to do the creative things..

Makanan favourite?
Nasi ayam, Nasi ayam Penyet, Bakso, Yong TauFU,Laksa Penang, Tom yam, Paprik, Kuey Teow, Sate,KFC, McD, and many2 more..Tak cukup nak list dekat sini sebab i memang suka makan.

Comment tentang blog saya?
nak cakap yang blog yana ni misteri..sebab apa..sebab i tak pernah lagi tengok yana ni..hee..

Soalan Errah pulak ialah
  1. Nama panggilan anda ?
  2. Nama blog anda dan kenapa namanya sedemikian?
  3. Sejak bila anda aktif berblogging?
  4. Perkara yang anda selalu berkongsi ketika berblogging?
  5. Apa perkataan yang anda suka sebut?
  6. Di manakah tempat anda selalu manghabiskan masa?
  7. Destinasi percutian manakah di dalam negara yang anda rasakan sangat menarik?
  8. Dessert apa yang paling anda suka makan?
  9. Apakah makanan yang paling sedap anda pernah buat?
  10. Dekat mana makanan paling sedap yang pernah anda makan?
  11. Akhir sekali, boleh tak beri cadangan or pandangan yang boleh memperbaiki serta menambah baik lagi blog errah najwa ini.
Susah jugak nak buat soalan ni yer..tapi lagi susah nak pilih 11 orang blogger untuk sesi tag mengetag ni..sorry yer kalau tak suka errah tag anda-anda semua..

Inilah mereka-mereka yang bertuah

3 comments:

  1. Salam.
    Hi Errah.. Terima kasih sebab linkkan blog Kak Nur. Belajar di UTM ye.. Akak pun dulu belajar kat sini. :)

    ReplyDelete
  2. liyana: u r welcome..

    nur-nba : aah,di UTM sanjungan bangsa..hehe

    ReplyDelete

Thanks for Comment