Tuesday, September 4, 2012

Hidangan Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

Assalamualaikum


Minggu lepas adalah buat makan-makan sikit kan untuk meraikan saudara mara dan rakan-rakan terdekat. Memang begini setiap tahun cuma tahun ni buat kecil-kecilan saja. Biasa menu utama berasaskan nasi tapi tahun ni tukar pula buat berasaskan laksa semuanya.
 Menu utama semestinya Laksa Penang. Makan dengan keropok sangat sedap sebab rasa ikan keropok menambah keenakan kuah laksa penang ini.

Mari kita tengok gambar close up laksa penang di atas
 Laksa bahan wajib untuk Laksa Penang ni kan. Mama i biasa beli Cap Silat sebab laksanya cantik dan tidak melekat. 
 Aksesori Laksa Penang. Ada timun batang, nanas, kobis, daun salad yang beropol-ropol tu dan hirisan bawang.
 Telur Rebus. Ini pun mesti ada kalau tidak pasti tak lengkap rasanya.
 Keropok Keping. Memang enak sekali
 Jeruk Lada bagi kaw-kaw gitu. Tapi sayang kali ni lada ni tak berapa pedas.
 Kuah Laksa Penang. Kalau masakan berkuah ni bahan lain tak risau sangat, tapi kuah ni kenalah betul-betul sedap barulah best nak makan kan.
 Mee Hoon Goreng
 Kita tambahkan aksesori baru ada umphh
 Bubur Kacang. Ada lebih i buat aiskrim. Sedapnya
 Tapai pulut pun buat jugak. Buat 2 hari sebelum open house ni
 Air pula just buat Air Oren Sunquick
Dan Teh O Panas

Simple je kan juadahnya. Tak buatlah nasi minyak nasi beriani semua sebab family i semua bekerja. Yang tinggal di rumah i jer sorang-sorang. Orang yang datang semua tanya sempat ke buat. Lagipun hari tu hari Khamis hari orang bekerja. Sempatlah sebab i kan assistant chef di rumah. Hehe, mama dah buat kuah siap-siap malam rumah terbuka yang simple-simple semua i yang siapkan. Okla tuh kan, mana boleh lawan tokey Laksa Penang ni kan.

10 comments:

  1. laksa penang memang superb la.. hadoi.. mana la saya nak pergi carik ni.haha

    ReplyDelete
  2. laksa tu..sedappp....

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. aah..errah pun suka sebab tu sellau gak buat laksa penang ni

      Delete
  4. selera didiey tgk laksa tu...nyum3!!

    ReplyDelete
  5. good Idea sbb kekdg dia org dah makan berat dirumah open haus org lain jadi yg ni not bad

    ReplyDelete

Thanks for Comment