Friday, September 21, 2012

Mangsa Sambar Petir Itu Sepupuku, Alhamdulillah Dia Selamat.

Assalamualaikum

Seriously, i tak tahu sangat cerita ni. But, malam kejadian ada la mama call dan mesej. Tak silap malam tu i tidur awal bila bangun pagi jer baru lah tengok berpuluh miss call dan mesej. Hihi, i kalau tidur jangan harap i akan sedar. 

Sebab i tak tahu sangat alkisahnya, marilah kita baca apa yang newspaper @Sinar Harian ni tulis(kalau i cerita dari cerita mama i takut i ni terfaham tang lain, so tengok dari sumber ni lah ek). I terperasan jugak ada yang cerita pasal ni kerana ada berlegar-legar di busuk.org atas ni. I tengok macam kenal, so bacalah dan terus baca lagi.
Aniq Syazwan sepupu paling bongsu belah my mom

CHUKAI – “Waktu itu saya sedang caj telefon bimbit dan letakkannya atas paha sambil tangan diletakkan atas telefon itu namun tak semena-mena saya rasakan terkena renjatan elektrik lalu saya yang berada di atas katil dalam bilik tidur tercampak di tepi dinding dengan badan kaku serta kejang,” kata Aniq Syazwan Abu Bakar, 16.

Aniq Syazwan nyaris maut akibat panahan petir menyambar wayar elektrik hingga menyebabkan dia terkena renjatan dalam kejadian ketika hujan lebat dan kilat sambar menyambar kira-kira jam 8.12 malam di rumahnya di Taman Mawar 2, Jalan Tempurung, dekat sini, tiga hari lalu.Pelajar tingkatan empat ini yang masih sedarkan diri sejurus renjatan itu hanya mampu membuka mata dan melihat kedua-dua tangannya bertukar menjadi biru kehitaman sebelum tidak sedarkan diri ketika kedua ibu bapanya memasuki bilik tidurnya.“Semasa terkena renjatan itu saya lihat cahaya menyambar tangan lantas saya tercampak ke tepi dinding. Kejadian ini buatkan saya trauma dan serik untuk memegang telefon bimbit lagi semasa petir atau kilat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, bapa Aniq Syazwan yang juga kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman, Abu Bakar Abdullah, 55, berkata, semasa kejadian dia sedang berwirid di ruang solat di rumahnya sebelum terdengar bunyi ‘prakkk’ lalu bekalan elektrik terpadam sebelum terdengar sayup-sayup anak bongsunya daripada lima beradik itu meraung kesakitan.“Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan menuju ke bilik adik (nama panggilan untuk Aniq).

“Bila masuk ke biliknya, saya suruhnya mengucap kerana sangkakan keadaannya sudah tenat tapi Alhamdulillah waktu saya masuk ke dalam biliknya bersama isteri, Pasiah Hamzah, 51, dia masih sedarkan diri tetapi badannya kejang seperti robot sebelum kami menghantarnya ke Hospital Kemaman,” katanya sambil menganggap kejadian berkenaan satu keajaiban dan kebesaran Allah SWT kerana anaknya masih selamat.Difahamkan akibat panahan petir itu, televisyen dan mentol di rumah dua jiran mereka turut meletup. Aniq Syazwan ditahan dalam wad selama dua hari kerana dikhuatiri kesan arus elektrik boleh memudaratkan otak dan jantungnya sebelum dibenarkan pulang petang kelmarin.

Alhamdulillah, tiada perkara buruk yang berlaku. Dengar kata ada superpower ek? Hehehe :)

autopublish entry : tengah kelas studio ni, kerja banyak maa...uwaaarghhhhh...!!!

6 comments:

  1. alhamdulillah dia selamat..bahaya betul guna elektrik time petir ni kan...

    ReplyDelete
  2. bahaya nyer..nasib baik spupu awk selamat..

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulillah dia tak apa-apa. Bahye ek kalo cas tepon masa ribut petir. Sebelum pernah dgr, tapi tak amik serius pun. Now dah ada bukti lagi jelas, tak berani la... *kita dah masukkan awak dlm bloglist kita. :) Supaya tak terlepas pandang kalo awk update.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah... bahaya jugak yer... kne beringatlh lps ni...

    ReplyDelete
  5. nasib baik xde pekara serius yg berlaku...

    ReplyDelete

Thanks for Comment