Wednesday, August 15, 2012

Biskut Cinta Buah-Buahan Campuran / Love Fruits Cookies

Assalamualaikum

Kuih atau biskut raya ni semua buat yang senang-senang jer. Ingat nak buatlah Almond London, tapi mama i cakap beli jelah. Sebab dah malas nak main tepung tepung gandum segala ni. Tapi i cakap lagi dekat mama, tak payah beli lah sebab sebelah rumah dah buat Almond London, jadi kita pi beraya nanti makan jelah kuih dorang. Haha, jimat di situ.!

 Buah-buahan la sangat kan. Sebab kurma yang ada banyak lagi jadi taruklah dalam adunan biskut ni. Guna ceri merah dan ceri hijau dan kurma yang dipotong kecil dadu-dadu.
 Sebab letak pewarna merah, jadi i putuskan nak terap/tekap biskut ini dengan acuan menerap biskut bentuk  LOVE IS CINTA
 Gatal tangan sapu kuning telur atas permukaan biskut buah ni. Konon nak nampak effect berkilat. Tapi, tak jadi sebab alat nak sapu tu tak beli so guna belakang sudu jer.
 Jadilah tompok-tompok macam ni selepas dibakar dalam OVEN PENSONIC dengan suhu 200 darjah celcius selama 15 minit
 I suka dengan rasa manis dan masam biskut buah ni. Ini antara biskut yang i paling suka kalau nak banding dengan Biskut DAHLIA ni. Kuih raya paling i minat mestilah Almond London, Cornflakes Bermadu dan Tart Nenas(tak kira lah gulung ke or guna acuan terap, janji inti nanas tu ada).
Bawah ni Biskut Coklat Urai. Tak berniat pun nak buat sebab ingat coklat urai ni nanti nak buat kek coklat tapi memandangkan PLANTA ada lagi sikit, jadi habiskan terus dengan adunan Biskut Coklat Urai ni.

Teringin nak buat CHOCOLATE CHIP COOKIES..........!!!Lepas raya lah buat, sekarang macam malas dah.=)

7 comments:

  1. Wahhh, pinky!byk dah biskut errah.:-)

    ReplyDelete
  2. wah..meriah raya awak dengan berbagai2 biskut raya ye??hehe

    ReplyDelete
  3. wahh menarik biskut 'love is cinta ni; ;)

    ReplyDelete
  4. banyak dah kuih raya yg errah buat~~

    ReplyDelete
  5. cantiknya nampak biskut errah..merah gituw..!
    rajin betulkan errah ni..pos sikt...hihihi

    ReplyDelete

Thanks for Comment