Saturday, August 11, 2012

Puasa Hari ke-16 : Nasi Kukus Ayam Berempah

Assalamualaikum

Salam 22 Ramadhan. Sekarang ni liat benar la nak potpet potpet kat sini, al-maklum dekat nak raya dah macam-macam benda nak buat. Buat kuih la, jahit baju la, jadi id tak bertauliah la dan macam-macam lagi la kan.
Hari ke 16 Ramadhan, iaitu hari Ahad lepas pagi-pagi lagi dah buat Biskut Dahlia Raya 2012. Buat dua jenis kuih je pon satu lagi Biskut Sagon tapi penat yang amat kot. Ini baru buat untuk makan sendiri kalau ambik tempahan camanalah kan. Sebab tu tak boleh nak order-order ni. Buat pun acah tak acah jer, JANJI ADA JANJI SIAP. Haha.!Yang tu nanti i reveal kan.

Sebab penat jadi malas nak masak. Jadi abah i petang tu keluar lah pergi kedai Nasi Kukus Ayam Berempah dekat depan Hospital Besar Kemaman ni.
 Abah beli 4 bungkus padahal ahli dalam rumah ada 5 orang. hehe. Jimat sikit nanti campur-campur dengan nasi biasa
 Ayam dia pulak punyalah besar-besar. Ada 4 bahagian ayam yang i rasa 1/4 dari sekor ayam kot. Ayam goreng berempah ni memang tak habis pon siap ratah pulak malamnya.
 Kuah Kari. Kosong jer kuahnya tapi sedap sebab pekat.
Nasi Kukus. Beginilah rupanya. Nampak macam sikit kan tapi bila dah renyai-renyai nasi tu, banyaklah pulak. Ada sekali Acar Timun dan sedikit belacan.
 Lauk sesat. Nenek i yang bagi dia tak tahu kitorang tak masak pun.Sayur Pucuk Kemiding Masak Lemak. Kalau buat Masak Pedas i suka hirup-hirup je kuah tu.
 Gulai Daging temph hari ada lagi. Mama i biasa kalau lebih-lebih ni, dia akan letak dalam plastik jernih macam jual dekat bazar tu sikit-sikit dan letak dalam peti beku. So, bila nak makan just keluarkan dan panaskan jer. Nak keluarkan sebulan lagi pun boleh.Haha..!
 Nasi putih biasa untuk tambah. Kurang umphh sikit la nak banding dengan nasi kukus tu.
 Pencuci mulut ada kek. Muffin Coklat Blueberry dan Muffin Vanila 
 Pisang Montel. Biasa dekat rumah pisang ni yang selalu ada, tapi start puasa ni Tembikai jadi juara
 Kuih Koleh Kacang. 
Air Bunga Kekwa dan Air Soya beli tak buat sendiri.Haha!

Tu je lah juadah berbuka kitorang. Tengok pada jumlah gambar nampak macam banyak kan tapi sebenarnya sikit je pon. Hehe. Korang lak berbuka apa petang ni? 

Thanks for reading this entry...!

6 comments:

  1. ya ALLAH.... ini baru lah betul2 syurga dunia .. lahai . dugaan betoi dtg blog nii .. hahahhaha !

    ReplyDelete
  2. merelip2 ayam tu nur tgk..!
    sedapnyerr...!

    ReplyDelete
  3. tgk lauk pauk n segala hidangan kat atas membuat kan aku terliur..godaan pose..

    ReplyDelete
  4. Menyelerakan makan nasi kukus ayam ini. :-)

    ReplyDelete

Thanks for Comment