Thursday, August 23, 2012

Gubahan Hantaran : Kery by Shukhairi & Express Team

Assalamualaikum

Memandangkan i dapat job untuk membuat gubahan hantaran pertunangan, jadi di sini i nak kongsikan la kerja-kerja yang i pernah buat. Haha, kecoh.! Padahal menolong cucuk-cucuk bunga jer. Ok, actually buat gubahan hantaran ni masa majlis perkahwinan kakak kepada coursemate i, Dinot di Alor Gajah, Melaka.

The mastermind/ Ketua Projek Gubahan Perkahwinan Ekspress ni kawan satu kelas i jugak iaitu Shukhairi or Kery by Shukhairi. Dan Kami Express Team yang membantu untuk deco bunga di dulang hantaran.
Antara bunga segar yang digunakan untuk hantaran ni. Ada Ros, Kekwa dan bunga biru tu sorry i lupa nama dia dan yang putih kecik-kecik tu pun i tak tahu nama dia.hehe.!
Sirih Junjung.
Buah-buahan
Wallet and belt
Set penjagaan diri Hugo Boss
Kek Hantaran
Pulut Kuning dan Rendang
Cadbury Chocolate
Tuala
Al-Quran
Batik Noor ARFA
Kasut
The 'EXPRESS TEAM'. I saja-saja jer bagi nama tu sebab apa tau kitorang siapkan segala gubahan ni dalam masa 1 jam sahaja. Ya Allah, macam lipas kudung rasa semua buat kerja. Sampai Melaka dari JB dah pukul 6.30, sampai-sampai rehat kejap. Kalau macam tempat i, time malam nikah tu kitorang tak bawa lagi hantaran, tapi dekat Melaka dorang terus bawa ke rumah pengantin time nak nikah tu.
Kitorang punyalah kelam kabut sebab ingatkan malam tu lah kitorang akan buatkan gubahan hantaran ni. Lepas tahu je memang time nikah tu nak kena ada, apa lagi tak duduk diam kitorang ketar-ketar duk kerjakan bunga-bunga ni semua. Macam tak percaya boleh siapkan dalam masa 1 jam, siap makcik-makcik dekat sana ingatkan kitorang budak-budak yang belajar juruhias ni. Haha, sebab time tu memang tak peduli orang dah. Lepas dah settle semua tu leganya rasa. Sampai tak mandi kitorang. Just duk belakang tabir je time akak kawan tu nikah. Yelah tak mandi badan peluh semua kan.Jadi, tengok dari jauh jelah.
K.A.M.I.
 Actually ada lagi geng yang join buat hantaran ni tapi dorang dah balik selepas majlis nikah.Yang baju biru tula ketua bab-bab menghias ni.=)
Sebelum pulang ke JB, sempat singgah A FAMOSA RESORT ni. Ambik kau, ayu lagi tu berbaju kurung.

6 comments:

  1. pandai la awak gubah.. cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sy je gubah, ramai2 ni wak..main cucuk2 je ni..btw, thanks boni..:)

      Delete
  2. cantik~~~ :)

    leh jadikn idea ni..hehe~

    ReplyDelete
  3. hebatnya boleh siapkan dalam masa sejam..^__^

    ReplyDelete
  4. cantik2 kesemuanya..!
    errah, nanti tolong gubah untu nur..hihihih

    ReplyDelete

Thanks for Comment