Sunday, July 22, 2012

Speechless Ramadhan : Sos Bilis Cap Ketereh Petua Cantik

Assalamualaikum


Sos bilis atau budu cap Keterah ni memang sedap. Bukan orang Pantai Timur saja suka makan orang luar dari Pantai Timur pun dah terpengaruh dengan kesedapan budu ni.
Stok budu untuk beberapa minggu

Adakah anda tahu bahawa budu ni mempunyai pelbagai khasiat? Jom kita selongkar kisah budu ni.

Budu mempunyai kandungan protein yang tinggi, budu juga mengandungi gluthaione yang bertindak sebagai antioksida di dalam tubuh kita. Dan tahukah anda budu ini juga merupakanpetua untuk cantik..haha. Iya, budu ini juga boleh mencerahkan kulit dan antipenuaan
RAUT wajah Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek kelihatan seperti gadis 20-an walaupun umur sebenarnya adalah 40 tahun. Apabila ditanya rahsia awet mudanya, graduan dalam bidang pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, beliau pada mulanya menggunakan produk kecantikan terkenal. 
HAMIDAH menunjukkan produk kosmetik dengan jenama BK yang turut mengandungi budu.

“Namun kini saya beralih kepada makan budu setiap kali makan tengah hari dan makan malam,” katanya. Menurut Hamidah, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang. Menurut Hamidah, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.

“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.
Budu sedap dimakan bersama durian. Mentang-mentang tengah mewah durian sekarang..hehe

“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu. Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.

Produk kosmetik budu Sirim terbahagi kepada tiga iaitu pembersih dan penyegar, krim kulit dan serum kecantikan kulit. Ia menggunakan jenama BK iaitu Budu Kelantan atau Budu Ketereh.

“Walaupun hanya satu peratus ekstrak budu digunakan sebagai bahan asas kosmetik tetapi ia berkesan kerana komponen itu sudah cukup untuk memberi khasiat kepada pemakainya.

“Malah kami kini mengkaji potensi tempe sebagai produk kosmetik,” katanya.

Hamidah berharap produk BK akan mendapat sambutan daripada pengguna kelak sebaik sahaja Sirim bertemu syarikat yang berminat untuk mengedarkannya. – MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

p/s : untuk pengetahuan juga, budu CAP KETEREH yang diusahakan Mat Ismail Jusoh  ini telah diberi pengiktirafan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) .Jangan main-main tau, budu pun dah jadi HARTA INTELEK. Kawe kayo nego budu jah. Kelah sep dio.huhu

Sumber
http://keluargakusayang.blogspot.com/2010/04/budu-kegemaran-ahli-keluarga.html


Thanks for reading this entry...! Sharing is must.

7 comments:

  1. uiks...budu dgn durian. nur xpernah cuba lagi ni..
    sedap eh errah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makin sedap..menambah-nambah makan nasi

      Delete
  2. Replies
    1. beli-beli..nanti leh bernego budu...kakaka

      Delete
  3. suke gielr kat budu ketereh ni..baru je beli 1 dozen..rm9.50 je sedozen.skrg de lg 4 botol..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..memng sedak sengoti la kan..umah ni baru 3 hri pose, da berbotol2 hbs..

      Delete

Thanks for Comment