Tuesday, July 31, 2012

Agar-Agar Buih Berkuah VS Puding Karamel

Assalamualaikum

Ingat lagi entry INI ?Mesti lupa kan.Ok, hari tu mama i cakap nak buat karamel dan i lak nak agar-agar buih berkuah jadi PILIHAN I DAH MENANG. Tapi semalam baru sempat buat, hari lain sebab dah beli banyak kuih muih nanti kalau buat sangat membazir la.

Agar-Agar Buih Berkuah dengan Nata de Coco. Buat dua perisa iaitu perisa bandung dan pewarna hijau(lupa plak perasa apa). Makan sejuk-sejuk memang sedap. Buat 2 bekas semalam hari ni tinggal lagi tak sampai suku pun. Memang sedap. Resepinya nanti i share yer.

Nak pergi Bazar Ramadhan Chukai ni, Najwa mengidam Nasi Ayam gara-gara tengok entry Nasi Ayam i tadi. Terpaksa beli dulu, maybe esok mama i buat Nasi Ayam..=)

Thanks for reading this entry..!

Nasi Ayam Style Jawa Umphhh...!

Assalamualaikum

Tengahari  camni duk tenung gambar makanan memang buat makruh je puasa i kan. Tapi tapi anggaplah i bagi korang idea nak makan apa petang nanti. Baik tak?hehe
 Nasi Ayam Jawa RM3.00. Murah plus sedap. Kenapa Jawa? Sebab mak cik yang jual ni Orang Jawa.=)
 Lagi satu, ayam dia tak sama macam nasi ayam yang kita makan tu. Ayam dia dari ayam goreng yang disalut dengan rempah khas dan digoreng rangup. Memang sedap. Nampak ayam i banyak kan? Mak cik ni memang baik hati rasanya semua orang dia bagi ayam lebih.
 Sos pencicah dia lagi lain dari yang lain. Selalu i memang minta lebih sebab sedap sangat-sangat. Memang tak tahu la mak cik ni guna resepi apa. Kuah dia pekat-pekat , ada rasa manis pedas camtu.
Kuah sup dia pun rasa lain. Rasa rempahnya lain dari sup kita. Memang kenyang sangat. Untuk student yang selalu bajet nak makan apa macam i, i suka lah makan nasi ayam ni, di samping sedap, kenyang malah dapat jimat wang belanja. Dan tentulah hanya boleh didapati di Kafe Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UTM Skudai sahaja.

Teringin nak makan, tapi mana mau cari i sudah di kampung....!sob sob...

Thanks for reading this entry...!

Malam Apresiasi Perancang 2012

Assalamualaikum

Last post about one month and half ago. See this post "Musical Night" Malam Apresiasi Perancang 2012. Ayoyo, deyy pelupak si bos...! huhu. Meh la i sambung lagi kisah ni.

Bermula suatu kisah,
Setiap tahun pada semester kedua, majlis makan malam ini akan tetap berlaku walau apa jua cara sekalipun. Sorang tak datang, tiga empat orang tak datang tetap diteruskan jugak. Suspen tak,suspen tak?haha, sorry i tak pandai sangat nak story mory melalui tulisan ni kalau mulut potpet i ni, mungkin!

So, let's the picca tell u the story..!













Sekian
Will continue later...........

Thanks for reading this entry...!

Monday, July 30, 2012

Milo Ais Tabur Che Mat Gebu Memang Sedap

Assalamualaikum

Che Mat Gebu nama yang tidak asing lagi dalam dunia masakan yang gemar membuat insan-insan sepertiku tak boleh duduk diam. Teringin nak rasa masakan dia ni. Semua sedap-sedap dengan gaya persembahan yang memukau mata. Bilalah i nak mempunyai DSLR sendiri kan. Mohon jatuh dari langit sekarang..haha
Owh..!Milo Ais Tabur. I'm craving now..!

I ni penggemar Milo Ais, tapi setakat berbuka puasa ni i tak pernah lagi buat. Bilalah nak buat agaknya. Air asyik beli je, hari ni Soya esok Tebu lusa Soya lagi tulat Air Tebu lagi. Itu jer tekak i nak bulan puasa ni.

Nak tengok resepi?
Jom ke Blog Che Mat Gebu di DAPUR TANPA SEMPADAN

Thanks for reading this entry...!

Menu Berbuka Puasa 8 Ramadhan

Assalamualaikum

 Hari ke-8 berbuka puasa diteruskan dengan kehadiran anak angkat family i.We all berbuka puasa bersama. 
Ayam Panggang Golek. Abang dan Kakak Angkat yang belikan.
 Ikan Patin Asam Pedas Tempoyak lagi . Hari ke-3 hari tu baru saja buat. Najwa suka sangat dapat makan lauk ni.
 Sayur Pucuk Midin Masak Lemak Hijau
Ini kuah Sotong Masak Lemak hari ke-7. Kuah banyak isi sotong dah habis, so mama i gantikan dengan ikan kembung dan telur.
 Sayur Taugeh Goreng Ikan Bilis
 Ikan Panggang.
Ikan Goreng dan Ikan Kering
On Nom Nom.1 ekor RM20
 Ulam-ulaman. Petai yang dicelur dalam air panas bagi lembut.
 Tembikai. Stok tembikai hari-hari ada dekat rumah, teringin nak buat Air Tembikai pulak untuk next berbuka..hee
Telur Masin. Salah satu keenakan dunia. 
 The Roti Pizza Sosej dengan Keju Kedekut
 Cekodok or jemput-jemput pisang
 Kuih Nekbat
 Air Sunquick dan Air Tebu (anak angkat mama i beli)
Air Sirap Limau untuk adik i, Mubin
That's all menu hari ke-8. 

Thanks for reading this entry...!

Hatiku Terpikat dengan Etude House Look At My Lips Lipstick

Assalamualaikum

Seorang perempuan memang suka kan bab-bab menjaga kecantikan wajah ni. Cuma i maybe yang terkecuali lah kot. I pemalas punya olang. Tempek bedak je hari-hari yang i reti, tang lain non ado. Nak pakai celak lagi lah tak reti, berkedip-kedip je mata ni. Selalu cuba sendiri habis conteng sana conteng sini macam mafia dah. Yang i pandai pakai bedak dan lipstick jer. So, i memang berkira-kira sikit nak cari lipstick yang sesuai dengan muka i. I tak suka yang warna yang terlampau over cukup lite-lite saja, macam nampak tak nampak jer or it's call warna neutral.
Kalau pergi kedai perkara pertama ialah cuba semua warna lipstick yang ada tak kira aja jenis brand pun. Tapi tetap tak puas hati sebab bila tengok cermin semua colour macam tak match dengan kulit i.
sumber:google


Bila i masuk saja Etude House dan yeah, ada warna yang match dengan i dan i memang suka warna tu. Warna Coral, lembut jer dan sememangnya tak over dan nampak neutral. Thanks to Diana coz yakinkan i masuk Etude House ni. Selama ni i tengok dari jauh jer sebab tak berani nak masuk.hehe

Look At My Lips Paparazzi Coral. Harga lebih kurang RM28++
Cuma packaging dia tak lawa. Kalaulah dia ada kotak khas untuk lipstick ni kan cantik.
Beginilah warnanya. Nampak macam tak pakai kan. But i like, nampak so neutral. Ok, ni gambar suci lagi murni, tak ada effect edit langsung. Pecah tembelang amik gambar dalam toilet.haha

So far, pakai lipstick ni memang best, Bau dia jugak best rasa nak makan jer..hehe. Mula-mula pakai dulu dia macam berkrim bila letak dekat bibir, tapi sekarang macam kurang dah. Bila sapu ok je. Lepas ni i memang cari Etude House jelah. Suka tengok kedai dia cantik, barang-barang pun ok. Tak adalah mahal sangat sampai dulu i takut nak masuk..kekeke. Product Etude House yang lain semua osem-osem. Saper yang nak bergaya Korean bolehlah pergi sini. Tak percaya apa i cakap? Cube check web blogger ni, Ailyl Rozanna, cute macam Korea you...!

Etude House Boutique ni memang la sangat-sangat comel.Geram bila masuk.Dah la tema pink, jadi hatiku memang tertawan.

Korang dah pernah cuba produk Etude House? Ada lagi produk yang i minat iaitu  Farmasi Colour Cosmetic(FCC), teringin nak dapatkan tengok ramai orang kata best. Ohh, money come to me..!

Thanks for reading this entry...!

Sunday, July 29, 2012

Menu Berbuka Puasa 7 Ramadhan

Assalamualaikum

Salam 9 Ramadhan. Hari ke-9 baru nak update menu berbuka puasa hari ke-7.hehe. Biasalah sindrom lewat sentiasa menjangkiti i.

Ok, kita intai-intai dulu yer.
The kuih-muih. Meriah dengan aneka kuih pada 7 Ramadhan. Kebetulan sepupu i datang berbuka sekali. Keropok lekor , apam balik, popia dan ketupat pulut semuanya sepupu i yang belikan. Hanya cekodok/jemput pisang dan nekbat asli dari rumah i. Bubur lambuk pulak pemberian jiran.
Air pulak alahai macam-macam jenis sampai tak tahu nak yang mana satu. Ada Air Sunquick, Air Kelapa Muda, Air Asam Boi( sepupu punya), Air Soya (atuk i ) dan Air Tebu.
Ini pulak Air Bandung dan campuran Buah Kabung, Cincau dan Biji Selasih. Permintaan daddy i.
 Lauk utama 7 Ramadhan. Sotong Masak Gulai Lemak.
Lauk kedua iaitu Sayur Petola Masak Lemak Putih. Hambek, semua berlemak-lemak !
 Ikan Goreng dan Ikan Kering. EHH, ada ayam seketoi.
 Keh keh keh.Jangan tanya kenapa cik budu selalu ada.
Tembikai pun sama. Hari-hari mau..!

Dan beginilah keadaan meja pada 7 Ramadhan. Sesak, itupun da letak dekat lain dulu kuih-kuih yang lain.

Thanks for reading this entry...!